
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang boleh digambarkan apabila pekerja kedai serbaneka ditumbuk oleh dua lelaki tempatan yang kemudian memaksanya untuk turut berswafoto bersama mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: 2 Bulan Stranded Di Kampung Sebab PKP, Rumah Licin Disamun Penyamun
Salah seorang suspek (kanan) sempat berswafoto bersama pekerja kedai yang ditumbuk olehnya.
Kini, pihak polis sedang giat menjalankan operasi pencarian dua suspek tersebut bagi tujuan siasatan lebih lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hasan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi, apabila mangsa yang bekerja di kedai serbaneka 24 jam didatangi dua lelaki tempatan tidak dikenali yang ingin membeli arak.

Pengadu berusia 18 tahun tersebut dilaporkan menegur lelaki itu selepas dia mengambil tiga batang payung dan meninggalkan kawasan itu tanpa membayarnya.
“Berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dan suspek sebelum suspek kembali ke kawasan itu dan menumbuk muka mangsa beberapa kali,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum membuat laporan polis, mangsa menjalani rawatan di hospital, sambungnya lagi.

Menurut Mohd Zaid, usaha mencari kedua-dua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperkatakan samun yang mengakibatkan kecederaan.
Bagi membantu siasatan, polis menggalakkan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil ke hadapan.
Pegawai penyiasat, Inspektor Nur Fatihah Awang, boleh dihubungi di talian 011-25703695, IPD Kajang di talian 03-89114222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Diuji Dengan Kematian, Terkini Isteri Pegawai Polis Disahkan Positif COVID-19

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia hingga mencecah lebih 750,000 orang sudah dijangkiti pasti memberikan kesan emosi bukan sedikit. Lebih sedih jika ada ahli keluarga kita disahkan dijangkiti dan berakhir dengan kematian. Namun tidak kurang juga ada yang sudah sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.
Jika baru-baru kita baru saja menerima berita sedih dengan pemergian seorang pegawai polis, Mohd Fairos bin Saberon antara pesakit termuda menemui ajal akibat COVID-19, sejak semalam isterinya, Aiza Syafinaz binti Hj Shahak berkongsi di fbnya bahawa beliau juga disahkan positif COVID-19 kerana kontak terdekat dengan arwah suaminya.
Bukan saja dirinya tapi bapanya turut disahkan positif kerana mempunyai sejarah bersalamanan dengan anak kepada jemaah Tabligh, dapat dilihat beliau sangat kuat dan tabah menghadapi ujian menimpanya.

Bacalah perkongsian dari fbnya. Mari kita doakan dirinya dan seluruh ahli keluarganya cepat sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga sebelum Ramadan ini.
Assalamualaikum sahabat syurga ku semua…saudara mara seislam ku… ❤
Salam kemaafan….💕💜💙💋
Saya sedang di uji Allah swt dgn ujian yg hebat… insyaAllah saya perlu kuat utk semua rakan wanita di luar sana… saya sayang anda semua kerana Allah..lillahitaala.. 🙂
Saya telah di sahkan positive covid 19 pd smlm 30 hb Mac 2020.. setelah membuat saringan di pkd titwangsa pada 22 mac 2020 jam 11.30 pagi..
Oleh kerana saya adalah contact utama arwah suami saya yang meninggal dunia pada 26.3.2020 akibat covid.nKorban ke 24 ( kes ke 1056) maka saya juga telah disahkan positif walaupun saya tiada mengalami simptom apa-apa. Saya kini berada di wad di raja ( wad covid) HKL tingkat 4 wad 14 katil c.. ( maaf tidak boleh melawat) jaga diri anda..
Ayah saya Sahak Sahak Haji Shahak juga sedang di kuarantin di Hospital Permai Jb sejak 19 hb Mac yg lalu sehingga kini… dan sehingga hari ini beliau stabil dan sihat. Beliau juga positif covid 19 walaupun tiada simptom kerana mempunyai sejarah bersalamanan dengan anak kepada jemaah Tabligh ( itu asbab) … mohon doakan ayah saya juga akan sihat dan cepat keluar dari wad…
Keluarga yg lain di Simpang Renggam setakat ini adalah negative.. #prayforsimpangrenggam
Mohon sahabat semua aar mendoakan kami tabah.sabar. redha.. cekal.. kuat semangat…hadapi segala ujian Allahg swt ini.

