Syarikat Kad Hasilkan Kartun BTS Dipukul Trofi Grammy Membuat Permohonan Maaf

Share

Kekalahan BTS untuk merangkul trofi di Anugerah Grammy baru-baru ini menjadi kontroversi bagi warga net apabila banyak pihak menyatakan pihak Grammy hanya menggunakan kumpulan tersebut untuk menaikkan jumlah rating rancangan anugerah muzik tahunan berprestij itu.

Namun kontroversi terbaru mengenai kumpulan ini adalah berkaitan sebuah syarikat pengeluar kad pelekat yang telah mengeluarkan produk dengan lakaran karikatur kumpulan BTS sedang dipukul dengan trofi Anugerah Grammy. Tindakan syarikat terbabit membuat karikatur sebegitu mengundang kemarahan ramai pihak bukan sahaja peminat tegar kumpulan itu namun para penggiat seni juga.

Sumber Gambar: Twitter @taepiphany07

Setelah dikritik hebat, syarikat itu yang dikenali dengan nama Topps telah membuat satu permohonan maaf menerusi laman Twitter mereka. “Kami mendengar dan memahami kemarahan pelanggan mengenai karakter BTS yang kami gambarkan untuk produk GPK Shammy Award. Oleh itu, kami memohon maaf.

“Kami akan mengeluarkan kad pelekat yang menampilkan BTS dari set yang akan dijual. Untuk pengetahuan semua, kami belum lagi mencetak satu pun kad pelekat dan ia tidak akan ia tidak lagi akan dihasilkan untuk dijual,” kata wakil syarikat terbabit.

Ilustrasi yang dihasilkan oleh syarikat itu menampakkan wajah ketujuh-tujuh ahli BTS yang lebam dan juga luka sambil menangis dan ketakutan apabila dipukul oleh sebuah trofi.

Tindakan ini dianggap sebagai satu penghinaan sehinggakan ia seolah-olah memberi satu konotasi yang rasis. Ditambah pula ketika ini, Amerika Syarikat sedang heboh dengan kisah warga Asia-Amerika yang menjadi mangsa pukul dan buli oleh warga kulit putih negara itu sehingga ada beberapa kes menyebabkan kematian.

Sumber: Chicago Sun Times

IKLAN