Pasangan selebriti popular Korea Selatan, Sooyoung dari kumpulan Girls’ Generation dan pelakon Jung Kyung-ho baru-baru ini mengejutkan para peminat apabila dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas lebih sedekad bersama. Berita itu sekaligus menandakan berakhirnya antara hubungan paling lama dan paling mendapat perhatian dalam industri hiburan di negara berkenaan.
Menerusi pengumuman yang dikongsikan oleh agensi, Saram Entertainment, berita perpisahan pasangan tersebut disahkan kepada media tempatan.
“Perkara itu benar. Sooyoung dan Jung Kyung-ho baru-baru ini telah berpisah,” kata wakil agensi berkenaan.
Sebelum pengesahan rasmi dibuat, khabar angin mengenai keretakan hubungan mereka mula menjadi bualan hangat dalam kalangan warga internet. Ia tercetus selepas peminat menyedari kedua-dua selebriti itu tidak lagi mengikuti akaun media sosial antara satu sama lain, sekaligus mengundang pelbagai spekulasi di platform dalam talian.
Ads
Hal tersebut nyata mengejutkan ramai peminat yang selama ini melihat pasangan itu sebagai simbol hubungan yang stabil dalam dunia hiburan. Malah, ramai menganggap mereka sebagai antara pasangan selebriti Korea yang berjaya mempertahankan hubungan cinta dalam tempoh yang panjang meskipun sentiasa berada di bawah perhatian umum.
Untuk rekod, Sooyoung dan Jung Kyung-ho mula menjalinkan hubungan pada September 2012 sebelum mengesahkan percintaan mereka secara terbuka pada Januari 2014. Sejak itu, kedua-duanya tidak pernah berselindung mengenai hubungan mereka dan sering berkongsi kisah kehidupan sebagai pasangan dalam pelbagai temu bual.
Sepanjang bergelar pasangan kekasih, mereka turut mendapat sokongan penuh daripada peminat kerana sering menunjukkan rasa hormat serta penghargaan terhadap satu sama lain. Sikap matang yang ditampilkan menjadikan hubungan mereka sering dijadikan contoh dalam industri hiburan Korea Selatan.
Untuk rekod, Sooyoung terkenal sebagai anggota Girls’ Generation kini aktif sebagai pelakon, manakala Jung Kyung-ho pula terus mencipta nama menerusi beberapa drama popular. Kejayaan dalam kerjaya masing-masing membuatkan mereka sering dianggap sebagai pasangan selebriti ideal oleh peminat.
Walaupun hubungan yang dibina selama 14 tahun akhirnya menemui noktah, ramai peminat dilihat terus memberikan kata-kata sokongan kepada kedua-dua bintang itu. Perpisahan mereka kini menjadi antara topik paling hangat diperkatakan dalam kalangan peminat ‘K-entertainment’ di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lila Moss semakin mengikut jejak langkah ibunya, Kate Moss, untuk menjadi model. Anak kepada model ikonik yang berusia 20 tahun ini kini dibarisi sebagai duta jenama YSL.
Model kelahiran Britain itu muncul dalam iklan barisan kecantikan YSL, YSL Beauty. Wajahnya akan menyerikan kempen beberapa produk ikonik seperti All Hours Foundation, Rouge Volupté Gincu, Lash Clash Mascara dan Rouge Volupté Candy Glaze Lip Gloss.
Lila Moss mewarisi bakat dan kecantikkan ibunya, Kate Moss.
Seperti yang dipetik daripada Hypebae, YSL Beauty bekerjasama dengan Lila Moss sebagai duta jenama kerana sikapnya yang yakin. Dia juga dikreditkan dengan mempunyai deria fesyen yang unik yang merupakan manifestasi keperibadian gaya dalam generasinya.
Lila bersama ibunya
Hidapi Diabetis
Diabetes tidak mengenal usia, disebalik kejayaannya Lila rupanya menderita dengan penyakit diabetis. Beliau mendedahkan keadaannya menerusi video Youtube Vogue In The Bag yang dipetik daripada laporanDailymail.
