Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak RM50,000 ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi kawasan Parlimennya.
Apa yang menjadikan perkongsian ini lebih menyentuh bukan sekadar angka yang diumumkan, tetapi pengorbanan di sebaliknya. Menurut beliau, jumlah RM50,000 itu bersamaan dua bulan gajinya sebagai wakil rakyat.
Sebelum ini, beliau telah pun menyalurkan RM100,000, sekali gus menjadikan keseluruhan sumbangan kini mencecah RM150,000 satu angka yang cukup besar jika dilihat dari sudut komitmen peribadi.
Namun bagi Syed Saddiq, perkara ini bukan tentang jumlah semata-mata. Sebaliknya, ia lahir daripada rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap masa depan anak-anak di Muar, khususnya dalam memastikan mereka tidak tercicir daripada peluang pendidikan yang lebih baik.
Pengorbanan Peribadi Demi Pendidikan Anak Muar
Dalam perkongsiannya, Syed Saddiq menjelaskan bahawa usaha untuk terus membantu rakyat tidak hanya bergantung kepada kapasiti beliau sebagai ahli politik. Malah, beliau mengambil langkah proaktif dengan melakukan pelbagai kerja sambilan demi menampung inisiatif yang dijalankan.
Ads
“Saya ambil pelbagai kerja sambilan sebab saya tak mahu rakyat Muar dibiarkan susah sendirian,” katanya.
Kenyataan ini memberi gambaran jelas bahawa bantuan yang disalurkan bukan sesuatu yang datang dengan mudah. Ia melibatkan usaha tambahan, masa, dan juga komitmen peribadi yang bukan kecil. Dalam landskap politik semasa, pendekatan sebegini dilihat agak luar biasa apabila seorang pemimpin sanggup turun padang dalam erti kata sebenar, termasuk dari sudut kewangan peribadi.
Bukan Sekadar Bantuan Kewangan, Tapi Pelaburan Masa Depan
Sumbangan ke dalam SSPN hanyalah satu daripada beberapa inisiatif yang sedang digerakkan. Syed Saddiq turut menekankan usaha menyediakan lebih 3,500 unit laptop dan tablet kepada pelajar yang memerlukan di kawasan Muar.
Langkah ini memperlihatkan satu pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar memberi bantuan kewangan, tetapi turut memastikan pelajar mempunyai akses kepada keperluan asas pembelajaran moden.
Ads
Dalam era digital hari ini, peranti seperti laptop dan tablet bukan lagi satu kemewahan, sebaliknya menjadi medium utama untuk pembelajaran, terutama dalam situasi pendidikan yang semakin bergantung kepada teknologi.
Menutup perkongsiannya, Syed Saddiq merendah diri dengan menyifatkan sumbangan tersebut sebagai kecil jika dibandingkan dengan keperluan sebenar rakyat.
“Sedikit dari saya. Segalanya untuk Muar.”
Ads
Dalam keadaan ekonomi yang masih belum stabil sepenuhnya, tindakan seperti ini bukan sahaja memberi impak dari segi bantuan material, tetapi juga menjadi simbol kepada komitmen dan kesungguhan seorang pemimpin dalam menjaga kebajikan masyarakat yang diwakilinya.
Sumber : Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Membeli belah sambil beramal dengan #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge pada tahun ini.
#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ialah kempen kebajikan pertama Shopee yang berusaha sedaya upaya untuk meraih dana yang akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan. Dana turut akan digunakan untuk penyelidikan serta perkhidmatan sokongan oleh MAKNA.
Penampilan Istimewa Selebriti Popular
Festival membeli-belah Shopee 11.11 kembali lagi pada tahun ini dengan aktiviti yang lebih meriah dan bermakna. Penampilan istimewa dari selebriti-selebriti seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato’ Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Sarah Hildebrand, Fahrin Ahmad, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Sophia Liana serta bintang-bintang gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan menyahut cabaran-cabaran ini untuk meraih dana bagi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.
Siaran Langsung Secara Live
Saksikan selebriti-selebriti ini menjerit dan menggelabah dalam pertunjukan amal yang akan disiarkan secara langsung di Shopee Live pada jam 9 malam, 11 November yang boleh ditonton melalui telefon pintar anda.
Sokong bintang-bintang pujaan korang dengan kata-kata semangat untuk menguatkan semangat mereka melalui ruangan komen. Selain itu, pertunjukan ini boleh ditonton melalui Astro Prima SD (Saluran 105) dan Prima HD (Saluran 121).
Boleh Derma RM5
Kempen 11.11 Big Sale Terbesar Shopee memberikan penjimatan sehingga 90%… Jadi, bolehlah dermakan wang yang jimat kepada MAKNA.
