Pusat membeli-belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya, Selangor telah pun mengumumkan kerjasamanya dengan RIGEL IoT dalam merintis sistem internet tandas berpusat yang PERTAMA di Malaysia.
Penggunaan teknologi ini justeru menjadikan Sunway Pyramid sebagai pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem tandas berhubung pintar.
Memandangkan Sunway Pyramid ingin menyediakan layanan dan perkhidmatan terbaik kepada pengunjungnya, tandas pintar ini bakal menambah baik pengalaman pelanggan sewaktu sakan membeli-belah dan berlibur.
Ads
Pelbagai sensor ada di dalam tandas ini. Contohnya, ia dapat mengesan kuantiti sabun, tisu tandas, kain lap tangan, injap tandas dan tandas boleh memberikan amaran sekiranya terdapat sebarang masalah dikesan.
Oleh itu, proses membaiki kerosakan dapat dilakukan dengan lebih efisien sebelum mendatangkan ketidakselesaan kepada pelanggan.
Terdapat juga sensor amonia yang dipasang pada tandas bagi mengelakkan bau hancing. Wah, teknologi ini yang paling kami suka. Hiks!
Ads
Sebelum ini, Sunway Pyramid telah menjadi pusat membeli-belah pertama yang memperkenalkan Sunway Smart Parking iaitu sistem parkir pintar terawal di Malaysia. Ia kemudian telah mula diikuti oleh pengelola parkir di lokasi serta bangunan lain dalam negara.
Haa, ada sesiapa di antara korang yang sudahpun merasai pengalaman tandas pintar di Sunway Pyramid ini?
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam menurun kepada 26,832 kes berbanding 28,825 kes kelmarin. Namun, ia masih lagi dalam angka yang membimbangkan dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi SOP.
Bermula pada 10 Februari lalu, KKM telah mengesahkan bahawa tiada lagi gelang pink dan Home Surveillance Order (HSO) atau surat kuarantin boleh didapatkan melalui aplikasi MySejahtera.
Bagi individu yang telah disahkan positif COVID-19 selepas membuat ujian kendiri, mereka hendaklah melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera. Digital HSO (Surat Arahan Kuarantin) akan diberikan secara automatik dan individu terbabit perlu mematuhi serta kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.
Laporan status kesihatan juga perlu dibuat secara harian di MySejahtera sehingga tempoh pengasingan tamat. Hanya yang bergejala teruk perlu ke CAC untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Berikut kami kongsikan cara bagaimana untuk mengemaskini MySejahtera sekiranya korang didapati positif COVID-19.
1. Pilih Ujian Kendiri COVID-19 di aplikasi MySejahtera
2. Klik Kemas kini Keputusan Ujian Kendiri
3. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan
4. Pilih jenis sampel yang dibuat
5. Dan nyatakan keputusan yang diperoleh
6. Selesai menjawab semua soalan tekan butang submit
Bagi individu yang positif COVID-19, status MySejahtera korang akan bertukar menjadi Confirmed Case-Alert.
Korang hanya perlu kuarantin di rumah dan menjawab soalan setiap hari sehingga tamat kuarantin. Tempoh masa kuarantin juga akan diberikan menerusi aplikasi ini.
@yuirutatsukiKemaskini baru mysejahtera , kalau positif boleh ikut cara ini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula dari kedatangan British ke Tanah Melayu suatu masa dahulu, Bahasa Inggeris sudah banyak dikuasai oleh rakyat Malaysia. Zaman berzaman, Bahasa Inggeris semakin sebati dengan rakyat Malaysia kini.
12 Perkataan Inggeris Dengan Asal-Usul Bahasa Melayu
1. Gingham
Gingham
Merupakan sejenis kain kapas yang biasanya ditenun menggunakan dua warna benang menjadi corak dam (checkered) atau berjalur (striped).
Penggunaan ‘gingham’ dipercayai pertama kali diguna pada tahun 1615, yang diambil daripada ‘gingang’ dalam Belanda dan berasal dari ‘genggang’ bahasa Melayu.
