Sekiranya korang lahir pada era 90-an, pastinya korang masih mengingati persembahan epik lagu berjudul Segalanya di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004.
Lagu asal nyanyian Mariah Carey berjudul My All ini diberikan nafas baharu dalam versi Bahasa Melayu dan persembahan tersebut masih diingati hingga ke hari ini disebabkan penangan vokal padu oleh lima orang penyanyi wanita Malaysia.
Mereka terdiri daripada Liza Hanim, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Misha Omar dan tentunya, penyanyi kesayangan ramai yang pergi menghadap Ilahi pada hari ini iaitu Allahyarhamah Siti Sarah.
Ibaratnya seperti baru semalam kita menonton persembahan ini. Gandingan lima penyanyi bervokal lantang ini bukan sekadar hebat dari segi paduan suara saja. ‘Chemistry’ yang wujud di antara mereka adalah tulen dan ikhlas. Di atas pentas, mereka beradu suara. Namun di luar, persahabatan yang terjalin cukup utuh sehingga mampu bertahan bertahun-tahun lamanya.
Berita pemergiaan arwah Siti Sarah sedikit sebanyak membuatkan skuad penyanyi Segalanya ini hiba dalam keredhaan terhadap ketentuan Ilahi. Menerusi akaun media sosial, masing-masing menitipkan doa agar arwah sejahtera di sana.
“Adik.. awak insan terpilih dik. Ya Allah, ampunkan segala dosanya dan tempatkan Sarah di kalangan hamba-hamba yang Kau kasihi. Al Fatihah buat Siti Sarah binti Raissuddin.
“Akak ingat dik, kita masa ini tengah WhatsApp sama-sama. Pasal depan kita speaker yang besar, tak boleh borak. Hihihi. Sebelah pun message ke!! Tenanglah di sana dik.”
“Khusnul Khotimah. InsyaAllah, SubhanAllah adikku. Kita juga akan ke tempat abadi tetapi bagaimana pengakhiran kita? Wallahu’alam. Adikku insan terpilih, Siti Sarah Raissuddin.”
“Innalillahiwainnalilahirajioun. Al Fatihah. Semoga Allah tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah. Moga Shuib dan anak-anak terus tabah. Allahuakbar.”
“Innalillahi wainnailaihirojiun. Akhirnya, Sarah tinggalkan diriku dengan izin dariNya. Pemergianmu diratapi seluruh peminat industri tempatan, juga mereka yang masih aktif berkarya. Segala kebaikanmu yang terselindung di sebalik nama itu yang tidak diketahui sesiapapun selama ini bertebaran mengharum di seluruh pelusuk tanah air.
“Cuma kesetiaan yang akan Kak Chah pertaruhkan sampai ke hujung dunia, Sarah akan selalu ada dalam doa Kak Chah ya dik. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang menitipkan ucapan takziah dan kata-kata semangat kepada Kak Mitch selepas pemergian Allahyarham. Kerana (anda) pasti tahu Kak Mitch akan terkesan dengan kehilangan ini.
“Kepada Shuib, anda sangat hebat! InsyaAllah kekuatan yang ada padamu akan memberikan inspirasi kepada suami-suami di luar sana. Hugs to the kids dan Kak Mitch doakan semoga semua ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan melalui ujian Allah.”
*
Sesungguhnya Allah SWT ialah sebaik-baik perancang, arwah Siti Sarah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita semua. Benar apa yang dipinta Misha, teruskanlah mendoakan arwah Siti Sarah agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah
Baru- baru ini, penyanyi dan bekas anggota kumpulan EXO, Lay meraih perhatian peminatnya apabila kelibatnya dilihat hadir di konsert SMTOWN 2025 bagi memberi sokongan kepada rakan-rakannya, Suho dan Chanyeol.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Lay Zhang atau nama sebenarnya Zhang Yixing (34) terlihat sedang berbual dengan beberapa orang peminat sambil mengungkapkan mengenai keberadaannya di situ.
“Saya datang untuk sokong EXO. Ada dua anggota di sini iaitu Junmyeon dan Chanyeol,” katanya.
Kredit: X @xiumajestyKredit: X @xiumajesty
Dalam pada itu, kehadirannya di konsert itu juga ibarat memberi tanda positif berkait dengan komentar positifnya sebelum ini mengenai kemungkinan EXO untuk ‘reunion’ pada tahun 2025 ini.
