
Akhirnya masa yang dinanti-nantikan oleh peminat permainan video berakhir apabila Sony Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa konsol PlayStation 5 akan dilancarkan pada 11 Disember 2020.
Bagi yang berminat, pre-order akan dibuka bermula 12 November 2020 dan PlayStation 5 edisi digital dijual dengan harga RM1869, manakala versi Ultra HD Blu-ray disc Drive pula berharga RM2299.

Kedua-dua model PS5 ini menggunakan pemproses khusu yang sama dengan CPU dan GPU bersepadu untuk high-fidelity graphics sehingga 4K, serta SSD berkelajuan tinggi yang sama dengan I/O bersepadu yang akan memberikan kelajuan yang pantas.
BACA: Ramai Pengguna IG Muat Naik Gambar Beli PS5, Rupanya Guna Filter Je
Ia juga menawarkan kepuasan mendalam melalui DualSense Wireless Controller dan kemampuan audio 3D yang mana pemain akan menikmati pengalaman permainan transformatif yang sama, tidak kira sama ada mereka memilih mana-mana PS5.

Harga aksesori rasmi pengawal DualSense (RM349), fon kepala Pulse 3D (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan Dual Sense Charger (RM149).
Hm, amacam ada yang berminat ke? Kalau duit dah cukup bolehlah buat tempat esok. Hiks!
Sumber: Sony Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dihenti Sementara Siasatan, Apa Nasib All Together Now Malaysia?

Episod pertama program realiti baharu yang juga merupakan yang pertama seakannya di Asia Tenggara iaitu All Together Now Malaysia telah mencetuskan viraliti sejak ia mula ditayangkan Ahad lalu.
Rata-rata penonton mempunyai pendapat masing-masing terhadap program yang menggabungkan 50 orang selebriti pelbagai lapisan sebagai juri. Ada yang merasakan peserta yang dipilih berkualiti, ada yang tidak berpuas hati dengan pihak juri.
Namun salah satu perkara yang paling hangat diperkatakan adalah soal Prosedur Operasi Standard (SOP) yang didakwa warganet terang-terangan dilanggar biarpun program itu telah dirakamkan terlebih dahulu sekitar bulan April lalu sewaktu Wilayah Persekutuan Putrajaya masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
ARTIKEL BERKAITAN : Syed Saddiq Persoal Parlimen Masih Tutup Sedangkan Program TV Himpun 50 Juri – REMAJA

Ya, 50 orang juri yang ditempatkan di platform bertingkat itu duduk pada jarak 1 meter di antara satu sama lain. Bagaimanapun, mereka sama sekali tidak menyarungkan pelitup muka sebagai langkah pencegahan berkesan mengatasi penyebaran wabak COVID-19
Dek kerana laporan yang diterima daripada orang ramai ini, satu portal tempatan pagi tadi melaporkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan dakwaan pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.
Neeta Manisha yang juga merupakan salah seorang juri All Together Now Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga memakai face shield sebelum menanggalkannya semasa proses rakaman.
Dan sebentar tadi, pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia (ATNM) telahpun mengambil keputusan untuk menghentikan tayangan program tersebut sehingga selesai siasatan dakwaan berlakunya pelanggaran SOP.
Kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu saudara Raqim Ahmad, rakaman ATNM dilakukan pada Mac hingga April lalu di sebuah pusat konvensyen antarabangsa di Putrajaya sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disusuli dengan perintah fasa pertama ‘Total Lockdown’.
Memetik kenyataan Raqim, “Kru penerbitan telah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan mereka yang berstatus negatif saja dibenarkan mengendalikan rakaman.
“Set yang dibina juga telah mengambil kira penjarakan fizikal di antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar di antara mereka,” ujarnya.
BACA LAGI : Nadhir Nasar Kagum Bakat Peserta Cilik Di ‘All Together Now Malaysia’ – REMAJA
So guys, apakah nasib rancangan program realiti yang baru melancarkan episod pertamanya ini? Sama-samalah kita nantikan hasil siasatan pihak berkuasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kejap Ada Kejap Tiada..” Vogue Dikritik Keluarkan Perkataan Palestin Dari Kenyataan Gigi Hadid

Kira-kira empat hari lalu, majalah fesyen Vogue Amerika Syarikat menerusi portal digitalnya telah menjadi salah satu penggiat media terawal yang melaporkan mengenai keputusan peragawati terkenal Gigi Hadid untuk mendermakan kutipan gajinya daripada tugasnya di pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk 2022 kepada mangsa peperangan Ukraine-Rusia dan kepada mangsa di Palestin.
ARTIKEL BERKAITAN : Gigi Hadid Derma ‘Gaji’ Minggu Fesyen Kepada Mangsa Perang Ukraine-Rusia DAN Mangsa Di Palestin – REMAJA
Begitupun, warganet nyata mempunyai sepasang mata bak detektif apabila mereka mendapati Vogue telah menyunting semula kenyataan Gigi di akaun Instagram Vogue dan mengeluarkan bahagian Palestin daripada ayat pujian terhadap Gigi.

Ayat asalnya berbunyi, “Hari ini, @gigihadid mengumumkan bahawa dia akan mendermakan semua pendapatan minggu fesyennya untuk operasi bantuan di Ukraine serta terus menyokong mangsa yang mengalami perkara sama di Palestin.”
Kenyataan itu merujuk kepada rakyat di Ukraine dan Palestin yang kini terpaksa bergelar pelarian demi mengelakkan diri daripada medan peperangan.
Kenyataan tersebut telah menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang beranggapan ia meniupkan api ‘anti-semitisme’ (anti-Israel). Komen laman web Stop Anti-Semitism, ia berkata, “Sementara Gigi Hadid dan pasukannya sedang menggunakan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine untuk memainkan agenda politik mereka dengan memburukkan Israel, negara Yahudi tersebut sebaliknya sedang merundingkan perdamaian antara dua negara (Rusia dan Ukraine).”
As expected-lah, kan?


