Trend bubble tea tidak akan surut serta-merta, percayalah.
Pada minggu ini, pelopor trend bubble tea di Malaysia iaitu Coolblog Malaysia telahpun melancarkan minuman terbaru mereka iaitu Unicool dalam 3 perisa utama.
REMAJA tak terlepas untuk menjadi antara yang pertama mencubanya.
Come on, dengan lapisan minumannya yang berwarni-warni dari biru ke pink serta topping meriah, penulis tak boleh terlepas daripada mencuba perisa keladi (yam). Korang pun boleh mencuba perisa Coral Blue atau Strawberi.
Apa yang boleh disimpulkan, Coolblog Unicool ini tidaklah terlalu manis (pada yang takut kena potong kaki lepas tengok foto 3 topping Unicool), mempunyai rainbow jelly dan pearl pada dasar cawan serta overall, berbaloi untuk dicuba.
Ads
Iyalah, mana lagi nak cari minuman 750ml pada harga RM7.00.
Bercakap tentang ‘manis’, kami tanyakan isu panas minuman bubble tea yang dikatakan tidak sihat, mendatangkan komplikasi sugar level dan pearl dikatakan ‘boleh tersumbat di dalam usus’ kepada Coolblog.
Ads
Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaannya, Win Zakaria berkata, “Mana-mana resepi bubble tea memang ada kandungan gula. Tapi apa yang ramai pelanggan tak tahu adalah mereka boleh menentukan kadar gula dalam minuman mereka.
“Nak less sugar, nak normal sugar. Ia terpulang kepada korang. Begitu juga dengan tambahan inti bubble atau jelly, korang boleh pilih atau asingkan. Jadi seharusnya tidak ada isu minuman bubble tea ini ibarat menempah potong kaki.”
Tambahnya lagi, kandungan pearl pada dasar minuman mempunyai banyak kelebihan yang ramai tak tahu. Pearl di Coolblog diperbuat daripada ibu kayu yang merupakan sumber tenaga dan mengenyangkan. Kadangkala korang tak perlu pun makan nasi untuk makan tengah hari jika membeli minuman ber-pearl ini.
Ads
“Kami pun sedang dalam proses menghantar pearl ke makmal analisis untuk mengetahui jika ada benda yang boleh kami perbaiki.
“Apa yang kami cuba sampaikan adalah tak semua bubble tea itu tidak sihat. Pelanggan boleh tentukan kandungannya, saya pasti pengusaha jenama bubble tea lain pun menyediakan pilihan manis atau tak.”
Haa, korang dah dengar kan.
Jangan lupa untuk mencuba minuman Unicool baru daripada Coolblog Malaysia dan memuat naik di Instagram!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz menasihati golongan selebriti tidak perlu melayan komen yang kurang enak daripada netizen atau ‘berperang’ dalam media sosial.
Selain itu, pelakon filem hit Sheriff: Narko Integriti itu juga memberitahu isteri tercintanya, Datin Diyana Halik sentiasa berpesan agar membiarkan sahaja komen netizen yang menulis perkara yang tidak baik.
“Saya pun kadang-kadang geram juga bila tengok ada orang komen bukan-bukan, tapi isteri saya selalu mengingatkan saya. She is my big alarm clock.
“Dia selalu cakap ‘kenapa nak layan semua ini, orang ada hak untuk bercakap’. Saya selalu nasihat kepada pendatang baharu, ada yang tanya macam mana saya bawa diri dalam bidang macam ini,” katanya.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, sesiapa sahaja yang memasuki industri seni seharusnya menerima dengan hati yang terbuka apabila dikritik pelbagai pihak.
“Saya cakap, kalau masuk bidang ini, nak orang puji, siapa yang tak nak dipuji. Semua orang nak, tapi kena terima tiba masa orang nak kritik atau kutuk, kena terima sebab tak semua orang suka.
“Sebab lagi balas, ada saja netizen yang menjawab dan benda itu tak berakhir. Jadinya, cipta satu ruang untuk peminat dan netizen bergaduh,” tambahnya aktor kelahiran Singapura itu lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo dan Angel mengumumkan mereka bakal mengadakan sebuah konsert pada 3 Ogos ini yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert Dolla Re:Birth The Experience itu merupakan konsert sulung mereka selepas lebih empat tahun mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.
Angel berkata konsert itu bakal menyaksikan era baru Dolla dengan corak persembahan berbeza, selain menjanjikan kepuasan buat peminat yang hadir.
Kredit: Instagram @dolla.official
“Konsert Dolla ini seperti kelahiran semula dan menonjolkan sisi matang kami. Kami telah mulakan persiapan, kini sedang menyediakan susunan lagu Dolla yang baharu dan segar untuk konsert itu”
“Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh siapapun sebelum ini serta akan menjadi pengalaman penuh emosi dan istimewa untuk semua peminat Dolla”
Dalam pada itu, Tabby dan Sabronzo berharap dapat memberikan persembahan terbaik pada konsert itu serta akan memastikan penyampaian yang lebih segar.
Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions Rohit Rampal berkata konsert itu akan menjadi medan bagi membolehkan Dolla mempamerkan semua yang telah kumpulan itu pelajari sejak kemunculan mereka.
“Kami sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan kumpulan kelahiran Malaysia ini kesempatan meraikan kejayaan mereka. Dolla telah bekerja keras selama ini, mereka berhak merealisasikan cita-cita besar mereka”
Sekadar info, antara lagu yang pernah dipopularkan Dolla adalah Damelo, Dolla Make You Wanna, Look At This, dan Raya Raya Raya.
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.hitmanlive.com mulai 30 Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Pusat Kebudayaan Persekutuan Rusia-Korea akan mengumumkan akan mengadakan pameran seni antarabangsa sebagai penghormatan atas pengaruh penyanyi terkenal, SUGA BTS.
Difahamkan, pameran ini bakal memaparkan beberapa karya seni daripada seniman Rusia yang terinspirasi daripada muzik dan pengaruh budaya SUGA BTS atau nama sebenarnya, Min Yoongi.
Dalam pada itu, antara tujuan utama acara ini adalah untuk menonjolkan bagaimana inspirasi artistik SUGA mampu menyumbang kepada penyebaran budaya Korea di Rusia serta mengukuhkan hubungan budaya di antara kedua-dua negara.
Selain itu, pameran ini turut dibahagikan secara tematik, dengan setiap bahagian menggambarkan pelbagai aspek budaya Korea dan bagaimana seniman Rusia memandangnya.
Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan Rusia-Korea, Irina Lavrik berkata melalui muzik dan karya seni SUGA telah mempengaruhi visi kreatif ramai seniman.
“Min Yoongi bukan hanya seorang pemuzik, beliau adalah fenomena budaya. Beliau juga antara pemangkin yang menyatukan orang-orang kreatif dengan kecintaan yang sama terhadap seni dan budaya Korea,” katanya.
Pada masa yang sama, pameran Seni Antarabangsa ‘Tribute to Min Yoongi’ ini akan diadakan di Daegu pada 4-9 Mac akan datang.
Sekadar info, kini lima anggota BTS iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin masih lagi menjalankan perkhidmatan berkenaan sejak Disember 2023 dan mereka dijangka akan bersatu semula pada pertengahan tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr Mohammed Taufiq Johari mencipta sejarah sebagai Menteri Belia dan Sukan termuda pada usia 29 tahun, menjadi inspirasi buat belia dan remaja Malaysia.