Korang juga boleh memainkan peranan anda untuk menyokong perjuangan menentang kanser dengan menghulurkan sumbangan. Mudah je untuk menderma dari serendah RM5 hanya dengan beberapa klik di sini – https://shopee.com.my/shopeemakna.
#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge akan diadakan sempena 11.11 Big Sale Shopee, bermula sekarang hingga 11 November. Kempen beli-belah ini kembali dengan promosi tanpa tandingan dan menawarkan lebih banyak cara untuk membeli-belah dalam talian tanpa mengeringkan poket anda:
Penghantaran percuma ke seluruh negara dengan perbelanjaan minimum RM11
Pulangan tunai harian sehingga 111%
Beli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1
Tuntut baucar menarik sekarang untuk digunakan pada 11 November dari 12 pagi hingga 2 pagi, 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 8 malam hingga 12 pagi.
Jualan Kilat Harian Shocking Sale sebanyak 9 kali pada 11 November dengan tawaran serendah RM1.
Menangi ganjaran, baucar dan Shopee Coins dengan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Shopee Quiz, Shopee Lucky Egg, Voucher Together-Gether, dan gunakan kemenangan itu untuk mengurangkan kos pembelian seterusnya.
Sambil kita bergembira merebut pelbagai tawaran dan diskaun sepanjang 11.11 Big Sale ini, janganlah kita lupa untuk membantu mereka yang memerlukannya.
10 pemenang memenangi sepasang tiket ke acara #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sembilan tahun lalu siapa sangka empat gadis yang mengikuti pertandingan X-Factor 2011 bakal menjadi sebuah kumpulan yang berjaya dalam arena hiburan antarabangsa. Pada mulanya Jesy Nelson, Jade Thirlwall, Perrie Edwards dan Leigh-Anne Pinnock menhadiri uji bakat sebagai artis solo wanita namun tersingkir sebelum sampai ke pemilihan mentor.
Namun bakat mereka tidak disia-siakan apabila para juri bersepakat untuk menggabungkan mereka bersama dan bertanding di dalam kategori kumpulan. Bermula dari titik itu, kumpulan Little Mix membuktikan kehebatan mereka dengan memenangi pertandingan tersebut.
Seteleh sembilan tahun bersama banyak kejayaan yang diperolehi, antaranya mereka tersenarai antara kelompok penyanyi berkumpulan wanita paling banyak penjualan album iaitu sebanyak lebih 50 juta selain memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa. Album ke-empat mereka ‘Glory Days’ menjadi album oleh kumpulan wanita paling lama berada di tangga pertama dalam carta yang mana sebelum ini ia dipegang oleh album debut kumpulan Spice Girls.
Menghiasi muka depan majalah You edisi 8 November 2020. Sumber gambar via majalah You
Namun begitu untuk mencapai kejayaan bukan satu perkara mudah, berada di puncak kadangkala memenatkan sehingga membebankan kesihatan dan juga mental. Kelmarin, Jesy Nelson telah mengumumkan yang dia akan mengundurkan diri dari Little Mix bagi memfokuskan kepada kesihatan diri dan mentalnya.
Dalam satu hantaran di Instagram,memetik sebahagian nota yang ditulisnya , “Sembilan tahun bersama Little Mix merupakan masa yang sangat hebat pernah terjadi di dalam hidup saya. Kami telah mencapai banyak kejayaan besama. Namun begitu saya perlu memikirkan untuk menjaga diri dan kini perjalanannya terlah bermula. Saya pelu meluangkan masa bersama orang yang tersayang dan perkara yang membuatkan saya bahagia.
“Kepada Jade, Perrie dan Leigh-Anne terima kasih kerana menjadi sebahagian memori yang paling indah dan takkan saya lupakan. Saya hara panda akan terus menerus memenuhi impian yang telah dibina dan terus menghasilkan muzik yang disukai ramai.”
Ura-ura pemrgian Jesy sebenarnya sudah mula tersebar sejak kumpulan ini diihat hanya muncul bertiga untuk persembahan di kaca televisyen. Namun Ketika itu peminat hanya diberitahu yang dia kurang sihat. Kumpulan ini terkenal dan menjadi salah sebuah kumpulan dengan kekuatan vokal yang menakjubkan.Sebagai salah satu alumni X-Factor mereka membuktikan bahawa bakat yang dicungkil menerusi rancangan realiti bukan sekadar picisan.
Sekadar info, antara pesona muzik popular lain yang lahir dari rancangan ini seperti kumpulan One Direction, Leona Lewis, Jame Arthur dan juga Fifth Harmony.
***P/S- Penulis cukup suka dengan lagu Secret Love Song.
Dewi Remaja baru saja melabuhkan tirainya, tahniah kepada semua Dewi-dewi pemenang! Pastinya korang ada favorite Dewi korang kan? Apa kata korang test personality korang ni. Mana tahu sebenarnya dah dekat dah personality korang ni dengan dewi-dewi kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!