
Momen pertunangan antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah turut diserikan dengan kata-kata yang cukup menyentuh hati daripada abang kepada ahli politik itu sendiri.
Spacedollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, yang juga merupakan seorang content creator dan pendidik terkenal, berkongsi satu luahan yang jelas menunjukkan betapa istimewanya hubungan adiknya itu di matanya.
“The moment I knew you were truly in love with her… was the moment I heard you say, ‘I love you’ to Bella,” tulisnya.
Apa yang membuatkan kata-kata itu lebih bermakna adalah pengakuannya sendiri bahawa sepanjang 33 tahun mengenali Syed Saddiq, dia tidak pernah sekali pun mendengar adiknya melafazkan ungkapan tersebut kepada mana-mana individu.
“Fun fact, in 33 years of knowing him, I have never once heard him say those words,” tambahnya lagi, sebelum menutup dengan ucapan penuh doa dan restu buat pasangan itu.
Luahan tersebut secara tidak langsung memberi gambaran sisi peribadi Syed Saddiq yang jarang dikongsikan kepada umum, sekali gus membuatkan ramai netizen tersentuh melihat perubahan dan keikhlasan perasaan yang ditunjukkan.
Kisah Syed Saddiq dan Bella Astillah ini bukan sekadar berita hiburan biasa, tetapi turut membuka mata ramai tentang sisi lembut seorang pemimpin.
Terdahulu, Bella Astillah sah menjadi tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis yang berlangsung dalam suasana cukup indah di ibu negara.
Bella tampil anggun mengenakan busana kurung berwarna biru cair yang sederhana namun tetap menyerlahkan kejelitaannya, manakala para tetamu pula diminta mengenakan pakaian bertema kuning.
Majlis tersebut dilihat cukup elegan dan penuh makna, mencerminkan keperibadian kedua-dua figura ini.
Majlis itu turut mencuri perhatian apabila kedua-dua pihak memilih tema hantaran yang cukup simbolik.
Syed Saddiq memilih konsep “Masa Hadapan” yang melambangkan perjalanan hidup bersama, manakala Bella mengangkat elemen Gunung Kinabalu sebagai inspirasi, yang membawa maksud kekuatan dan keindahan.
Simbolik ini menjadikan momen Syed Saddiq dan Bella Astillah lebih bermakna dan penuh emosi.
Dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat, momen bahagia itu turut dikongsi dengan tanda pagar #BellaSyedYes yang kini menjadi sebutan ramai di media sosial.
Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan gembira melihat pasangan ini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan mereka.
Namun di sebalik kemeriahan majlis tersebut, kata-kata daripada Spacedollah ternyata menjadi antara momen paling ‘real’ dan menyentuh hati.
Ia bukan sekadar ucapan biasa, tetapi satu pengesahan jujur daripada seorang abang yang benar-benar mengenali siapa Syed Saddiq sebelum ini, dan bagaimana cinta kali ini benar-benar berbeza.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.