SPM 2021 : Negeri Perak Cemerlang, 787 Calon Peroleh Semua A

Share

 

Fuh memang mantap!

Bertempat di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak hari ini, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Rahimah Mohamed mengumumkan bahawa 787 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Perak telah memperolehi keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Menurutnya, majoriti calon tersebut terdiri daripada calon yang memilih untuk menduduki sembilan, 10, 11 dan 12 mata pelajaran. Lebih mengagumkan apabila 17 calon telah memperolehi A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Sumber Foto : Utusan

Biarpun beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang melanda bagi beberapa bulan pada akhir tahun hingga awal tahun ini telah sedikit sebanyak merencatkan momentum hampir 2000 orang calon yang terpaksa menunda peperiksaan SPM mereka dari 5 April hingga 19 Mei lalu, rata-rata calon masih mampu mempamerkan keputusan yang cemerlang.

Tambahnya lagi, terdapat 102 calon berkeperluan khas di Perak yang menduduki SPM 2021 dan dua daripada calon tersebut telah memperoleh keputusan semua A.

ARTIKEL BERKAITAN : 9,696 Calon Dapat Semua A SPM 2021, 1,655 Pula Gagal – REMAJA

Secara amnya, 85.71 peratus atau 28,817 calon di Perak layak menerima sijil. Manakala, Gred Purata Negeri (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 54.96.

Tahniah dak-dak Perak!

BACA LAGI : Keputusan SPM 2021 Cerminkan Format KSSM Baharu, Lebih Baik Atau Sebaliknya? – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN