Song Ji Hyo; Bukan Sahaja Cantik Namun Pandai Menggunakan Bahasa Isyarat

Share

Dikenali sebagai Blank Ji, Ace dan Gold Jihyo, Song Ji Hyo bukan lagi nama asing dalam kalangan peminat di Malaysia. Aktres versatil yang turut dikenali sebagai salah seorang ahli rancangan realiti, Running Man ini amat diminati peminat di seluruh pelusuk dunia dek kerana sifatnya yang merendah diri, tak cover ayu dan santai.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Bantu Peminat Terjatuh Di KLIA, Song Ji-hyo Tenangkan Yang Bercucuran Mata Pula

Song Ji Hyo selaku duta Glutanex. 

Sentiasa terkenal dengan sifat beliau yang tidak jemu melayan peminat, tular sekali lagi di media sosial video aktres ini berinteraksi dengan peminat kurang upaya Malaysia menggunakan bahasa isyarat baru-baru ini. Dikhabarkan bahawa aktres berusia 41 tahun itu berada di Malaysia untuk menghadiri acara K-Beauty Festa Watson yang diadakan pada 17 dan 18 Mac di Depot Sentul, Kuala Lumpur.

Reaksi comel diberikan oleh Song Ji Hyo ketika majlis berlangsung.

Dalam video yang dikongsi oleh akaun peminat @sngmsyn di aplikasi TikTok pada Sabtu lepas, bintang Running Man itu dapat dilihat menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan beberapa peminat kurang upaya pada acara tersebut.

Kebolehan Song Ji-hyo untuk menggunakan bahasa isyarat jelas dipamerkan melalui video klip tular ini.

Turut kelihatan di dalam video klip tersebut, riak wajah wanita bertudung itu yang jelas terharu dan teruja apabila dapat berinteraksi dengan aktres tersebut melalui bahasa isyarat. Dimaklumkan bahawa bahasa isyarat yang digunakan peminat tersebut ialah bahasa isyarat Korea atau dikenali sebagai BIK (Hanguk Sueo). 

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji bintang Running Man itu kerana sikap prihatin dan hati emasnya terhadap peminat.

My forever crush dari umur aku 10 tahun sampai 22 tahun sekarang takkan berubah,” komen seorang pengguna.

“Sumpah dia yang terpaling best bagi fanservice setakat ini, Takde yang boleh lawan dia. Genuinely kind and attentive dekat semua peminat dia,” seloroh seorang peminat.

Sehingga kini, video klip itu telah meraih lebih daripada 1.7 juta tontonan dan 315,400 tanda suka, dengan ramai yang memuji buah hati Running Man

itu atas sifat rendah diri dan senyuman yang tidak pernah lekang dari beliau terhadap peminat.

BACA LAGI: Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak “Handsome”, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Glutanex Malaysia, Twitter kwinsmy, TikTok sngmsyn

IKLAN