
Sekali berdiri, suaranya jadi inspirasi. Air mata, senyuman dan laungan kemenangan, semuanya menjadi saksi kepada perjalanan luar biasa seorang remaja yang berani bersuara, Adik Nur Awadah Mohd Adli.
Sebelum ini, semasa di sekolah rendah, pelajar Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin, Melaka itu turut bergelar
juara dua tahun berturut-turut (2023 & 2024) dalam Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani.Kepetahannya berhujah, keyakinan dan mesej yang dibawakan penuh makna menjadikan Awadah simbol inspirasi buat generasi muda hari ini.
Sebagai info, Awadah merupakan salah seorang ikon cilik PASTI. Tiada kejayaan datang tanpa usaha, dan kisah Awadah ini membuktikan usia muda bukan penghalang untuk jadi luar biasa!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Melaka Hari ini