Squid Game Bakal Jadi Realiti, Netflix Cari Peserta Sebenar Rebut Hadiah Wang Tunai

Share

Baru-baru ini Netflix telah mengumumkan bahawa siri drama popular Squid Game akan muncul untuk musim kedua. Namun, apa yang menariknya drama ini bakal menjadi realiti kerana Netflix dikatakan sedang merekrtu peserta dari seluruh duia bagi menyertai siri realiti itu.

BACA: ‘Squid Game’ Musim 2 Bakal Kembali Disebabkan ‘Tekanan’ Peminat, 10 Fakta Drama Trending Ini

BACA: Peminat Squid Game Teruja ‘Teaser’ Musim Kedua Muncul, Watak Gong Yoo Kembali?

Foto: Marie Claire

Pertandingan tersebut akan mencari 456 pemain, merangkumi cabaran-cabaran yang diilhamkan daripada siri asal dengan penambahan baharu yang pasti akan mengejutkan. Pemenang bakal memperoleh hadiah bernilai AS$4.56 juta (RM20.16 juta).

Sumber: squidgamecasting

Antara syarat-syarat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Mestilah berumur 21 tahun ke atas
  • Fasih bahasa Inggeris
  • Boleh ambil cuti sebulan pada tahun 2023 selama permainan dijalankan
  • Miliki pasport yang sah
  • Bukan kakitangan Netflix

Siri itu akan ditayangkan sebanyak 10 episod dan difilemkan di Britain. Mereka akan bertanding untuk menjadi satu-satunya wakil perserta yang terselamat dan membawa pulang hadiah wang tunai. Walau bagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana menang atau kalah, semua pemain tidak akan dicederakan.

Foto: CNET

Ha, apa tunggu lagi inilah masanya korang merebut peluang untuk memenangi wang tunai lebih RM20 juta serta berpeluang untuk muncul dalam siri Squid Game.

BACA: ‘Atuk’ Squid Game Menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Golden Globes 2022

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN