
Platform penstriman pilihan ramai di Malaysia, sooka telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi acara sooka Gilerrr Streaming Challenge yang dilangsungkan di Piazza Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.
Dengan penyertaan seramai 273 peserta sepanjang hari Sabtu lalu, mereka terpaksa berdepan pelbagai cabaran kompetitif sambil strim sooka secara langsung menggunakan peranti masing-masing. Dek sambutan menggalakkan tersebut, ia membolehkan acara tersebut diiktiraf bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking.
Setiap peserta benar-benar komited untuk menstrim sooka tanpa henti biarpun mereka terpaksa melakukan beberapa aksi di luar kotak seperti mengangkat tangan, menyentuh lantai dengan jari telunjuk dan sebagainya. Sebarang respon atau gangguan daripada orang di sekeliling kawasan Piazza berkenaan terpaksa diendahkan walaupun sukar. Kalau nak menang, do NOT get distracted!
Barulah sesuai dengan nama cabaran sooka Gilerrr, kan.
Rata-rata peserta benar-benar memberi fokus terhadap konten hiburan dan sukan yang perlu mereka strim sambil mendengar arahan yang dikeluarkan oleh hos acara, Keanu Azman.
Satu demi satu peserta tersungkur juga akibat tidak mengikuti arahan yang tepat. Ada juga yang tersingkir atas faktor kudrat fizikal dan mental yang semakin merundum.
Kira-kira pada jam 9.30 malam setelah 12 jam bertarung, acara sooka Gilerrr Streaming Challenge berakhir apabila K. Vinoth Kumar menjadi peserta terakhir yang berjaya bertahan! Jejaka dari Cheras yang berusia 28 tahun itu menjadi pemenang hadiah utama dengan membawa pulang sebuah kenderaan Proton e.MAS 5!
“Saya tak sangka saya boleh bertahan hingga ke penghujung. Sampaikan tangan saya sudah menjadi kebas! (Ketawa)
“Memang saya bercita-cita untuk mendapatkan kereta baru dan hadiah ini saya dedikasikan kepada isteri tercinta yang setia menemani saya lebih dari 12 jam di sini.”
“Disebabkan saya perlu bertanding tanpa henti, dia sanggup menjaga bayi kami yang baru lahir seorang. Oleh itu hadiah ini adalah khas untuk dia.
“Terima kasih saya ucapkan kepada sooka kerana menganjurkan acara sebegini. Saya sendiri melanggan sooka kerana saya gemar menonton acara sukan kriket. Kita tahu sukan kriket jarang ditayangkan di saluran televisyen Malaysia tetapi sooka ada menyediakan konten tersebut secara langsung,” ujar Vinoth.
Sembilan lagi peserta yang berjaya menamatkan empat peringkat sooka Gilerrr Streaming Challenge turut membawa pulang hadiah lumayan termasuklah TV pintar Samsung QLED 85 inci, iPhone 17 Pro Max, MacBook Air, monitor permainan Samsung, PlayStation 5 Pro, DJI Pocket 3 Creator Combo, pengering rambut Dyson, headphone
Son dan kad hadiah (gift card) daripada JD Sports bernilai RM1,000.Acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi seperti Wani Kayrie dan grup ALPHA yang membuat persembahan.
Turut membuat kemunculan ialah Top 4 finalis Dewi Remaja 2025, peserta Jaguh Rakan Muda, 12 finalis program Astro Star Quest serta pelakon-pelakon naskah Astro Originals seperti Mierul Aiman, Qasrina Karim, Khai Bahar dan Uriah See.
sooka turut mengambil peluang ini untuk memberikan pratonton eksklusif ‘sooka Shorts; yang merupakan siri mikrodrama baharu khas buat penonton yang inginkan hiburan drama menarik, padat serta berdurasi singkat.
Antara mikrodrama yang bakal menemui korang semua di sooka termasuklah Mandrem (lakonan Aidit Noh), Gadis Dihina Pemilik Empayar, Mak Kau CEO Aku dan Raja Fitnah (lakonan Dafi) bermula 12 Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.