
Setiap ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak agar membesar menjadi insan yang lebih baik. Bagi penyampai radio dan usahawan terkenal, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, pendekatan yang dipilih mungkin kedengaran luar daripada kebiasaan, namun sarat dengan nilai pembelajaran.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Johan mendedahkan tindakannya menghantar anak lelakinya, Ahmad Sodiq Hanania atau lebih dikenali sebagai
Sodiq, ke rumah anak yatim sebagai satu bentuk pembelajaran. Langkah tersebut diambil selepas menyedari tabiat anaknya yang tidak gemar berkongsi, walaupun dengan adik-beradik sendiri.Menurut Johan lagi, keputusan tersebut bukan dibuat secara sembarangan. Ia tercetus selepas Sodiq dan adiknya, Haziq, melakukan kesalahan, lalu membawa kedua-duanya untuk merasai pengalaman tinggal di rumah anak yatim selama tiga hari.
“Ada satu hari dia buat kesalahan dengan adik dia, jadi saya bawa Sodiq dengan Haziq dua-dua pergi rumah anak yatim selama tiga hari,” jelasnya.
Perkongsian tersebut sekali gus mendapat perhatian warganet. Rata-rata memuji pendekatan Johan yang disifatkan berani dan berkesan dalam mendidik anak-anak agar lebih bersyukur serta tidak kedekut.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman peribadi, mengakui berdepan situasi sama dengan anak-anak mereka dan masih mencari kaedah terbaik untuk mengubah tabiat negatif tersebut.
Bagi Johan, pembelajaran bukan hanya melalui nasihat, tetapi juga pengalaman sebenar yang mampu membuka mata dan hati seorang anak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.