
Esok, bermulalah peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merupakan kemuncak debaran bagi pelajar tingkatan lima di seluruh negara.Untuk peperiksaan SPM 2020 norma baru ini, menyaksikan seramai 401,105 pelajar seluruh negara akan melangkah ke ‘medan perang pen dan kertas’.
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lupa mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menerusi laman facebook rasminya sebentar tadi.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk Seri Siti Nurhaliza Bakal Buat YouTube Live Untuk Kutipan Dana PKP

Dana untuk kutipan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi dijalankan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak terkecuali untuk menghulurkan bantuan dan mencari inisiatif, dimana beliau akan melakukan YouTube Live untuk kutipan dana PKP.
Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Secara ringkasnya, dana ini dinamakan sebagai Dana P.K.P Siti Nurhaliza.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Objektif misi ini dibahagikan mengikut kategori iaitu:
1. PEDULI: Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.
2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
3. PRIHATIN- Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.
Pihak SNP mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.
Bagaimana misi ini akan dilakukan?
Datuk Seri Siti Nurhaliza juga akan menjayakan Youtube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran youtube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.
Korang boleh menderma dengan cara membuat imbasan QR Code dan Dato’ Siti akan menghiburkan korang dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.
Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma disamping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh klik link di BIO dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’.

Seterusnya, klik butang Sumbang dan pilih cara pembayaran samada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal, ataupun E-Wallet (Boost/GrabPay/Touch ’n Go). Bagi yang berhasrat untuk menyumbang tetapi menetap diluar Malaysia, anda boleh memilih PayPal sebagai mod pembayaran.
Okay la tu, sambil berhibur korang boleh beramal kan? Diharap usaha ini dapat memberi peluang juga kepada masyarakat Malaysia yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Bukan apa, kadang-kadang niat membantu tu memang ada tapi kita tak tahu nak salurkan ke mana. Jadi, usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza ini boleh menjadi platform untuk kita sama-sama berkhidmat pada masyarakat.
Jangan lupa saksikan YouTube Live Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Ahad ini, 19 April 2020 jam 2.30 hingga 4 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ustaz Ini Kongsi Pelajar Lebih Hafal Lagu Aiman Tino Tapi Bila Tanya Nama Nabi, Semua Garu Kepala

Realitinya anak-anak hari ini begitu leka dengan dunia gajet, television, radio 24 jam sehingga lupa kepada sejarah dan asal usul nama dan salasilah junjungan Nabi Muhammad SAW.
Tanyalah apa lagu terkini Aiman Tino, masing-masing boleh hafal. Begitu juga lagu Sufian Suhaimi, juga hafal tetapi kalau diuji dengan nama Nabi Muhammad, semuanya mula terlopong dan menggaru kepala.Inilah realiti pelajar hari ini yang lebih mengenal keseronokan berbanding belajar tentang sejarah kenabian.
Ikuti tulisan Cikgu Mohd Fadhli Othman yang juga seorang Speaker Goodbye Pornography, Speaer best Belajar Specialist, aktivis dan juga seorang penulis mengenai karenah anak-anak murid zaman ini di facebooknya.

