Syukur Bakal Ke Tanah Suci Sekali Lagi, Zul Ariffin Tunai Ibadah Haji Jun Ini

Share

Selepas berkali-kali menunaikan umrah, rezeki berganda menyebelahi aktor terkenal tanah air, Zul Ariffin apabila bakal menunaikan ibadah haji, pada bulan hadapan.

Menerusi laporan Harian Metro,  pelakon filem hit J Revolusi itu sebenarnya tidak menyangka, rezeki menunaikan rukun Islam kelima itu datang awal dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Shasha Abedul Tunai Umrah Sepanjang Ramadan, Mohon Doa Agar Urusan Dipermudah Di Tanah Suci Mekah

“Memang sudah rezeki dijemput ke sana. Saya rasa teruja. Sebelum ini pergi umrah pun teruja juga cuma haji lautan manusianya kita tak tengok lagi macam mana.

“Kalau dulu tengok dalam televisyen, sekarang kita rasai pengalaman menunaikan haji itu sendiri. Dekat sana nanti musim panas. Sangat panas 45 darjah selsius sekarang,” katanya.

Kongsi pelakon berusia 36 tahun itu, dia bakal berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun depan.

“Saya akan pergi tunaikan ibadah haji pada minggu kedua bulan Jun depan. Dalam 10 Jun macam itu saya berangkat ke sana.

“Rombongan jemaah hari pertama dah mula berlepas sekitar 20 hari bulan tempoh hari. Saya menerima jemputan tetapi bukan melalui Tabung Haji,” ujarnya lagi.

Selain Zul, pelakon berkaliber Lisdawati turut berangkat ke Tanah Suci semalam bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Zul Ariffin

IKLAN