Sudah Warning Tapi Tak ‘Makan Saman’, Perokok Dalam Kedai Bakal Disaman

Share

Semua sedia maklum, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan larangan drastik bermula Januari 2019.

 

Walaupun pada awalnya mendapat tentangan, namun larangan merokok di dalam kawasan kedai makan ataupun larangan ‘Rokok 3 Meter’ diimplementasi demi menjaga kesihatan dan keselesaan pelanggan lain.

Setelah 7 bulan dikuat kuasa, REMAJA melihat masih ramai perokok dan pemilik premis kedai yang tak mengendahkan larangan itu terutamanya dia kedai mamak dan warung makan titian jalan.

BACA: Sudahlah Haram, Perokok Juga Tak Layak Terima Zakat

Vape dan shisha juga dilarang dalam lingkungan 3 meter.

Bagi mereka yang tak ‘makan saman’ ini, nampaknya korang perlu berhati-hati bermula Ogos ini. Kerajaan akan mula mengeluarkan saman kepada perokok yang enggan mengikuti larangan.

Menurut laporan, perokok yang masih berdegil atau sengaja merokok dalam lingkungan 3 meter dari premis boleh dikenakan denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak melebihi 2 tahun.

Bukan hanya perokok saja, pengusaha premis juga boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara tak melebihi 6 bulan jika didapati bersalah membiarkan perokok ‘melayan’ di dalam kawasan premis.

Bagi penulis, ini adalah adil kepada pelanggan lain terutamanya yang sudah berkeluarga, mempunyai bayi dan anak kecil serta kepada warga emas. Mereka juga merupakan pelanggan tetapi mereka tak meminta untuk menjadi penghisap asap rokok sekunder.

Hati-hati ya gaiss..

IKLAN