Memiliki aset seperti rumah pada usia muda menjadi impian setiap orang. Namun, keadaan ekonomi yang tidak stabil pada masa ini dengan harga rumah yang tinggi menyukarkan kita semua terutamannya Remaja untuk memiliki aset ini.
Tetapi, lain pula dengan pelantun lagu ‘Sumpah’ dan juga juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, iaitu Naim Daniel. Walaupun baru berusia 22 tahun namun beliau sudah berjaya memiliki rumahnya sendiri. Hebat kan?
Menerusi satu posting di Instagram baru-baru ini, dia meluahkan rasa bersyukur dihadapan rumah barunya itu.
Ads
“Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum,” tulisnya ringkas.
Posting berkenaan dihujani komen rakan selebriti dan peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta turut tumpang gembira atas hasil usahanya sebagai anak seni membuahkan hasil selama ini.
Ads
Ads
Moga kejayaan Naim Daniel ini mampu memberikan semangat dan inspirasi buat remaja di luar sana. Cayalah Naim Daniel!
Sumber : instagram Naim Daniel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada zaman sekarang, apa-apa pun boleh bertukar viral dalam sekelip mata termasuklah parodi pakaian selebriti Hollywood.
Remaja Itali bernama Emanuele Ferrari ini cuba untuk meniru cara pemakaian selebriti terkenal dengan menggunakan bahan yang ada di rumah saja.
Emanuele sememangnya sudah pakar dalam bab meniru ini sejak tahun 2014 lagi sehinggalah jumlah followers-nya di Instagram mencecah sehingga 725,000 orang. Antara pakaian yang menjadi bahan usikannya adalah pakaian – hhm – unik dan sedikit pelik. Tengok 8 jenis parodi yang buatkan kami semua tergelak!
Fascinator Meghan Markle vs. kon aiskrim
Gaya pelik jambang Zac Efron vs. roti bakar
Cover majalah Vogue Kendall Jenner vs ayam jantan dan sarung tangan getah
Kostum Met Gala Rihanna vs. cawan plastik
Trofi Teen’s Choice Award Chiarra Ferragni vs. papan gosok baju
Kostum kepala Madonna di Met Gala vs. biskut & – wait – jala ikan?
Fascinator & jaket Kate Middleton vs. kek London Roll
Okay ni paling kelakar. Kostum kepala Cardi B di Met Gala vs. kerepek kacang dhal dan pengorek telinga!
Seriuslah, dia ada masa nak lakukan semua parodi ini? Apapun, Emanuele memang kreatif.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai hari ini. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik TMJ dan menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-15.
“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja bermula hari ini. Saya hendak berehat sekejap mula hari ini,” titah baginda.
Tunku Ismail merupakan anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. TMJ dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.
TMJ juga merupakan individu penting dalam mentransformasikan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim sehingga menjadi pasukan gergasi dalam kancah bola sepak tempatan.
Baru-baru ini beliau mengumumkan untuk meninggalkan pasukan itu kerana mempunyai tanggungjawab lain yang perlu digalas.
“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab,” titah Baginda.
Kini, TMJ memangku jawatan Pemangku Raja yang mana memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah beberapa hari isu berkenaan salah laku seorang pensyarah yang mengajar di sebuah kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Selangor hangat diperkatakan di serata media sosial, hari ini, universiti tersebut telahpun membuat aduan serta laporan polis agar perkara ini boleh disiasat dengan segera.
Menurut Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM iaitu saudari Nora Nordin, aduan telah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) agar proses siasatan dipermudahkan.
Universiti itu juga telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman untuk meneliti dan menjalankan siasatan terperinci ke atas segala dakwaan yang bersangkut paut dengan individu tersebut.
“UiTM memandang serius dakwaan itu dan juga komited untuk menangani segala dakwaan yang dibangkitkan.
“Universiti sama sekali tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana staf yang mengambil kesempatan atau menyalahgunakan kuasa mereka sebagai staf kerana UiTM amat mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kualiti seluruh warganya; khususnya dalam mengamalkan budaya integriti dan profesional yang tinggi,” ulas beliau dalam kenyataan yang diterbitkan.
UiTM juga memberi jaminan kepada ibu bapa agar tidak bimbang dengan hal ehwal pelajar yang menjadi keutamaan universiti.
*
Untuk pengetahuan, seorang tenaga pengajar telahpun dikaitkan dengan isu pengantunan seksual (sexual grooming) dan tuduhan menganggu bekas pelajarnya menerusi pautan mesej yang tersebar di media sosial pada minggu ini.
Menurut beberapa mangsa yang mendakwa pernah diganggu, personaliti individu tersebut di dalam kelas sama sekali berbeza dengan tata laku dan katanya semasa berbual dalam bentuk mesej WhatsApp.
Selain pernah mengajak pelajar untuk keluar ‘dating’, menjadi skandal atau lebih terus lagi, mesej yang berbaur ‘ajakan melakukan hubungan seksual’. Mangsa juga mendakwa mereka akan diberikan pelbagai hadiah seperti bunga, pakaian dalam dan – err – menawarkan untuk membeli kondom kepada bekas pelajar.
*What?!*
Foto hiasan : Pexels.
Untuk pengetahuan, perbuatan pengantunan kanak-kanak merupakan satu jenis aktiviti jenayah yang menjadikan mereka yang lebih mudah daripada pemangsa sebagai rakan dengan tujuan memujuk seseorang menjalinkan hubungan seksual.
Sesiapa yang berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak dengan niat untuk melakukan atau memudahkan perlakuan berbentuk seksual boleh disabitkan dan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dihukum sebat.