
Juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy Anam mengakui bukan mudah untuk beraksi sebagai maskot Bunga Matahari.
Dedah penyanyi lagu popular Kasanova itu, dia beberapa kali mengalami sakit kepala selain lenguh seluruh anggota badan berikutan bebanan untuk membawa maskot sebesar itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Puas Jadi Teratai & Tonjolkan Alter Ego Di Pentas TMSM4

“Memang mencabar, ada minggu tertentu saya mengalami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat, malah lebih teruk pernah hampir pitam atas pentas sebab terlalu panas dan oksigen yang terhad.
“Sebab itu saya kena kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan dengan berikan lebih fokus kepada nyanyian sahaja.

“Berat maskot rasanya sama seperti saya pernah mendukung anak yang beratnya 12 kilogram,” katanya sejurus sahaja tamat rancangan tersebut.
Untuk info, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad yang menyarung maskot Bunga Matahari itu diumumkan sebagai juara TMSMY4.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Talita Zahra Raih Graduasi Dengan Ucapan Mengharukan Buat Watie – Momen Paling Menyentuh Hati

Momen penuh emosi tercipta pada majlis graduasi sekolah rendah baru-baru ini apabila anak kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu, iaitu Talita Zahra, menyampaikan ucapan yang menyentuh hati ramai. Ucapan tersebut bukan sahaja membuatkan para hadirin sebak, malah turut membuat isteri Shuib, Watie Hanifiah, tidak mampu menahan air mata apabila penghargaan istimewa diberikan kepadanya.
Ucapan Graduasi Penuh Emosi Dari Talita Zahra
Dalam video yang tular di Instagram, Talita Zahra berdiri di atas pentas dengan yakin dan memulakan ucapannya dengan penuh sopan santun. Namun suasana bertukar pilu apabila dia mula menyebut tiga insan penting dalam hidupnya: daddy, ibu (Allahyarham Siti Sarah) dan mummy, iaitu Watie. “Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy,” katanya sambil menerima tepukan gemuruh.

Dalam ucapan tersebut, Talita turut menyentuh kerinduan mendalam terhadap arwah ibunya yang meninggal dunia akibat Covid-19 empat tahun lalu.
“Ibu, walaupun ibu tak berpeluang melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayangi ibu,” ucapnya sambil menahan sebak.
“Mummy Ibu Sebenar Saya”, Penghargaan Menyentuh Hati Buat Watie Hanifiah
Bahagian paling menyentuh hati ialah ketika Talita Zahra meluahkan rasa sayang yang begitu tulus kepada Watie. Katanya,
“Untuk Mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy sebagai ibu tiri, saya melihat mummy sebagai ibu yang sebenar.” Kata-kata itu membuatkan suasana dewan bertambah hening dan sarat emosi.
Watie dilihat mengesat air mata berkali-kali ketika mendengar ucapan itu. Menurutnya dalam kapsyen Instagram, tangisannya semakin kuat apabila mendengar Talita menyebut nama “mummy” dengan penuh kasih.
Luahan Penuh Kasih Dari Watie
Dalam hantarannya, Watie berkongsi rasa syukur dan terharu atas penerimaan Talita terhadap dirinya sebagai sebahagian daripada kehidupan anak-anak Shuib. “Hujung-hujung video ini kamera bergoyang sebab mummy sudah mula menitik air mata. Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama mummy di hati awak,” tulisnya.
Watie turut mendoakan agar Talita terus mencapai kejayaan dan menjadi kebanggaan keluarga. Hubungan baik mereka selama ini sering menjadi perhatian netizen yang menyifatkannya sebagai contoh keluarga tiri moden yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Netizen Puji Hubungan Erat Talita Zahra dan Watie
Di ruangan komen, netizen menzahirkan rasa kagum terhadap hubungan rapat antara Talita dan Watie. Ada yang menyatakan bahawa kasih sayang tidak memerlukan pertalian darah untuk terbina, dan apa yang ditunjukkan oleh keluarga tersebut menjadi inspirasi kepada ramai.
Ramai juga memuji keberanian Talita Zahra yang mampu melafazkan penghargaan secara terbuka, serta memuji Watie atas kesungguhannya menyayangi keempat-empat anak Shuib tanpa membezakan mereka.

Sedikit Latar Belakang Keluarga Shuib
Sebagai info tambahan, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama Allahyarham Siti Sarah: Uwais Alqarni, 14; Dzahira Talita Zahra, 12; Ariq Matin, 9; dan Ayash Affan, 4. Mereka kini membina keluarga bahagia yang sering mendapat perhatian kerana keharmonian dan hubungan baik antara semua ahli keluarga.
Momen graduasi yang dikongsikan ini sekali lagi membuktikan bahawa kasih sayang yang tulus mampu mengikat hati-hati yang datang dari perjalanan hidup berbeza. Kejujuran Talita Zahra dan kasih Watie benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai di luar sana.
SUMBER : Insragram Watie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Hadiah Berharga Buat Hidup Saya,” Remaja Iban Dipilih Allah Peluk Islam!

