Spoilers Avengers Endgame Dan Jelajah Asia Di Korea Selatan, Korang Lebih Teruja Yang Mana?

Share

Kecoh semalam bila beberapa babak dalam Avengers Endgame telah tersebar luas di media sosial. Video berdurasi 15 saat yang berpecah kepada beberapa bahagian itu menunjukkan babak-babak penting di pengakhiran filem, mendapat kritikan daripada peminat tegar siri Marvel kerana ia seperti tidak menghormati peminat yang sudah membeli tiket untuk menonton di pawagam berdekatan.

Ramai yang mengagak bahawa video tersebut dari negara Arab kerana terdapat sari kata bahasa arab dalam video yang diambil ketika sedang menonton di dalam pawagam.

Walaubagaimanapun, pihak Disney enggan mengeluarkan kenyataan terhadap video yang tersebar. Beberapa jam setelah video filem itu tersebar luas di laman Twitter, pengarah filem tersebut mengeluarkan kenyataan di akaun Twitternya.

Terbaru, semua RT, share dan reupload video yang tersebar telah dipadam dari sosial media tersebut.

#DontSpoilTheEndgame

REMAJA teruja dengan kegigihan peminat Avengers di Korea Selatan. Mana tidaknya, lebih daripada 3400 peminat terpilih yang hadir, memberi kejutan kepada Team Avengers Endgame ini dengan light stick (simbol lampu peminat kumpulan kpop) dengan logo Avengers sebagai tanda terima kasih kerana telah memilih Korea Selatan untuk jelajah Asia filem terakhir siri tersebut.

Melalui video kakaopage, Team Avengers iaitu Brie Larson, Robert Downey Jr. , Jeremy Renner dan Russo Brothers sebak dengan kilauan lampu unggu yang menghiasi ruangan tersebut.

Light Stick yang biasanya digunakan oleh peminat untuk kumpulan kpop. Ini salah satu culute kpop. Hebat Avengers ni, dapat layanan best dari peminat di Korea Selatan.
Brie Larson yang memegang watak Captain Marvel bukan saja tampak menarik, namun gemar memberi mini love yang juga antara simbol kebanggan negara tersebut. Yoo Jae Suk kalau tengok ni, bangga dia. Haha

 

IKLAN