
Sebelum ini sudah ada desas desus yang mengatakan bahawa PlayStation 5 (PS5) bakal dilancarkan pada tahun ini. Selepas 8 tahun kekal bersama model PlayStation 4, Sony akhirnya bersedia untuk memberi sesuatu yang baru untuk ‘kaki game’ semua.

Sony PlayStation 5 didatangkan dengan dua varian iaitu Sony PS5 Pro dan PS5. Berdasarkan info yang dinyatakan oleh mydrivers, PS5 Pro akan dilancarkan tidak lama lagi dengan harga 499 USD bersamaan lebih kurang RM2,097 dan untuk varian yang bukan Pro, ianya berharga 399 USD bersamaan RM1,677.

Walau bagaimanapun, harga ini masih belum 100% disahkan lagi, cuma anggaran sahaja. Difahamkan lagi, untuk varian Pro ia mampu menyokong revolusi sehingga 8k berbanding PS4 Pro sebelum ini yang hanya menyokong 4k sahaja.
Okay kaki gamers semua, rasanya sempat lagi ni korang nak menabung. Ikat perut sikitlah guys. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Realme Lancar Fon Telinga Wireless Buds Air, Berharga RM299

realme Malaysia antara salah satu jenama yang semakin berkembang kerana harga produk yang mereka tawarkan juga adalah mampu milik sesuai dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.
Terbaru, realme melancarkan realme Buds Air serta telefon pintar realme 5i. realme Buds Air merupakan produk IoT pertama jenama tersebut.
Apa yang menarik perhatian Remaja adalah realme Buds Air yang dijual dengan harga serendah RM299.
Bagi peminat muzik, sudah pasti korang ingin mendengar muzik tanpa batas dan memudahkan untuk diakses. Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekali gus memberikan kebebasan mendengar muzik dimana sahaja.

Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu saja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.
Dengan transisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini adalah satu berita baik buat peminat mobile gaming tegar.
Selain itu juga, produk ini dilengkapi dengan dua mikrofon berteknologi Environment Noise Cancellation yang mana kalau korang membuat panggilan, suara korang tetap akan jelas walaupun dalam suasana yang bising.

Manakala, bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam.
Produk ini turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan.
Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan korang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat seperti cuaca.
Ha, banyak kan spesifikasi menarik yang ada pada realme Buds Air ni? Dengan hanya berharga RM299, korang boleh menikmati muzik di mana-mana sahaja.
Dan… Lebih best lagi bila korang membeli di Shoppee pada 21 Januari 2020 bermula jam 12AM, korang akan mendapat harga istimewa iaitu RM199 untuk satu hari saja.
Pergh, memang berbaloi la beb!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila Celcom & Digi Bergabung Tak Lama Lagi, Apa Jadi Dengan 300 Juta Penggunanya?

Jika kamu merupakan peminat tegar dunia gajet, sudah pasti ura-ura mengenai penggabungan dua syarikat gergasi telko di Malaysia iaitu Axiata Group Berhad dan Norwegian Telenor Group telah hinggap di telinga korang.
Ya, mereka disahkan sedang berbincang untuk menyatukan operasi masing-masing di benua Asia. Perbincangan itu juga melibatkan beberapa pegangan saham dan rangkaian yang ditawarkan baik oleh Axiata atau Telenor di negara selain Malaysia seperti Indonesia, Thailand, Kemboja dan Sri Lanka.
Seperti yang korang tahu, Axiata merupakan ‘ibu’ kepada perkhidmatan Celcom manakala Telenor pula merupakan pemilik Digi.

Jika (and that is a BIG if) gabungan ini akan terjalin, ia akan melibatkan lebih 300 juta pengguna kedua-dua jenama di Asia termasuklah korang yang memegang pelan data Celcom serta Digi. Jadi, apa yang bakal terjadi dengan nasib korang?
Pertama, harga pakej pelan data yang akan {jenama baru} tawarkan pasti akan menarik perhatian korang kerana mereka pasti bersifat berdaya saing berbanding syarikat telko lain terutamanya dengan kehadiran rangkaian internet 5G tak lama lagi.