Bagi kebanyakan mualaf, memeluk agama Islam, walaupun indah, mereka selalunya akan mendapat tentangan yang hebat daripada kalangan keluarga lebih-lebih lagi dari kedua-dua orang tua
Bahkan kebanyakan mualaf akan dipandang hina dan dibenci oleh ahli keluarga berikutan keputusan untuk meninggalkan agama asalnya.
Dalam hati berkata Ya Allah saya ingin bukankan mata kat ayah dan mak tempat ini lah selama kita tak suka tempat ni jalan menuju ke jalan Allah dan melindungi kita di akhirat adalah agama islam pic.twitter.com/ZJBbskuRgE
— MUHAMMAD NUR IMRAN BIN ABDULLAH🕋♥️ (@muhdnurimran96) January 13, 2020
Baru-baru ini, perkongsian seorang remaja lelaki berbangsa Iban mengenai kisahnya yang memeluk Islam telah menarik perhatian ramai terutamanya di laman media sosial.
Setelah mendapat hidayah, lelaki bernama Ambros Jos Anak Shylevester Lingchai atau nama Islamnya Muhammad Nur Imran Abdullah memeluk Islam pada 15 Januari yang lalu.
Ni wajah saya Alhamdullilah esok nak pergi JAIS dan ,saya ada nama baru ya saudara2 ku semua saya ,nama baru saya Muhammad Nur Imran ♥️
.
saya nak berdoa banyak2 kepada yang support saya takda korang saya terus berada ditempat yg sama, yang kurang dari saya ajarilah saya 😇 pic.twitter.com/8gDOGMXboe— MUHAMMAD NUR IMRAN BIN ABDULLAH🕋♥️ (@muhdnurimran96) January 14, 2020
Ni wajah saya. Alhamdullilah, esok nak pergi JAIS dan saya ada nama baru ya saudara-saudaraku semua,
“Nama baru saya ialah Muhammad Nur Imran. Saya nak berdoa banyak2 kepada yang support saya,
“Takda korang, saya terus berada di tempat yang sama. Yang kurang dari saya ajarilah saya,” katanya.
Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, dia akan ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bagi mendaftarkan nama baharunya.
Masih Merangkak Belajar Mengaji
Assalamualaikum dan Alhamdullilah untuk rezeki pagi ni dapat ilmu lagi selepas solat tadi dalam masa nak keluar ustaz panggil Imran meh sini jap ustaz bagi buku ngaji dan buku panduan solat Ya Allah terima kasih sangat dalam tu dah translate semua 😇 pic.twitter.com/2UJJnT2hpU
— MUHAMMAD NUR IMRAN BIN ABDULLAH🕋♥️ (@muhdnurimran96) January 15, 2020
Alhamdullilah Allah pertemukan kami di Surau Al-Hidayah Saya peluk semua semua orang2 syurga .saya dapat rasa begitu tenang surau ,nangis sebab kegembiraan tu terima kasih akak @Almelx dan abang ikhlas membantu permudahkan urusan saya😇I LOVE YOU ALL♥️♥️ pic.twitter.com/TN1sv0t4na
— MUHAMMAD NUR IMRAN BIN ABDULLAH🕋♥️ (@muhdnurimran96) January 14, 2020
Menerusi posting berkenaan, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada yang sudi menyokong kerana baginya, dia tidak akan sampai ke tahap itu tanpa ada sokongan mereka.
Tweet tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya memberi kata-kata nasihat dan berharap agar pemuda berkenaan terus beristiqamah.
Alhamdulillah bertambah seorang lagi umat Islam. Moga Muhammad Nur Imran terus istiqomah dan menjadi muslim yang berjaya didunia dan akhirat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Daddy Akan Sentiasa Menyayangi Kamu Berdua” -Fattah Amin Kongsi Foto Terakhir Bersama

Selepas usahawan terkenal, Nur Fazura nekad untuk meneruskan proses perceraian, terbaharu, suaminya yang juga aktor popular, Fattah Amin tampil dengan memuat naik foto isteri dan puteri mereka, Nur Fatima Aisya di Instagram.
Difahamkan, foto yang dikongsikan pelakon filem Pendekar Awang itu merupakan foto terakhir yang dipercayai diambil sebelum berlakunya polemik rumah tangga pasangan berkenaan.
BACA: Fazura Nekad Mahu Teruskan Proses Perceraian -“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima”

Menjadi tumpuan netizen apabila, Fattah masih menyatakan rasa sayangnya terhadap Fazura dan Fatima.
“Doakan yang baik- baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two #lastpicturetaken @fattzuralovelife,” coretnya ringkas.
Pada 13 September lalu, pelakon drama Lelaki Itu telah memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah.
BACA: “Masih Sayang…”Fattah Amin Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Lafaz Talak Tidak Berlaku Hari Ini

Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Fattah Amin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

