
Aktor popular, Syafiq Kyle diumumkan sebagai penerima trofi Rising Icon pada Festival Filem Asia Pasifik ke-62.
Pengumuman itu dibuat sewaktu majlis sidang media festival berprestij tersebut yang berlangsung di ibu kota semalam.
Bagaimanapun, suami kepada aktres jelita, Mimi Lana itu tidak dapat menghadiri majlis berkenaan. Sebaliknya, Syafiq menitipkan ucapan penghargaan menerusi sebuah video.
Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Pengeluar Filem di Asia Pasifik, Pansha, pemilihan Syafiq dibuat berdasarkan prestasi cemerlangnya membintangi filem-filem box office seperti Sheriff dan Blood Brothers: Bara Naga.
Menariknya, Festival Filem Asia Pasifik ke-62 bakal menyaksikan Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk tahun kedua berturut-turut. Acara ini dijadual berlangsung dari
29 November hingga 6 Disember 2025.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!