Nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam petang semalam masih mengejutkan sejagat masyarakat bukan hanya di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa.
Insiden yang melibatkan pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) dalam penerbangan dari Pulau Langkawi ke Subang itu cukup menyayat hati apabila ia bukan sahaja meragut nyawa enam penumpang dan dua kru pesawat. Malahan, dua orang awam juga menjadi mangsa insiden apabila ia terhempas ke bumi.
Tambah menyedihkan apabila satu-persatu foto dan video yang dirakam oleh orang ramai telah menyinggah ke ruangan media sosial sehinggakan ada yang melanggar etika sensitiviti. Antaranya termasuklah imej-imej mayat rentung terbakar yang berhampiran tempat kejadian kini tular.
Melihat keadaan sedemikian, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telahpun menegur perbuatan tersebut. Menurut, adalah haram sekiranya seseorang menyebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam sesuatu tragedi. Ini kerana ia akan melukakan hati keluarganya serta meranapkan maruah seseorang.
Ads
“Sabda Nabi SAW yang bermaksud; ‘Hak setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya.’ Riwayat Muslim (2564),” kongsinya.
Selain itu, Dr Zulkifli juga menasihati warganet adalah lebih baik sekiranya kita mendoakan mangsa-mangsa dikurniakan syahid akhirat kerana kematian itu berpunca daripada kemalangan.
“Moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan),” katanya.
Ads
Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang
Sementara itu, dari sisi undang-undang pula, perkongsian gambar dan rakaman video mangsa nahas yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa dan melanggar prinsip etika asas boleh dikenakan tindakan!
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan media sebentar tadi, “Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”
Ads
Dalam masa-masa sekarang ini, usahlah kita lupakan faktor sensitiviti dan perasaan empati hanya disebabkan keghairahan mengejar jumlah ‘likes’ di media sosial.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, anxiety boleh menyebabkan beberapa simptom fizikal. Malah, disebabkan penghasilan hormon hampir semua sistem badan akan merasai impak negatifnya. Penyakit anxiety ini juga boleh membuatkan anda rasa kegelisahan, sesak nafas dan rasa penat sepanjang masa.
Walau ada yang telah menyedari diri mereka mempunyai penyakit berkenaan, namun ada juga yang masih tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah ini. Menerusi satu perkongsian pakar motivasi Datuk Dr. Fadzilah Kamsah di Twitter, beliau ada menyenaraikan 7 tanda-tanda ada anxiety yang tak disedari:
2. Salahkan diri sendiri terhadap perkaea yang sudah berlaku dan di luar kawalan kamu.
3.Double check perkara yang sudah confirm. Contoh : jam berapa ya kuliah hari ini?
4. Tidak sedar dah mengelamun lebih 15 minit.
5. Hilang selera makan.
6. Benci orang tanpa sebab.
7. Liat nak solat dan beribadah.
Pada akhir ciapannya, beliau turut menitipkan nasihat agar tidak membiarkan penyakit ini melarat dalam diri selain meminta untuk mengubah gaya hidup seperti cara makan, ubah cara tidur dan keluar dari circle toksik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kemenangan Andina Julie yang terpilih menjadi Miss Grand Indonesia 2022 ternyata membawa tuah buat gadis berusia 21 ini. Dia yang berasal dari Palembang telah dianugerahkan biasiswa oleh Universiti Indo Global Mandiri untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat sarjana.
Pemberian biasiswa ini merupakan satu inisiatif pihak universiti bagi menghargai usaha Andina yang berjaya membanggakan institusi terbabit. Dia yang ketika ini merupakan pelajar jurusan perakaunan dalam peringkat sarjana muda di universiti tersebut sangat gembira dengan hadiah yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti kepadanya.
Saat menerima perjanjian biasiswa
“Bidang perakaunan merupakan bidang pelajaran yang saya minati dan menurut saya boleh memberi peluang kerja yang luas di dalam bidang apa pun,” ujar gadis cantik ini. Dia yang tidak menyangka sama sekali akan dianugerahkan biasiswa tersebut mengungkap rasa syukur kerana kini dia boleh melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
Menjengah ke laman Instagramnya, Andina berterima kasih kepada semua pihak yang mempercayai dirinya.
“Terima kasih untuk ketua Yayasan Indo Global Mandiri , Bapak Fadhiel Alie, S.Kom., B.I.T., M.T.I dan seluruh rektor, pensyarah dan pengurus Yayasan Indo Global Mandiri yang telah memberikan peluang besar ini untuk Andina. Semoga dengan amanah ini, saya boleh membawa nama baik UIGM, dapat menyelesaikan pengajian tepat waktu dan membanggakan orang tua,” kongsinya panjang.
Adina bersama Ivan Gunawan
Pemilik Yayasan Dunia Mega Bintang yang memegang lesen Miss Grand Indonesia, Ivan Gunawan turut bangga dengan pencapaian Andina. Ujarnya, “Saya berasa bangga kerana bagi saya Miss Grand Indonesia bukan sekadar pertandingan kecantikan yang hanya memandang fizikal sahaja, tetapi Miss Grand Indonesia juga harus memiliki nilai intelektual dan etika kerja yang tinggi.”
Untuk pengetahuan pembaca, Andina atau nama asalnya Andina Yulianti merupakan Miss Grand Indonesia ketiga di bawah directorship Ivan Gunawan. Tahun ini pertandingan Miss Grand International 2022 dijangka mengambil tempat di Indonesia sebagai tuan rumah.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak Malaysia dilanda pandemik wabak COVOD-19 pada tahun lalu, pemakaian pelitup muka telah diwajibkan ke atas kesemua rakyat Malaysia di tempat awam demi melindungi masyarakat umum daripada risiko jangkitan.
Terbaru, pemakaian dua lapis pelitup muka pula disyorkan kerana ia dikatakan lebih berkesan menapis lebih daripada 95 peratus virus terutamanya di tempat awam yang berisiko seperti hospital.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Negara iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham, petugas kesihatan di hospital digalakkan untuk memakai 2 pelitup muka jenis Three Ply atau N95 bersama-sama face shield.
Ini kerana virus Covid-19 merebak bukan saja dari segi droplet tetapi juga menerusi airborne. Oleh itu, pemakaian face shield ini digalakkan bersama dua lapis pelitup muka. Namun ia bukanlah diwajibkan. Yang WAJIB adalah pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Tambah Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri sebagai peringatan, di bawah akta 342, pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan. Tiada siapa seharusnya yang terlepas daripada kewajiban ini.
Contohnya, pemakaian niqab dan face shield saja tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memakai pelitup muka. Niqab dan face shield ini dibolehkan sebagai tambahan.