Stok Kumpulan Darah O Sudah Diparas Rendah, Orang Ramai Digalakkan Derma Darah

Share

Tahukah korang bahawa satu pain darah yang mengandungi kira-kira 450 ml darah boleh menyelamatkan tiga nyawa? Mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta ini dan kerana itu juga pentingnya aktiviti menderma darah bagi mendapatkan bekalan secukupnya.

Menurut Pusat Darah Negara, permintaan darah untuk pesakit adalah berterusan dan bulan Ramadan juga hampir tiba. Stok kumpulan darah O sudah diparas RENDAH. Penderma darah diminta untuk hadir menderma darah dengan KADAR SEGERA.

Sumber: Pusat Darah Negara

Setiap hari, ada pesakit yang memerlukan transfusi darah. Pesakit talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan, bayi pra-matang yang menghidap anemia, pesakit yang menjalankan pembedahan major, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, ibu bersalin yang mengalami pendarahan semasa bersalin dan mangsa kemalangan adalah antara pesakit yang memerlukan bantuan transfusi darah.

Foto: Nguyễn Hiệp

Jadi pada mereka yang berkelayakan untuk menderma darah, jangan lupa kepada pesakit-pesakit ini, jalankan tanggungjawab sosial korang hari ini. Layari www.pdn.gov.my untuk maklumat lanjut berkaitan dengan lokasi pendermaan darah yang berhampiran.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN