Sebut saja Sogo Department Store, mesti terbayang orang ramai melepak di depan tangganya sambil mendengar nyanyian lagu-lagu dari pemuzik jalanan. Dari atas sampai bawah, anak tangganya sentiasa penuh pada hujung minggu.
Zaman dak-dak 90-an dulu, kalau ditanya tempat mana nak tunggu untuk dating, kalau tak sebut Central Market mesti sebut Sogo! Hahaha.
Sogo juga sangat terkenal sinonim dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sentiasa sesak dengan kehadiran orang ramai membeli belah di kawasan sekitarnya.
Suasana hujung minggu di depan Sogo Jalan TARSetiap kali sales, Sogo pasti penuh terutama menjelang raya
Sambil tu, nak bagi tahu, Sogo juga sentiasa dekat di hati mak-mak yang mencari pakaian untuk anak-anak di bawah usia 12 tahun. Ini kerana ada banyak pakaian berjenama dikumpulkan dalam satu tingkat iaitu tingkat 4 bagi memenuhi keperluan ketika hari raya. Korang yang suka belikan baju untuk anak buah pun akan pergi ke Sogo kan sebab bila time sales, murah sangat-sangat!
Jadi kalau sebelum ini kita membayangkan Sogo ada di Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja, ada berita baik untuk warga Shah Alam dan kawasan sekitarnya kerana Sogo bakal dibuka pada 27 Mac ini secara rasminya di pusat membeli belah terbaru iaitu di Central i-City tujuh hari lagi.
Berkeluasan 200,000 kaki persegi, korang boleh pusing-pusing cari baju sampai kaki naik lenguh, hikz!
Ads
Dan lebih menambah good news tak perlulah bersesak-sesak di Jalan Tuanku Abdul Rahman lagi ya, kalau semata-mata nak ke Sogo Department Store.
Cetral i-City bakal dibuka 27 Mac ini di Seksyen 7 Shah Alam. Soft openingnya 23 Mac iniSogo, TGV Cinemas dan Vilalge Grocer antara tiga penyewa utama di pusat beli belah terbaru di Seksyen 7 Shah Alam ini
Central i-City ini merupakan pusat beli belah terbaru dibuka dibuka oleh Central Pattana Public Company Ltd (CPN), pemaju peruncit terbesar Thailand dengan kerjasama dari i-City Properties Sdn Bhd (ICP).
Bukan saja Sogo, ada berita lebih baik untuk warga Shah Alam yang selama ini susah ada pawagam sendiri kecuali di Space U8 Bukit Jelutong, TGV Cinemas juga menjadi penyewa terbesar di pusat membeli belah terbaru ini selain Village Grocer.
Ads
TGV Cinemas dengan 8 pawagam IMAX bakal menampung 1800 orang pengunjung satu-satu masa
Ia merupakan pawagam IMAX pertama di sini dengan lapan pawagam digital untuk memenuhi kapasiti penonton seramai 1800 pengunjung.
Selain itu, banyak lagi penyewa-penyewa dari pelbagai jenama terkenal seperti ACE Hardware, Brands Outlet, Food Empire (Foodcourt), Grand Palace Chinese Restaurant, Padini Concept Store, Popular Bookstore, Samsung Experience Store, SportsDirect.Com, TBM Electrical Store dan UNIQLO ada di pusat beli belah ini.
Tak terkecuali, A-Look Eyewear, Bath & Body Works, Bonia, Caring Pharmacy, Celmonze The Signature, Common Sense, Dockers, Etude House, Extreme, F.timber, Fitness Concept, Focus Point, Giordano, GNC Live Well,Guardian , Himalaya, HLA, HLA Jeans, Innisfree, Kickers, Kiehl’s, LANEIGE, Levi’s, MJ Jewellery, Navy Navy, next Kids, O.W.L, OGAWA, OSIM, Pierre Cardin Paris, Polaris, PONEY dan banyak lagi termasuk 4 Fingers Crispy Chicken, Boot Noodle dan puluhan makanan pilihan rakyat Malaysia.
So korang, soft opening pusat beli-belah dengan keluasan 940,000 kaki persegi yang menempatkan 350 kedai dengan tiga tingkat tempat letak kenderaan dan enam tingkat ruang runcit ini akan bermula 23 hb Mac sebelum perasmian secara rasmi pada 27 Mac ini.