Mungkin tidak biasa didengari, perkataan ‘genggang kuih’ turut digunakan bagi nama lain kuih lapis.
2. Cooties
Sejenis serangga yang membiak di rambut manusia, ‘cooties’ diubah suai daripada perkataan ‘kutu’.
Penggunaan pertama kali yang diketahui adalah pada 1917 dan dipopularkan oleh askar British ketika Perang Dunia Pertama.
3. Compound
Kumpulan bangunan kediaman yang tertutup kebiasaannya di kawasan yang berpagar atau berdinding. Dipercayai pertama kali digunakan pada 1679, ‘compound’ diambil daripada ‘campo’ Portugis dan ‘kampoeng’ Belanda.
Menurut Singapura Stories, perkataan ‘kampung‘ dijadikan sebahagian daripada bahasa Portugis dan Belanda sekitar 1600-an dengan pelbagai ejaan, sebelum digunakan dalam bahasa Inggeris seperti berikut:
4. Caladium
Caladium
Sejenis pokok tropika Amerika Selatan dari keluarga arum, namanya dipinjam daripada perkataan ‘keladi’ dalam bahasa Melayu.
Perkataan ‘caladium’ dipercayai pertama kali digunakan pada tahun 1881.
5. Bamboo
Pertama kali digunakan pada tahun 1586, ‘bamboo’ adalah rumput berkayu gergasi yang tumbuh di kawasan tropika.
Nama tersebut berasal daripada perkataan ‘bamboes’ dalam bahasa Belanda yang berdasarkan kepada ‘semambu’.
Untuk info, semambu merupakan sejenis tumbuhan rotan yang digunakan untuk membuat tongkat jalan. Ada juga yang mendakwa ia berasal daripada perkataan ‘bambu’ yang menyerupai bunyi dihasilkan oleh pokok bambu apabila meletup ketika dibakar.
6. Attap
Jerami yang diperbuat daripada pelepah pokok palma di negara-negara Asia Tenggara. Perkataan ini dipinjam daripada bahasa Melayu ‘atap’.
Di Malaysia, jenis atap ini kebiasaannya diperbuat daripada pelepah pokok nipah atau sagu.
7. Cockatoo
Mungkin kedengaran seperti ‘kekatu’, namun ‘cockatoo’ merujuk kepada sejenis burung nuri jambul Australasia.
Nama ‘cockatoo’ yang digunakan sejak 1634 diambil daripada ‘kaketoe’ dalam bahasa Belanda yang berasal daripada ‘kakaktua’ dalam Melayu.
8. Amok
Seseorang yang di luar kawalan, dengan kelakuan liar, tidak terkawal atau merosakkan harta benda, yakni seperti seorang yang sedang mengamuk.
Diambil daripada perkataan ‘amouco’ Perancis yang berasal daripada ‘amuk’ dalam bahasa Melayu.
9. Paddy
Padi
Tumbuhan yang diproses menjadi makanan ruji bagi rakyat Malaysia ini dikenali sebagai ‘paddy’ dalam bahasa Inggeris.
Sudah tentulah ia dipinjam daripada perkataan ‘padi’ dan dipercayai pertama kali digunakan pada tahun 1623.
10. Pangolin
Pangolin
Sejenis mamalia yang mempunyai sisik keras dan muncung panjang bagi membantunya memakan semut dan anai-anai.
Nama ‘pangolin’ pertama kali digunakan pada 1774 dan diambil daripada bahasa Melayu ‘pengguling’ kerana ia akan menggulingkan badannya apabila terancam. Haiwan itu juga dikenali sebagai penggulung dan tenggiling.
Di Malaysia, tenggiling Sunda (manis javanica) diklasifikasikan sebagai haiwan terancam kritikal di bawah IUCN Red List of Threatened Species. Ia juga dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
11. Orangutan
Orang Hutan
Hanya mendiami hutan di Borneo dan Sumatera, nama ‘orangutan’ pertama kali digunakan pada tahun 1691. Ia berasal daripada perkataan Melayu ‘orang’ dan ‘hutan’. Orangutan Borneo juga diklasifikasikan sebagai haiwan terancam kritikal dan dilindungi sepenuhnya di Malaysia.