Kedua, tentunya jenama telko lain akan amat ‘terpukul’ dengan gabungan yang dikatakan bernilai hampir RM50 bilion ini. Siapa saja yang ada aset sebanyak itu? Ia tentu akan digunakan baik untuk menjadikan {jenama baru} ini lebih mesra pengguna, dekat dengan hati korang dan paling penting, kekal sebagai operator terbesar telefon pintar di Malaysia
Sebagai contoh, akan ada lebih banyak roadshow atau promosi yang lebih kerap bagi menarik perhatian ramai orang.

Jadi untuk pengguna pelan data Celcom dan Digi, korang tak perlu risau pun sebenarnya. Akan ada banyak perkara yang bagus terhasil daripada gabungan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Twitter SPACES ‘Tiru’ Aplikasi Clubhouse? Kami Telah Cubanya &.. Best Ke?

Pada asalnya, penulis sekadar ingin meluangkan masa melihat apakah berita dan trend terbaru di Twitter pada hari ini.
Tidak sangka pula, ada fungsi baharu yang muncul di bahagian atas aplikasi tersebut dan ia dikenali sebagai Spaces.

Selepas memperkenalkan Fleets pada tahun lalu sebagai pengganti ‘Instagram Story’ versi Twitter, kini satu lagi fungsi baru mula diuji pada Disember 2020 di kalangan pengguna iOS dan android.
Hanya beberapa pengguna Twitter terpilih dari Barat yang mula mencubanya dan hari ini, barulah kali pertama penulis melihat ia muncul di halaman Twitter peribadi.
Okay, apa sebenarnya Spaces ini?
Jika korang telah memuat turun aplikasi Clubhouse yang membolehkan sekumpulan penggunanya menyertai perbualan audio, Spaces menyerupai fungsi aplikasi tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Apa Itu Aplikasi Clubhouse? Ini Fungsi & Bagaimana Korang Boleh Menggunakannya – REMAJA
Pada halaman timeline korang, Spaces akan muncul bersebelahan dengan Fleets dan ia menunjukkan akaun seseorang yang telah memulakan sesi Space sebagai hos.
Seorang hos boleh menjemput pengikut mereka untuk menyertai perbualan audio di antara hos, ‘speaker’ dan ‘listener’. Hanya 11 orang termasuk hos saja yang dibenarkan bercakap pada satu-satu masa.

Sebagai follower, kita boleh menyertai perbualan tersebut sebagai listener. Sekiranya kita berminat untuk bercakap, kita boleh menekan butang ‘request’ dan memerlukan hos untuk membenarkan kita menjadi salah seorang daripada speaker.
Hos juga dikatakan boleh menarik semula kebenaran untuk seseorang bercakap.
So do not get on the host’s nerves, people!
Beberapa fungsi Spaces yang sempat penulis terokai adalah butang ‘Share via Tweet’ dan ‘Copy Link’ yang memberikan gambaran sesi tersebut boleh disimpan sebagai post di akaun Twitter hos. Bagaimanapun, penulis masih tidak begitu pasti mengenainya.
Korang juga boleh berikan emoji, mirip dalam Instagram Live.

Butang ‘View Captions’ pula membenarkan ‘live chat’ dalam sesi Space, mirip chatroom dalam Instagram Live dan sesi Zoom.
*
Banyak betul fungsi yang sama dengan fungsi yang telah sedia ada wujud di aplikasi lain.
Namun, satu kelebihannya berbanding Clubhouse adalah ia membenarkan pengguna iOS dan Android untuk mencuba, tidak seperti Clubhouse yang masih eksklusif kepada iOS saja buat masa ini.
BACA LAGI : Aplikasi Clubhouse Jadi Bualan, Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Pun Guna – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