Pada masa yang sama, selama konsert berlangsung, Lay juga terlihat sangat menikmati saat-saat lagu EXO, ‘First Snow’ dipersembahkan.
Selain itu, ada beberapa dari kalangan peminat turut mempersoalkan mengapa Lay tidak tampil bersama EXO. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Lay kini bukan lagi sebahagian dari artis yang berada di bawah pengurusan SM Entertainment sejak tahun 2022.
Kredit: Lay ZhangKredit: Lay Zhang
Namun, penyanyi lagu ‘Lit’ dan ‘Veil’ itu datang bagi memenuhi undangan SM Entertainment sebagai bentuk penghormatan kepada bekas syarikat pengurusannya sebelum ini dan ini juga menunjukkan hubungan baik yang masih terjalin antara kedua pihak.
Sekadar info, Lay Zhang mula mencipta nama bersama EXO pada tahun 2012 dan mula meraih populariti menerusi lagu MAMA, Growl, dan Wolf. Penyanyi itu mengumumkan pengunduran dirinya dari EXO dan SM Entertainment secara baik pada April 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Pelakon berkaliber, Uqasha Senrose sempat memberi reaksi terhadap para peserta yang hadir di uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023, yang berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur, Ahad lepas.
Menurut pelakon drama popular Perempuan Tanpa Dosa itu, mereka yang hadir bagi mencuba nasib mempunyai personaliti tersendiri.
Uqasha bagaimanapun berkata para peserta haruslah mengasah lagi bakat dan membuat persediaan terlebih dahulu, sebelum hadir ke uji bakat.
“Mereka buat bagus, sejujurnya semua yang hadir hari ini bagus. Tetapi biasalah manusia, pertama kali datang uji bakat pasti kita akan ada rasa gugup, gementar.
“Apa yang saya nampak mereka ada personaliti, bakat menyanyi dan berlakon. Cuma, mungkin mereka perlu mengasah lagi dan buat persediaan yang banyak,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu turut mengingatkan buat mereka yang hadir sebaiknya datang kerana ingin mengetengah bakat yang ada, bukanlah hanya untuk menjadi terkenal sahaja.
“Satu perkara yang penting adalah jika nak lakukan perkara ini bukan sebab mahu popular, tetapi buatlah kerana minat iaitu minat dalam lakonan, menyanyi, mengacara.
“Selepas itu, popular akan datang kemudian. Bagaimanapun, bagi sesiapa yang tidak dapat, jangan sedih, down dan berputus asa,” ujarnya lagi.
Untuk informasi, uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan diteruskan di tiga negeri iaitu di Pulau Penang, Sabah dan destinasi terakhir di Selangor.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan model popular, Meerqeen turut tidak ketinggalan bagi melaungkan solidariti buat saudara Islam, yang sedang ditimpa ujian berat di bumi Palestin.
Menerusi sebuah coretan panjang lebar di Instastory miliknya, bekas peserta Hero Remaja itu memanjatkan doa kepada saudara sesama Islam di sana.
Selain itu, pelakon naskhah hit Nenek Bongkok Tiga itu juga berharap agar bantuan yang disalurkannya sampai kepada mereka yang memerlukan di sana.
“Semoga semua pemberianku sampai pada semua yang ada di Palestin Ya Allah. Amin Ya Rabb. Itu sahaja yang saya boleh bantu dari jauh. Ya Allah lindungi dan tolonglah saudara kami di Palestin.
“Kurniakan mereka kekuatan, kesihatan dan keselamatan. Berikanlah hidayah kepada para pemimpin. Sabarkan keluarga para pejuang dan jadikan wafat mereka sebagai syuhada,” katanya.
Pada masa sama, Meerqeen turut menitipkan harapan agar semua doa-doanya kepada seluruh rakyat di Palestin dimakbulkan yang Maha Esa.
“Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar. Ya Allah tunjukkanlah kemukjizatan, qudrahMu. Balaslah pengorbanan, airmata, nyawa dan darah mereka di dunia dengan kemenangan di akhirat dengan syurgaMu.
“Ya Allah Ya Ghafur, ampuni kami, maafkanlah kami yang tidak punya kemampuan membebaskan Masjidil Aqsa. Yang hanya mampu mempersembahkan sebuah doa. Kabulkanlah doa kami dan harapan orang-orang Palestin, Amin Allahumma amin,” tulisnya lagi.
Terkini di media sosial, warganet telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Ramai nama artis dan pempengaruh yang terpalit dan disenaraikan dalam #celebrityblocklist.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.