Biarpun mereka saling mengunci mulut mengenai hubungan cinta yang diperkatakan ramai, sumber terdekat kepada pelakon, Leonardo DiCaprio dan model antarabangsa, Gigi Hadid menyatakan bahawa dua individu sama cantik sama padan itu sedang menjalin hubungan istimewa.
Pasangan selebriti itu yang kini menghabiskan masa di kotaraya New York pertama kali ditemui sewaktu parti Minggu Fesyen New York pada 10 September lalu.
Hubungan mereka dilaporkan semakin rapat selepas itu. Sumber rapat mendedahkan kepada PEOPLE dalam isu terbaru majalah tersebut bahawa Leonardo, 47 dan Gigi, 27 “sesama suka dan sedang bergembira”.
Ads
Gadis bijak dan berjaya seperti Gigi dikatakan menepati ciri-ciri wanita yang digemari oleh pemenang Oscar itu. Lagi pula, Gigi yang telah bergelar seorang ibu kini lebih matang serta mempunyai rangka hidup yang stabil. She know what is good for her and has her life together.
Sebelum ini, Leonardo dan Gigi saling mengenali sebagai rakan selebriti kasual yang hanya bertemu di acara-acara eksklusif dan saling diperkenalkan dalam kelompok rakan-rakan mereka. Disebabkan mereka mempunyai pasangan sendiri pada waktu itu, baik Leonardo dan Gigi tidak cuba mengenali diri masing-masing secara lebih dekat.
Hubungan mereka mulai menyemarak selepas Gigi menamatkan hubungannya dengan bapa anaknya, Zayn Malik pada Oktober 2021 manakala Leonardo pula baru sahaja berpisah dengan teman wanita berusia 25 tahun, Camila Morrone selepas empat tahun bersama.
Ads
Gigi Hadid dan Zayn Malik pada tahun lalu bersama bayi mereka, Khai.Leonardo bersama bekas teman wanitanya yang juga merupakan seorang model, Camila Morrone.
Walaupun khabar angin percintaan ini semakin bertiup kencang, Leonardo dan Gigi masih enggan meletakkan ‘label’ serius pada hubungan mereka.
Baguslah begitu, lagipun Gigi dan Leonardo lama bertaut cinta dengan pasangan mereka yang terdahulu. Tentunya mereka tidak mahu hubungan kali ini sekadar menjadi rebound relationship yang tidak bertahan lama.
Ads
Adakah korang rasakan ini hanya sekadar gosip liar ataupun sememangnya Leonardo dan Gigi sempurna bersama?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Eyka Farhana baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa gambar bersama tunang tercintanya, pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid, di Instagram.
Menerusi hantaran terbaharunya, Eyka berkongsi foto-foto mesra bersama Akhyar ketika sesi ‘photoshoot’ untuk sebuah jenama terkenal dunia.
Namun, salah satu gambar yang dimuat naik itu mencetuskan reaksi berbeza daripada netizen, yang turut memberikan teguran terhadap pasangan ini.
Meskipun foto tersebut memaparkan kemesraan mereka, ramai netizen berpendapat bahawa ia kurang sesuai memandangkan status hubungan mereka yang masih dalam fasa pertunangan.
“Sweet lah, nak juga lah ambil gambar dengan encik suami macam ini,” komen seorang netizen.
“Bagai pinang dibelah kapak, oppss sorry dibelah dua nice,” tulis seorang pengguna.
“Kalau dah kahwin tak apalah juga, ini sentuh? pulak,” komen yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rasanya semua orang dah sedia maklum tentang emosi perempuan bila datang bulan. Lebih-lebih lagi, kaum lelaki yang sememangnya sudah faham dengan ‘masalah bulanan’ gf/isteri mereka. Hiks!
Bukan semua wanita berhadapan dengan masalah ini, tetapi kebanyakannya ia memberi kesan perubahan hormon yang agak mendalam.
Namun begitu, ini tidak bermaksud yang perempuan boleh jadikan alasan untuk mereka marah sesuka hati dengan bertindak kasar kepada orang lain.
Seorang lelaki telah berkongsi mesej daripada girlfriendnya dan bertanya adakah perempuan period memang macam ni ke?
Percayalah, lelaki LAGI SUSAH nak difahami tau! Terutamanya ketika kita ingin membeli hadiah istimewa untuk si dia, mesti kita blank sekejap. Ini kerana lelaki lebih suka menyembunyikan apa yang mereka inginkan, atau mereka sendiri tak tahu apa yang mereka perlukan.
Hhm, apa kata korang lihat pada personaliti lelaki itu, mana tahu you will hit their hearts. Jom tengok apa yang paling bersesuaian dengannya.
Haa, dah tahu apa nak belikan untuk boyfriend, skandal (eh!), adik, abang, ayah atau untuk kawan korang dah?
Terutama untuk sebarang pembelian barang mulai hari ini (21 Februari), REMAJA syorkan agar korang rebut peluang di aplikasi baru Shopee for Men. Portal ini memudahkan lelaki untuk shopping secara online.
Untuk 21-25 Februari, Shopee menawarkan harga terendah, pelan pembayaran ansuran 0% dan penghantaran percuma untuk pembelian RM25 ke atas.
Ia boleh diakses menerusi butang ikon Shopee for Men di laman web Shopee.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!