Usahawan Ridzuan Ridzokumura berkongsi rasa syukur apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Menerusi satu posting di Instagram, Ridzuan memuat naik momen indah anaknya, Sky Taizo Okumura, sedang menunaikan solat.
Menurutnya, Sky tidak pernah sekalipun meninggalkan solat walau dalam apa keadaan.
“Alhamdulillah, walaupun Sky balik lambat dari sekolah, dia tak pernah sekali pun tinggalkan solatnya.
“Lima waktu penuh, tak pernah kurang, setiap hari dia tunaikan dengan penuh tertib.
“Hati saya rasa begitu syukur dan gembira memiliki anak sebaik ini, anak yang betul-betul bertuah,”tulis Ridzuan.
Ads
Dalam pada itu, dia yakin putera tunggalnya itu tidak pernah lupa untuk menyelitkan doa buat arwah ibunya, Allahyarhamah Akiko Okumura, setiap kali selepas solat.
“Setiap kali selesai solat, saya tahu, dalam doanya pasti ada nama ibunya.
Ads
Dia tak pernah lupa untuk mendoakan arwah ibunya,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Akiko dilaporkan meninggal dunia pada 28 Februari lalu selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.
Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelari pecut wanita negara, Shereen Samson Vallabuoy berjaya meraih gelaran juara pertamanya pada tahun ini apabila mengungguli kategori 400 meter (m) wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat.
Menerusi satu perkongsian di Facebook pada Ahad, semalam, Olahraga Malaysia memaklumkan bahawa atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu berhasil menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih emas.
Dalam pada itu, pingat perak dimenangi oleh Gabby Johnson daripada pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17s.
Manakala, kedudukan pingat gangsa diraih oleh Nevaeh Lorjuste daripada pasukan Rowan dengan catatan masa 56.91s.
Kredit: Olahraga Malaysia
Menurut Shereen, 200 meter pertama agak mencabar disebabkan oleh cuaca berangin dan angin bertentangan.
“Secara keseluruhan, saya merasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di India ada Taj Mahal, di negara kita tak kurang hebatnya contohnya di Perak ada berdiri teguh Istana Kellie. Istana ini menjadi manifestasi cinta agung seorang suami kepada si isteri. Sebagaimana sayangnya Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal begitu jugalah sayangnya William Kellie Smith kepada isterinya Agnes.
Istana yang berusia lebih seabad ini masih kukuh dan menjadi tarikan pelancongan utama yang manjadi kemestian di Batu Gajah, Perak.
Kellie’s Castle adalah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak. Dibina pada tahun 1905, ada kisah sedih disebalik banglo mewah ditengah ladang getah ini.
Kisah Sedih William Kellie Smith
Sumbar gambar : .theislanddrum.com
1. Istana Kellie’s atau lebih dikenali dengan Kellie’s Castle dibina oleh peladang berbangsa Scottish bernama William Kellie Smith yang berasal dari bandar kecil di Scotland. Dia dikatakan membina bangunan ini sebagai tanda cinta beliau kepada isterinya.
Mr. & Mrs. William Kellie-Smith. Foto Kredit: WHW Design
2. Beliau dikurniakan anak perempuan sulung namun sangat mengimpikan anak lelaki sebagai pewaris empayar perniagaan yang beliau telah bina selama ini. Hanya selepas sebelas tahun barulah isterinya Agnes mengandung semula. Pada tahun 1915, Agnes telah melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan sebagai Anthony.
William Kellie-Smith. Foto Kredit: WHW Design
3. Disebabkan minat beliau kepada negara India dan ajaran Hindu, beliau telah membawa ciri-ciri ini dalam seni bina untuk rumah baru yang menjadi impiannya. Batu-bata dan kebanyakkan bahan bina telah diimport daripada India. Bahkan beliau membawa 70 pekerja mahir daripada Madras, Selatan India untuk pembinaan rumah agam tersebut.
Sumber : Instagram
4. Namun, malang tidak berbau. Proses pembinaan rumah agam yang menjadi keutamaan hidup beliau tidak berjaya mengikut jadual yang ditetapkan. Ini kerana pada awal tahun 1920, ramai daripada pekerja kontrak telah menghidap penyakit Spanish Flu dan meninggal dunia. Wabak ini dikatakan merebak pada tahun 1918 dan dianggar mengorbankan nyawa melebihi 40 juta mangsa.