12. Gong
Gong
Merupakan alat perkusi yang mula terkenal di Tanah Sunda ketika zaman pemerintahan Kerajaan Langkasuka, gong merupakan tulang belakang dalam persembahan gamelan.
Peralatan muzik ini turut digelar ‘gong’ dalam bahasa Inggeris yang mula digunakan pada tahun 1590.
Menurut laman web Dictionary, 80% daripada bahasa Inggeris sebenarnya disumbangkan daripada 350 bahasa lain dan dikenali sebagai ‘loanwords‘. Berikut merupakan 10 bahasa yang paling berpengaruh terhadap Inggeris:
Latin
Perancis
Jerman
Itali
Sepanyol
Belanda
Scandinavia
Jepun
Arab
Portugis
Untuk pengetahuan anda, bahasa Melayu pula berada di kedudukan ke-17. Jadi boleh dikatakan agak banyak perkataan dalam bahasa Melayu yang dipinjam oleh bahasa Inggeris!
Obsesi matcha, period jadi kacau? Ahli farmasi dedah puncanya yang ramai tak sangka. Matcha memang trending, terutamanya di kalangan anak muda yang suka vibe minuman hijau ini. Dari kafe ke media sosial, gambar matcha latte penuh aesthetic memang mengundang ‘likes’. Tapi di sebalik rasa sedap dan rupa cantik, ada risiko yang patut korang tahu terutamanya kalau pengambilannya berlebihan.
Seorang ahli farmasi dikenali sebagai Syah (@syahfarmasi) mendedahkan di TikTok bahawa matcha boleh mempengaruhi kitaran haid wanita. Ramai anak muda kini mengambil matcha untuk tingkatkan tenaga dan mendapatkan kulit yang lebih sihat, namun kandungan kafein dalam matcha yang tinggi boleh mengganggu hormon jika diminum terlalu kerap.
Matcha & Hormon – Apa Hubungannya?
Menurut Syah, secawan matcha mengandungi kira-kira 70 miligram kafein. Kafein yang diambil berlebihan boleh mengganggu keseimbangan hormon progesteron dan estrogen, seterusnya menyebabkan:
Haid datang lambat atau tidak teratur
Senggugut bertambah teruk
Perubahan mood mendadak
PMS (sindrom pra-haid) jadi lebih teruk
Portal kesihatan Hello Doktor turut menjelaskan bahawa kafein boleh bertindak sebagai vasoconstrictor, iaitu menyempitkan saluran darah dan menyukarkan aliran darah haid. Walaupun kesannya sementara bagi kebanyakan orang, individu yang sensitif terhadap kafein mungkin mengalami masalah ini secara berulang.
Yang ramai tak sedar, matcha bukan saja ada dalam bentuk minuman tapi juga dalam kek, tart keju, biskut dan pelbagai pencuci mulut. Kalau korang minum matcha latte pagi, lepas tu makan kek matcha petang, jumlah kafein yang masuk dalam badan boleh bertambah tanpa sedar.
Tip Kawal Pengambilan Matcha Untuk Wanita
Hadkan kepada 1 cawan kecil matcha sehari
Minum air kosong secukupnya untuk elak dehidrasi
Pantau perubahan kitaran haid selama 1–2 bulan
Jika period jadi tak teratur, cuba hentikan matcha sementara
Syah menegaskan, matcha bukanlah minuman yang “jahat”. Ia tetap mempunyai manfaat seperti antioksidan tinggi dan membantu tenaga. Namun, kuncinya adalah ambil secara sederhana. Kesihatan hormon sama pentingnya dengan trend minuman yang korang ikut. Jadi, minum matcha biarlah gaya, tapi kesihatan tetap nombor satu.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.