Sesungguhnya ujian yang Allah beri ini untuk kita kerana kita mampu dan kuat untuk menghadapiNya. Dan inilah bukti kekuasaan Allah untuk kita beriman dan tunduk kepadaNYA.. kita mohon doa agar Allah ampunkan kita…maafkan kita .. Allah uji kerana Allah syg❤💪🏻
Saya serahkan jiwa dan raga saya di atas aturan dan perancangan Allah SWT. Sesungguhnya kita semua makhluk Allah yang dikasihi dan disayang. Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha Agong.
Jaga diri semua… stay at home.ikut arahan kerajaan. .. jaga kebersihan dan mari kita berdoa agar virus ini akan lenyap dari dunia…amalkan minum lemon… makan suppliment… kuatkan antibodi ya..kuatkan imunisasi… jgn fikir bukan bukan..always thinking positive…
Tidak semua pesakit covid akan tewas dan kecundang. Mohon jangan kecam pesakit covid seperti kami. Kami tidak minta sakit ini. Kami insan terpilih. Mohon doakan kami terus kuat berjuang kerana Allah swt dan sentiasalah send aura positive kepada kami. Jangan call kami nangis nangis ya… 🥰
Al fatihah untuk Allahyarham suamiku tercinta, Mohd Fairos bin Saberon. Damailah di sana dengan tenang sebagai negarawan dan syahid.Al fatihah (dibaca) .💕
Salam kasih sayang untuk semua.Terima kasih sahabat yang mengirimkan aura positif untuk saya. Yang solat hajat untuk saya. Yang mendoakan saya. Dan yang pinjamkan smgt kepada saya. Always call saya bagi semangat dan kirim doa. Love u olss.. 🙂💪🏻💪🏻. Saya sayang u ols. Tak dapat nak tag nama sahabat kerana semuanya sgt baik…
Aiza Syafinaz binti Hj Shahak
Pejuang covid 19
0137572177
Hospital Kuala Lumpur HKL
#pesakitcovid19
#keepfighting
#plzstrong
#positivemind
#terusberdoa
#cikpatintourleader
#ticeraiza
#kelasrotiticeraiza
#pdrm
#sayamestikuat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akibat Obsesi Anak Muda Kini, Harga Tumbler Blackpink Melonjak Naik ‘Kaw Kaw’ Dalam Pasaran!

‘Blackpink in your area!”
Siapa sahaja tidak kenal dengan figura kumpulan K-Pop terkenal ini? Lagu-lagu mereka yang sangat catchy dan rancak pasti menarik perhatian mana-mana anak muda zaman sekarang!
ARTIKEL BERKAITAN: Daebak! BLACKPINK Berjaya Cipta Rekod Baharu, Peminat Tumpang Bangga!

Baru-baru ini tumbler Starbucks edisi khas yang telah dikeluarkan untuk pasaran Asia dengan kerjasama kumpulan K-pop terkenal Blackpink didapati dijual semula dengan harga yang sangat mahal sehingga mencecah RM5,000 seunit.
Harga asal tumbler tersebut adalah antara RM200 dan RM478, namun ada sesetengah pembeli telah mengambil kesempatan dengan menjualnya semula pada harga yang terlalu tinggi.

Menurut sumber Kosmo, ada peminat yang sanggup membayar lebih untuk mendapatkan tumbler itu, dengan ramai yang berkongsi kegembiraan mereka apabila berjaya mendapatkan barang itu.
“Pada harga RM3,500 pun ada yang jual. Anda tahu ini edisi khas, tetapi harganya tidak masuk akal,” komen salah seorang peminat.
“Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara kita, ia juga dijual semula pada harga RM2,000 di Indonesia manakala beberapa edisi lain mencecah sehingga RM5,000,” komen warganet.

Seorang pengguna media sosial, bagaimanapun, berpendapat bahawa harga itu ternyata masuk akal kerana tumbler itu hanya terjual di Asia.
“Bagi saya, tidak mengapa untuk menjual pada harga seperti itu. Ini khas untuk pasaran Asia. Jika penjual bijak dan menggunakan mana-mana platform jualan antarabangsa, dia mungkin boleh menjual pada harga yang lebih tinggi,” jelasnya lagi.
Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.
Ukurlah baju di badan sendiri dulu ye…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo, People
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenapa Gadis Datang Haid Dilarang Daki Gunung Agung, Bali. Gunung Ini Juga Dikatakan Tempat Dewa Berkumpul

Bali, pulau pelancongan yang mendapat tempat di hati jutaan pelancong kerana keindahan alam semulajadinya. Pemandangan yang cukup indah menyaksikan matahari naik dan turun menjadikan pulau ini tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Pernah digemparkan dalam satu serangan bom pada tahun 2002 di mana seramai 202 orang mati selain 209 cedera yang mana tragedi ini kemudiannya dinamakan Bom Bali 2002. Malah penyerang-penyerangnya sudah menerima hukuman mati atas perbuatan ganas tersebut.
Terkini, dalam tempoh dua hari ini, semakin ramai penduduknya dipindahkan kerana gunung berapinya, Gunung Agung sudah mulai mengeluarkan asap dan amaran sudah dikeluarkan oleh pihak pemerintah kerana pada bila-bila masa, Gunung Agung yang menjadi kebanggaan masyarakat di Bali akan memuntahkan larvanya tanpa terduga.

