Negara kita sudah pun mengalami musim tengkujuh kerana di beberapa buah tempat dikhabarkan mengalami banjir akibat hujan lebat.
Bila tiba musim hujan, nak keluar rumah pun rasa takut sebab khuatir akan berhadapan dengan banjir kilat di atas jalan raya. Bayangkan, tengah drive tiba-tiba jalan raya di hadapan dipenuhi air. Untuk mereka yang pertama kali menghadapi situasi ini, mesti korang rasa cuak kan?
Nah, apa yang perlu korang lakukan sekiranya melalui jalan raya yang dinaiki air banjir adalah dengan berpatah balik atau mencari laluan alternatif lain yang lebih selamat. Korang juga boleh berhenti sebentar ditempat yang selamat sementara menunggu hujan berhenti.
Jangan ambil risiko untuk meneruskan perjalanan kerana kita tidak tahu paras kedalaman air tersebut mungkin boleh melebihi di luar jangkaan. Lagi bahaya kalau korang lalu di kawasan laluan sungai yang melimpah. Takut-takut kenderaan korang akan menghadapi risiko dihanyutkan arus air.
Jadi kalau berhadapan dengan situasi ini, sebaiknya korang lakukan 9 tip berikut:
Ads
1. Jangan redah banjir jika tidak pasti kedalamannya. Jadikan kaki lima, pembahagi jalan dan papan tanda di tepi jalan sebagai penanda.
2. Jika mahu redah juga, pastikan korang melalui bahagian yang paling tinggi.
3. Pandu pada kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan gelombang di hadapan. Biarkan kenderaan di depan melepasi korang terlebih dahulu.
Ads
4. Pastikan korang dapat melihat laluan daratan dengan jelas supaya tidak berhenti dengan mengejut di tengah-tengah air.
5. Pemanduan yang laju adalah sangat bahaya untuk kenderaan lain, terutamanya bagi pejalan kaki dan penunggang motosikal. Ini boleh menyebabkan korang hilang kawalan akibat masalah aquaplaning iaitu situasi tayar kenderaan tidak mencecah permukaan jalan kerana terdapat lapisan air di antara kedua-duanya.
6. Pandu dengan jarak yang selamat di antara kereta dibahagian depan.
7. Jangan memandu melepasi air atau banjir yang sedang mengalir deras kerana korang berisiko untuk dihanyutkan air.
Ads
8. Uji brek kereta korang selepas melepasi banjir.
9. Jika enjin mati, jangan cuba hidupkan enjin semula kerana boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk berlaku. Sebaiknya, minta bantuan sama ada pihak insurans untuk menghantar tow truck atau bantuan daripada kenalan rapat.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat lebih-lebih lagi kepada pemandu wanita kerana mungkin mereka akan lebih panik berbanding pemandu lelaki. Jadi, jika berhadapan dengan situasi ini korang tak perlu cemas lagi ok? Ikut sahaja saranan yang telah diberikan.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam, semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan telah dibenarkan untuk mendirikan solat berjemaah termasuklah solat Jumaat, solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri bermula hari ini.
Kebenaran itu juga bukan saja diberikan kepada Wilayah Persekutuan, tetapi juga beberapa negeri lain seperti di Selangor, Perak dan Johor.
Malah, Johor juga dilaporkan sebagai negeri yang mempunyai jumlah masjid dan surau terbanyak mengadakan solat Jumaat pada tengah hari ini. Ia terdiri daripada 836 masjid dan 92 surau di seluruh negeri.
*
Walaupun SOP ketat telah dikeluarkan sebelum membenarkan arahan ini, kebanyakan pihak masih skeptikal akan keselamatan jemaah di masjid.
Ini memandangkan ancaman jangkitan wabak Covid-19 masih belum reda sepenuhnya. Malah media di Indonesia juga melaporkan bahana kepada pengumpulan kumpulan jemaah setelah berlakunya kes yang tidak diingini.
Tinjauan kami di media sosial juga mendapati ramai netizen yang mempertikaikan keadaan jurufoto yang bertugas membuat laporan di Masjid Negara hari ini.
Foto yang menunjukkan bagaimana mereka bersesak di satu sudut di dalam masjid mencetuskan kegusaran. Pemeriksaan suhu sudah dilakukan di luar pintu masjid. Namun, apakah syarat-syarat pengunjung di dalam masjid tidak diperketatkan?
Bagaimana sekiranya ini merupakan situasi biasa di masjid-masjid lain juga?
Bagi kami, syarat solat berjemaah mungkin boleh dipantau lagi agar tiada penularan wabak yang tak diingini berlaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malang sememangnya tak berbau, terutamanya apabila kita sedang khusyuk berseronok.
Insiden ini berlaku di sebuah lokasi percutian bernama Air Terjun Na Muang 2 yang terletak di Koh Samui, Thailand. Menurut laporan media di sana, lokasi rekreasi tersebut sememangnya popular di kalangan pelancong asing dan mereka akan menjadikannya sebagai salah satu lokasi wajib jika berkunjung ke sana.
Ini termasuklah seorang pelancong dari Perancis pada hari Khamis lalu.
Lelaki 33 tahun itu dilaporkan terjatuh daripada salah satu lokasi licin di air terjun tersebut semasa sedang cuba untuk berswafoto ataupun mengambil selfie.
Lebih mengejutkan apabila polis juga melaporkan bahawa terdapat satu lagi kes sama yang telah berlaku pada bulan Julai tahun lalu dan ia melibatkan seorang pelancong Sepanyol. Akibat terlalu teruja untuk merakamkan momen semasa bercuti, mereka mengendahkan keselamatan sendiri semasa berdiri di atas batu licin.
”Kami mengambil masa berjam-jam untuk mendapatkan semula tubuh mangsa kerana air terjun ini licin dan curam. Kini kami menutuo sementara kawasan terjatuh itu untuk mengelakkan pengunjung lain menemui nasib yang sama,” kata seorang leftenan yang ditemu ramah oleh mereka.
*
Koh Samui sememangnya popular di kalangan pelancong asing dan pulau itu adalah salah satu sebab bagaimana Thailand mampu menarik seramai 35 juta pelancong pada setiap tahun ke negara itu.
Namun akibat insiden seperti ini yang semakin keran berlaku, ramai yang ragu-ragu tentang faktor keselamatan yang tidak dititik beratkan oleh penguat kuasa di sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika angka 432 satu jumlah menakutkan, ternyata angka 691 ibarat bom bagi seluruh rakyat Malaysia.
Jika dibanding semalam, terdapat peningkatan sebanyak 259 kes baru dari semalam sekaligus membimbangkan orang ramai. Dalam sidang media sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 691 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 13,504 kes bagi 6 Oktober 2020.
Tapi ada sesuatu yang lebih menarik sebelum sidang media itu berlangsung, seramai 212 ribu sudah menanti di hadapan telefon masing-masing untuk mengikuti sidang media khas ini di page Kementerian Kesihatan Malaysia sekaligus membuktikan ramai yang cakna dan prihatin dengan kesihatan diri masing-masing.
Jika di Facebook KKM saja sudah diikuti lebih 200,000 itu belum termasuk page-page lain sekaligus membuktikan rakyat sememangnya ternanti-nantikan pengumuman penting ini.
Dalam pada itu, di sidang media berkenaan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada 691 kes baru, 661 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 27 kes bagi bukan warganegara manakala 3 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Sebanyak 87 kes telah pulih menjadikan 10,427 pesakit telah pulih dan discaj.
Dukacita dimaklumkan terdapat 4 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 141 kes.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!