Sumber Gambar (AP Photo/National Museum of Health)
5. Pembinaan Kellie’s Castle mencatatkan sejarah sebagai bangunan pertama di Tanah Melayu yang memiliki lif. Lif ini berfungsi daripada tingkat atas sehingga terowong bawah tanah di rumah agam tersebut. Beliau juga merancang untuk membina tapak tenis dalam bangunan. Kawasan atas bumbung pula dikhaskan untuk upacara keraian bersama usahawan atau orang-orang kenamaan.
6. Smith membuat lawatan ringas ke Britain pada tahun 1926 bersama anak perempuannya. Tidak dapat dipastikan mengapa namun kemudiannya membuat persinggahan di Lisbon, Portugal.
7. Ada yang menyatakan bahawa beliau ke Portugal untuk mengambil lif bagi rumah agam yang sedang beliau bina. Pada Disember 1926, beliau telah menghidap penyakit pneumonia dan meninggal dunia pada usia 56 di sana.
8. Agnes kemudiannya pulang ke Scotland bersama dengan anak-anaknya. Beliau telah menjual rumah agam tersebut kepada syarikat British bernama Harrisons and Crossfield. Anak lelakinya yang bernama Anthony Kellie Smith pula telah maut dalam Perang Dunia Kedua dan Helen tidak pernah pulang Kellie’s Castle.
Keadaan bilik di Kellie’s Castle, di dekorasi seperti dalam gambar
Fakta menarik mengenai Kellie’s Castle:
1. Berita mengenai Kellie’s Castle pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Binaan bangunan ini dianggap unik dari segi reka bentuk dan keluasannya.
2. Istana Kellie sering menjadi lokasi pengambaran drama dan filem. Antaranya filem Anna And The King yang dilakonkan oleh pelakon Chow Yuen Fatt.
3. Pembinaannya tidak menggunakan besi atau pun paku. Oleh kerana tiada simen pada waktu itu, batu-bata dilekatkan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Lebih mengagumkan binaan yang terbina dari campuran tersebut mampu kekal sehingga ke hari ini.
4. Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat agar mudah ke Istana Kellie. Sebuah kedai makan dan kedai cenderahati dan tapak meletakkan kenderaan telah dibina oleh Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun 1990.
Begitulah kisah keluarga Smith dan istana Kellie’s nya yang tidak kesampaian. Yelah, kita boleh boleh merancang tapi DIA yang menentukan segalanya. RIP Smith
Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, kini tersenyum bangga apabila anak gadisnya, Engku Aleesya, berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan IGCSE. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Erra menerusi media sosial, lengkap dengan ucapan ringkas penuh makna: “I’m proud of you, anak!”
Ungkapan itu nyata mencuri perhatian ramai kerana ia melambangkan rasa bahagia seorang ibu melihat kejayaan anaknya. Lebih istimewa, kejayaan ini juga membuka lembaran baru buat Aleesya untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi – A-Level.
Langkah Baru, Cabaran Baru
Selepas melalui fasa IGCSE dengan gemilang, Aleesya kini bakal meneruskan perjalanan akademiknya ke A-Level. Bagi kebanyakan pelajar, A-Level dianggap sebagai salah satu cabaran besar sebelum ke universiti. Namun, dengan semangat dan disiplin yang dimiliki, Aleesya dilihat sudah bersedia menghadapi fasa baru ini.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Kejayaan Aleesya bukan sahaja membanggakan Erra, tetapi turut menjadi inspirasi buat remaja lain. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, kisah ini membuktikan bahawa dengan usaha, fokus dan sokongan keluarga, kejayaan pasti boleh digapai.
Ramai yang kagum dengan cara Aleesya mampu seimbang antara kehidupan remaja dan tuntutan akademik. Inilah bukti bahawa kunci kejayaan bukan semata-mata belajar tanpa henti, tetapi juga menjaga keseimbangan gaya hidup, disiplin diri, serta sokongan daripada orang tersayang.
Kejayaan Engku Aleesya mengingatkan kita bahawa setiap usaha pasti ada hasilnya. Buat remaja di luar sana, jangan sesekali putus asa. Teruskan usaha, cipta matlamat, dan cari inspirasi daripada kisah-kisah kejayaan seperti ini.
Seperti kata Erra, rasa bangga seorang ibu tidak datang dari keputusan semata-mata, tetapi daripada sikap rajin, semangat belajar dan ketabahan seorang anak dalam mencapai impian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.