Apa yang perlu diketahui tentang Gunung Agung? Semak senarai 10 sebab mengapa Gunung Agung penting bagi masyarakat Hindu di pulau ini.
a) Gunung Agung merupakan tempat bersemayamnya dewa-dewa suci.
b) Di Gunung Agung juga terdapat Istana Dewata.
c) Gunung ini dianggap sebagai gunung paling suci oleh penduduknya.
d) Gunung Agung dianggap sebagai “pusat bumi”.
e) Terdapat sumber mata air jika melakukan pendakian dari Pura Besakih ke Gunung Agung yang dianggap suci oleh masyarakat setempat. Tidak boleh sembarangan orang yang mengambilnya. Jika mahu mengambilnya juga, harus melakukan upacara sembahyang terlebih dahulu.
f) Kerana gunung ini gunung suci, perempuan yang dalam haid dilarang sama sekali mendaki gunung ini.
g) Terdapat banyak sekali upacara adat yang dilakukan di Gunung Agung setiap tahun. Masyarakat Hindu di sini akan menyajikan haiwan seperti kambing dan kerbau hidup yang akan dicampakkan ke dalam kawah berapi ini. Malah mereka juga akan menyajikan buah-buahan kepada Dewa Monyet Hanuman. Fungsi upacara ini untuk mengingatkan umat agar menjaga kelastarian alam sekitar di sekitar tempat-tempat suci ini.
h) Dilarang sama sekali mendaki gunung ini jika masyarakatnya sedang mengadakan upacara besar di Pura Besakih atau pun Pura Pasar Agung kerana jika melanggar adat ini, akan berlaku musibah tidak terduga.
i) Satu upacara dinamakan Wana Kertih akan diadakan demi mewujudkan satu hubungan kelastarian likungan dan keharmonian alam untuk tidak berlakuknya bencana. Letusan gunung berapi dipercayai terjadi kerana sikap manusia yang berbuat keburukan malah upacara itu diadakan untuk terus menjalin hubungan yang baik dengan penjaga gunung tersebut.
j) Jika berlaku musibah seperti orang hilang atau meninggal dunia, masyarakat harus mengadakan upacara ritual untuk kembali menyucikan Gunung Agung.
k) Jika haiwan bertindak turun dari gunung secara tiba-tiba, itu tandanya bahawa Gunung Agung akan meletus.

1148 mati akibat terkena lahar panas Gunung Agung
Jika Gunung Merapi di Yogjakarta pada 2010 mencetuskan simpati orang ramai kerana penjaga gunungnya, Mbah Marijhan enggan turun selepas gunung berapi itu mulai meletus, Gunung Agung mencatatkan letusan lebih daripada itu. Bukan sekali tetapi sudah tujuh kali bermula dari tahun 1808.
Kali terakhir Gunung Agung memuntahkan lahar panasnya pada tahun 1963 di mana seramai 1148 penduduknya mati. Terkini, selepas 120 tahun “tertidur” 2017 bakal mencatatkan sejarah bagi Pulau Bali kerana pihak kerajaan sudah mengeluarkan amaran tahap empat yang gunung ini bakal meletus bila-bila masa. Malah puluhan ribu penduduknay sudah mulai dipindahkan kerana asap putihnya sudah mulai tebal dan bakal meragut ribuan nyawa jika tidak melakukan pemindahan segera.
Bila Gunung Agung mulai memuntahkan laharnya?
a) Letusan 1808
Gunung Agung meletus disertai wap dan abu vulkanik. Gunung ini melontarkan abu dan batu apung dalam jumlah luar biasa. Jejak sejarahnya adalah bukit-bukit batu yang mendominasi topografi Kabupaten Karangasem ketika ini.
b) Letusan 1821
Selepas 13 tahun kejadian pertama, gunung ini kembali meletus untuk kali keduanya. Malangnya, letusan kali ini tidak di dokumentasikan dengan sempurna dan tiada sejarah dicatatkan mengenai letupan kali kedua ini.Ini merupakan kali kedua aktivitas Gunung Agung sejak 1808. Sayangnya sejarah letusan 1821 tidak terdokumentasikan dengan baik. Letusan yang berlangsung saat ini adalah letusan normal.

c) Letusan 1843
Letusan kali ini disertai dengan gempa yang kuat. Gunung Agung telah memuntahkan laharnya seperti abu, pasir dan batu apung. Letusan turut berlaku pada tahun 1908, 1915 dan 1917, di mana kawah Gunung Agung memuntahkan laharnya.
d) Letusan 1963
Letusan ini berlaku hampir setahun iaitu pada 18 Februari 1963 dan berakhir pada 27 Januari 1964. Muntahan larva ini telah mengorbankan 1148 orang dan 296 mengalami luka-luka. Majoriti mati akibat awam panas yang dapat dirasai sejauh 70 km persegi. Letusan ini bermula dengan gempa bumi yang ringan yang dapat dirasakan oleh penduduk Kampung Yeh Kori. Sehari selepas itu, gempa turut dirasai di Kampung Kubu iaitu kira-kira 11 km dari kawah gunung Agung.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