Bagaimanapun, pihak Vogue jelas telah terkesan dengan kritikan-kritikan yang mereka terima. Pada keesokan harinya, pengguna media sosial mendapati Vogue telahpun menyunting kenyataan yang mereka muat naik dan mengeluarkan perkataan ‘Palestin’. Malah pada Instagram Story-nya, ia menutupi bahagian akhir kenyataan Gigi yang berbunyi, “Lepaskan Ukraine. Lepaskan Palestin. Keamanan. Keamanan. Keamanan.”
Tindakan Vogue ini telah lantang dikritik oleh personaliti awam popular serta pengguna media sosial. Antaranya termasuklah wartawan politik Inggeris-Amerika, Mehdi Hassan; penulis Yara Hawari dan aktivis Palestin, Mohammed El-Kurd.
So @GiGiHadid pledges to donate her earnings from Fall 2022 to relief efforts for occupied Ukrainians *and* occupied Palestinians and then @voguemagazine magazine just erases the Palestinians from its @instagram post on her pledge? pic.twitter.com/rO7xao87lZ
— Mehdi Hasan (@mehdirhasan) March 8, 2022
So @GiGiHadid announced that she will be donating money to Ukraine & Palestine. @voguemagazine posted about this & edited it shortly after removing the word Palestine.
This is erasure 101.
And if this happens to Gigi, imagine what happens to the rest of us. pic.twitter.com/SnDy50EL6u
— Dr. Yara Hawari د. يارا هواري (@yarahawari) March 9, 2022
Kakak tiri Gigi Hadid iaitu Alana Hadid turut mengutuk perbuatan Vogue dengan berkata, “WOW, kamu memadamkan Palestin. Dia (Gigi) menyokong kedua-dua krisis di Ukraine dan Palestin, tetapi kamu menukar fakta selepas dibuli (oleh puak yang menuduh Vogue bersifat anti-sematik).”
Tidak lama selepas dikecam pula oleh masyarakat dunia, Vogue sekali lagi menyunting kapsyennya dan menyertakan perkataan Palestin.

Buat masa ini, baik Gigi ataupun Vogue masih tidak memberikan respon mengenai isu ini.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama kenyataan keluarga Hadid yang berdarah Palestin-Belanda ditapis. Bak kata Bella Hadid sewaktu mengecam Instagram kerana memadamkan hantarannya yang menyokong Palestin, “Anda tidak boleh memadamkan sejarah dengan mendiamkan masyarakat. It doesn’t work like that.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Middle East Eye
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ogos & Oktober Tak Akan Bosan Bila KEPCI Music Fest Turun Padang Ke 3 Negeri Ini, Senang Betul Nak Dapatkan Tiket!

Apabila KFC mengumumkan ia bakal membawakan acara muzik terbesar negara, KEPCI Music Fest 2023 menjelang Ogos hingga Oktober 2023, ramai yang menyatakan rasa tidak sabar untuk turun padang memandangkan ia bakal dilangsungkan di tiga buah negeri iaitu di Stadium Malawati, Shah Alam (26 Ogos); Kadazan Dusun Cultural Association, Sabah (6 Oktober) dan di Stadium Larkin, Johor (21 Oktober).

Tambahan pula, nama-nama besar artis tempatan termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Dolla dan Ella telahpun dijadualkan menggegarkan pentas KEPCI Music Fest 2023. Melengkapkan senarai hampir 40 selebriti popular tempatan di sana nanti ialah Bunkface, Forceparkbois, Masdo, Insomniacks dan juga segmen permainan serta persembahan kebudayaan.
Tak sabarnya!
Kini memasuki hanya beberapa hari sebelum KEPCI Music Fest 2023 dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66 yang bakal menjelang, kami pasti ramai yang tidak sabar lagi untuk mendapatkan tiket masuk.
@remaja.my Remaja sekitar sidang media Kepci Music Fest 2023 yang berlangsung di Sunway Pyramid sebentar tadi ✨ Antara barisan penghibur yang akan ditampilkan ialah Ratu Rock Malaysia, @ellaaminuddins & kesayangan Malaysia @ctdk 🤩 Wow bukan beshe beshe tauuuu korang! #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja
Haa, tak perlu sampai nak ‘berperang tiket’ sebagaimana di muzik-muzik festival lain.
Hanya dengan mengikuti empat langkah mudah di bawah, korang terus layak untuk mendapatkan tiket masuk ke KEPCI Music Fest kali ini.
- Beli mana-mana set KEPCI Music Fest Combo di restoran KFC di seluru Malaysia.
2. Muat naik resit pembelian korang di laman web kepcimusicfest.com.
- TEBUS tiket secara atas talian dengan kod yang diberikan melalui e-mel pengesahan.
Itu sahaja, mudah kan dengan set KEPCI Music Fest Combo. Makan di mana-mana 770 cawangan KFC di seluruh negara dan korang akan terus memperolehi tiket.

Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada acara muzik terbesar negara ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kepcimusicfest.com.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
@remaja.my REMAJA sempat bertemu dengan Kak Mitch semasa sidang media Festival Muzik KEPCI 2023 sebentar tadi. Sebagai pengiat seni yang sudah bertapak lebih lama dalam industri, beliau telah pertahankan Nadeera; yang telah dihina paras rupanya. Kak @Misha Omar juga berpesan kepada netizen agar memberi ruang kepada bakat baru, (BBNU) untuk berkembang dimasa hadapan. #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #mishaomar ♬ original sound – Remaja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

