
Usahawan Ridzuan Ridzokumura berkongsi rasa syukur apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Menerusi satu posting di Instagram, Ridzuan memuat naik momen indah anaknya, Sky Taizo Okumura, sedang menunaikan solat.
Menurutnya, Sky tidak pernah sekalipun meninggalkan solat walau dalam apa keadaan.
Dalam pada itu, dia yakin putera tunggalnya itu tidak pernah lupa untuk menyelitkan doa buat arwah ibunya,
Allahyarhamah Akiko Okumura, setiap kali selepas solat.“Setiap kali selesai solat, saya tahu, dalam doanya pasti ada nama ibunya.
Dia tak pernah lupa untuk mendoakan arwah ibunya,”
katanya lagi.Terdahulu, Akiko dilaporkan meninggal dunia pada 28 Februari lalu selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.
Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.