Jom jalan-jalan cuci mata bagi yang belum gaji time tu!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Marvel sekali lagi akan melancarkan filem terbaharu tahun ini dan kali ini menampilkan watak Marvel Comics Morbius, the Living Vampire menerusi filem Morbius yang sudah pun ditayangkan seluruh pawagam tanah air bermula 31 Mac 2022.
Sumber: Sony Pictures
Filem ini menceritakan tentang seorang saintis yang mempunyai penyakit gangguan darah yang jarang berlaku dan beliau bertekad untuk menyelamatkan orang lain daripada mengalami nasib yang sama. Walaupun pada mula usahanya itu seakan berjaya, namun percubaan tersebut tidak menjadi dan beliau secara tidak langsung menjangkiti dirinya dengan vampirisme. Apa yang lebih menjadi buruk, sahabat baiknya telah menyalah guna serum yang dicipta oleh Morbius dan turut menjadi vampire.
Sumber: Sony Pictures
Secara keseluruhannya, filem ini memaparkan jalan cerita yang sama seperti dalam komiknya cuma lebih banyak aksi yang ditonjolkan. Lakonan Jared Leto wajar diberi pujian kerana berjaya membawakan watak Dr Michael Morbius dengan baik sekali. Penonton dapat merasai keperitan yang ditanggung Morbius kerana penyakitnya itu dan kebimbangan terhadap keganasan yang berlaku dek kerana kesalahan mencipta serum tersebut.
Sumber: Sony Pictures
Namun, jangan pula korang membandingkan filem ini dengan filem-filem Marvel yang lain kerana boleh dikatakan Morbius antara filem ‘ringan’ yang pernah dikeluarkan oleh Marvel. Penceritaan klise tidak terlalu berat, tetapi masih berbaloi untuk ditonton.
Dibintangi oleh Jared Leto, Adria Arjona, Matt Smith, Jared Harris dan Tyrese Gibson, jangan lupa saksikan Morbius dipawagam sekarang.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai antara kita yang mungkin pernah mengecas telefon bimbit dan lain-lain alatan elektronik di masjid ketika berhenti solat seketika. Mungkin ramai yang tidak akan hukum perbuatan tersebut. Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menulis di facebooknya. Semoga penjelasan ini memberi manfaat buat semua.
Soalan : Bolehkah makmum menggunakan tenaga elektrik di masjid untuk mengecas gajet persendirian?
Jawapan : Pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam. Oleh yang demikian, kegunaan harta masjid termasuk penggunaan elektrik hendaklah berdasarkan niat para pewakaf.
Kaedah fiqah menyebut: “Setiap yang bertindak bagi pihak orang lain, maka hendaklah ia bertindak berasaskan maslahah.” (1/310).
Dalam hal ini juga, bekas Mufti Mesir, Dr. Ali Jum’ah menegaskan, secara fiqahnya, setiap perkara yang diwakafkan untuk masjid seperti karpet, lampu, penyapu, air dan lain-lain tidak harus digunakan kecuali untuk keperluan masjid. Ini berdasarkan sikap Rasulullah SAW yang amat memelihara setiap perkara yang dikhususkan untuk masjid, antaranya sebagai mana sabda Baginda SAW:
Sesungguhnya anak-anak batu itu benar-benar berseru (agar tidak dikeluarkan) kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid.” Hadis riwayat Abu Daud, no. 460. (http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx…)
Dalam isu ini, mengecas gajet persendirian atau komputer riba pada asalnya adalah harus jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah seperti membaca Al-Quran, pengajian agama, terdesak untuk menghubungi keluarga dan seumpamanya. Namun jika digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan kesia-siaan, ia tidak diharuskan kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid.
Di samping itu, disunatkan bagi mereka yang menggunakan harta masjid untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid sebagai membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid demi kemanfaatan bersama. Wallahu a’lam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.
Kadang, jadual kelas yang penuh dan assignment bertimbun nak kena siapkan buat anak muda tidak punya banyak masa nak ke dapur. Tapi REMAJA rasa dengan adanya resipi mudah ini tak ada lagi alasan untuk korang cuba buat sendiri di rumah.
Mesti ramai yang suka makan cekodok pisang yang mak korang buat kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudap time study. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Bahan-bahan :
1. 5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2. 2 sudu makan marjerin
3. 5 sudu makan gula pasir
4. 1 sudu teh soda bikarbonat
5. 1 sudu teh garam
6. 2 cawan tepung gandum
Cara-cara :
1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Siapppp.
Amacam, senang kan? Dah buat nanti jangan lupa bagi kami sikit. Hiks!
Sumber Resepi & Foto : Cik Pooja via ilham media
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!