
Jabatan Peguam Negara (AGC) akhirnya mengumumkan keputusan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Menurut kenyataan rasmi hari ini, AGC menjelaskan bahawa pertuduhan terhadap suspek tidak akan mengganggu proses inkues yang bakal dijalankan bagi menyiasat kematian pelajar tersebut.
Semalam, Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu agar satu inkues diadakan berkaitan kes kematian arwah Zara.
Menurut AGC, prosiding tersebut selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
Untuk info, Zara merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar.
Arwah dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Difahamkan, mangsa dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekitar jam 3 pagi sebelum mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital oleh pihak sekolah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.