Dalam segmen youtube tersebut, Lila berkongsi barangan yang ada dalam beg tangannya. Salah satunya, dia membawa tablet gula serta alat insulin untuk mengawal paras gula dalam darah bersamanya pada setiap masa.
“Saya rasa tidak ramai yang tahu bahawa saya menghidap diabetes. Ia tidak kelihatan dari luar, jadi tiada siapa yang benar-benar tahu.”
Untuk info, Lila Moss memulakan kerjaya sebagai model pada usia 14 tahun pada 2016, apabila dia dan Kate Moss bergambar bersama untuk majalah Vogue Italia.
Selepas itu, kerjayanya mula berkembang pesat dalam dunia fesyen. Buat pertama kali, dia berjalan untuk koleksi Versace pada September 2021 di Minggu Fesyen Milan, menjadi model jenama Fendi, Marc Jacobs Beauty dan Ermanno Scervino. Malah, berjaya menjadi muka depan British Vogue.
Malah, tahun lepas, Lila menjadi tumpuan di Anugerah Fesyen 2022. Di mana, dia mencetus perhatian kerana dicalonkan anugerah ‘Model of the Year’, namun rezeki memihak kepada Bella Hadid.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin baru-baru ini telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya yang seakan-akan memberi ‘hint’ bakal melancarkan single terbaharu tidak lama lagi.
Menerusi muat naik yang mula dibuat pada empat hari lalu, Fattah memperdengarkan sedikit teaser lagu tersebut yang berjudul Hamba. Fattah juga dilihat bakal digandingkan bersama penyanyi rap KMY KMO yang popular dengan lagu 7 Nasihat.
Ramai warganet yang terkejut dan menyifatkan Fattah melakukan kerja secara ‘senyap-senyap’ dan tiba-tiba sudah ingin melancarkan lagu baharu.
Wah, ramai yang dah tak sabar menantikan kemunculan lagu terbaharu dari Fattah Amin ini. Apa-apa pun Remaja terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah buat Fattah dan teamnya.
Pelakon dalam Kdrama popular bertajuk ‘little women’ iaitu Park Min Jae, 32, meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke China pada Jumaat lalu.
Perkara itu disahkan adik mendiang dan berharap peminat akan sentiasa mengingati lakonan abangnya itu.
Pelakon Kdrama Litte Women
“Abang kesayangan saya telah pergi berehat buat selamanya.
“Saya harap seramai mungkin orang dapat mengingati abang saya.
“Harap maklum saya tidak boleh menghubungi semua orang secara individu.” katanya di Instagram pada Isnin.
Agensi Turut Mengesahkan
Dalam pada itu, agensi Min Jae, iaitu Big Title mengesahkan berita kematian aktor itu dalam satu kenyataan.
“Helo, ini Big Title, agensi pelakon Park Min Jae. Dia seorang yang suka berlakon dan sentiasa memberikan yang terbaik telah meninggal dunia.
“Kami amat menghargai kasih sayang dan perhatian yang telah anda tunjukkan kepada pelakon Park Min Jae walaupun kami tidak dapat melihat persembahannya lagi.
“Kami dengan bangganya akan mengingatinya sebagai pelakon dalam agensi Big Title,” ujarnya.
Difahamkan buat masa ini jenazah masih berada di Dewan Pengebumian Hospital Seoul Universiti Ewha Womans. Upacara pengebumian mendiang akan berlangsung pada pagi Rabu dan lokasi masih belum diputuskan.
Untuk rekod Min Jae turut dikenali dan popular menerusi lakonannya dalam drama Little Women, Snap And Spark, dan True To Love.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap popular, MK K-Clique mengakui sudah berdamai dengan kisah silam yang pernah dilaluinya dan kini memilih untuk lebih menghargai kehidupan bersama keluarga.
Menurut penyanyi...