“Siapa nama nabi kita ? ”
Krik..krik..krik
Aku ulang sebanyak 3 kali. Jawapan cacamerba dan ada yang senyap tidak menjawab. Menyampuk jangan dibilang. Sentiasa ada.
Inilah kisah murid-murid prasekolah aku. Bukan nak menghukum tetapi nak ajak pembaca memandang dari sudut ibu bapa.
“Nama nabi kita Muham….mad”
Aku membatangkan mereka sambung.
“Muhammad bin…………” aku gantungkan jawapan
“Bin….taib……” jawab anak anak syurga ini.
Adoi…..tepuk dahi aku. Hampir-hampir keluar perkataan kepala…ho……
“Astaghfirullah…” dalam hati ku berbisik. Siapa yang terhijab ? Aku adakah mereka ?
Sebelum aku meneruskan, aku cuba alunkan sebuah lagu dari Aiman Tino. Berhenti separuh dan tanpa disuruh anak anak syurga ini sambung dengan serentak. Dan aku pun mula mengajar. Tajuk ‘Makkah diserang Abrahah’
Tuan-tuan,Puan-puan
Ibu-ibu, ayah-ayah.
Inilah realiti anak anak kita sekarang. Mereka sangat mudah mengingat dan menghafaz lirik-lirik lagu walaupun lirik itu dalam bahasa inggeris.
Mengapa jadi begini ? Kerana 24 jam kehidupan anak-anak kita mendengar lagu-lagu.
Radio serta televisyen di rumah, dalam kereta, bas atau van senantiasa dengan muzik dan lagu.
Tidak salah dengar muzik dan lagu. Tetapi seimbangkanlah dengan menceritakan tentang sirah Rasulullah yang asas.
Sedih dan hiba. Anak-anak kita tidak kenal nama penuh Rasulullah,nama isteri Baginda, bapa, ibu, datuk dan bapa saudara. Apakah ini menjadi satu kebiasaan ?
Persoalannya adakah ibu bapa tidak titik beratkan kisah-kisah sirah Rasulullah atau ibu bapa memang tiada pengetahuan akannya ? Jika benar ini amat memalukan.
Saya kongsikan beberapa langkah untuk ibu bapa dapat menceritakan kisah-kisah sirah Rasulullah / Islami.
- Apabila pergi Mall atau pasaraya, biasakan singgah ke Kedai buku seperti MPO, POPULAR atau lain-lain. Buat langkah ini seawal umur 2 atau 3 tahun. Tatkala anak anak ini pandai berjalan. Berikan gambaran bahawa pasaraya buku adalah tempat yang paling seronok.
- Bawa anak anak di bahagian buku motivasi dan islamik. Yang menceritakan kisah-kisah sirah Rasulullah. Biarkan mereka membelek dan melihat.
3.Jadikan buku sirah Rasulullah sebagai hadiah hari hari istimewa anak anak.
- Bacakan kisah-kisah Rasulullah ketika masa masa senggang atau tidur. Secara automatik dapat merapatkan diri dengan anak.
- Ibu bapa perlu rajin tanya pada guru pendidikan islam pra sekolah, apakah tajuk tajuk yang telah diajar oleh anak-anak agar ibu bapa dapat mendidik anak-anak di rumah mengikut aras pemikiran.
Mudahkan ? Yup…memang sangat-sangat mudah. Saya kongsikan ini semata mata mahu ibu bapa juga mengambil tanggung jawab mendidik dan mengasuh anak-anak di rumah terutama aspek pendidikan islam.
Janganlah lepaskan semua kepada guru guru di sekolah. Kerana guru guru juga mempunyai tugasan yang lain selain mengajar. Sekiranya ibu bapa dan guru dapat bekerjasama saya yakin anak-anak kita mampu menjadi insan yang hebat.
Mohd Fadhli Othman
#ustazbrutal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
SPM 2024: Pernah Tular Nenek Baca Yasin Di Luar Dewan Peperiksaan, Kini Cucu Raih Keputusan Cemerlang 9A

Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini.
Ikhtiarnya kini membuahkan hasil apabila pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Lenggong, Perak itu berjaya meraih keputusan cemerlang 9A bagi semua mata pelajaran.
Menurut Muhammad Afif Syakirin Rahimi (18), beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila melihat hasil usahanya kini menjadi satu kejayaan boleh dibanggakan.
BACA: Baca Yasin & Berzikir Sambil Tunggu Cucu Jawab SPM, Gelagat Nenek Ini Buatkan Ramai Terharu

Pelajar itu turut mengakui tidak menyangka menerima keputusan sedemikian walaupun pihak sekolah memang meletakkan sasaran semua A bersama 35 rakan-rakan lain.
“Pada awalnya selepas habis peperiksaan saya rasa hanya dapat 9A sahaja kerana ada mata pelajaran yang sukar dan tak pasti jawapannya betul atau tidak”
“Alhamdulillah, selepas tengok keputusan itu saya tak sangka dapat empat subjek A+ manakala selebihnya 5A,” katanya.
“Ini mungkin berkat doa nenek, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan,” ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Afif Syakirin juga memasang impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang profesional seperti kejuruteraan, perniagaan dan perubatan.
Sementara itu, neneknya, Mek Nab Abdul Rahman (82) juga meluahkan rasa gembira atas kejayaan cucunya kerana memang sudah menjadi amalannya untuk mendoakan anak serta cucu.
Meskipun kini tinggal di Kelantan, beliau kerap datang meluangkan masa ke Lenggong jika berkelapangan untuk menjenguk anaknya di rumah sambil melawat cucu di MRSM.
Sementara itu, bapa kepada Afif, Rahimi Ashari (56), meluahkan rasa syukur apabila anak bongsunya telah melakukan yang terbaik sekaligus membanggakan keluarga dengan keputusan cemerlang.
“Rumah kami ke sekolah dekat sahaja dalam 15 minit. Jadi saya memang kerap ke MRSM Lenggong untuk lawat anak, bagi semangat kalau pihak sekolah benarkan,” katanya.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

