Kalau korang masih ingat, beberapa koleksi sneakers yang pernah dilancarkan oleh Skechers Malaysia sebelum ini telah mendapat ilham daripada anime dan manga Jepun seperti One Piece (2019) dan Sailor Moon (2020).
Terbaru, satu lagi koleksi kolaborasi yang diinspirasikan daripada manga popular telah menemui pasaran Malaysia pada HARI INI.
Ia merupakan koleksi Skechers X One Punch Man yang hadir dalam empat warna dan rekaan berlainan berdasarkan karakter siri manga tersebut. Warna tersebut ditampilkan pada bahagian paneling, insole dan tougue kasut.
Pilihan yang ada terdiri daripada hero utamanya, Saitama (kuning & merah), Genos (biru tua & hitam), Tornado (hijau muda & hijau tua) dan Sonic (ungu & hitam) yang juga merupakan watak ninja ‘villain’ dalam siri ini.
Skechers X One Punch Man. SAITAMA.
Skechers X One Punch Man. GENOS.
Ads
Skechers X One Punch Man. TERRIBLE TORNADO.
Skechers X One Punch Man. SPEED O SOUND SONIC.
Selain daripada warnanya yang menarik, REMAJA yakin dengan keselesaan yang akan korang rasai pada sneakers bersiluet Stamina 2.0 ‘chunky’ ini.
Ia mempunyai tapak yang agak tebal dan Air-Cooled Memory Foam pada bahagian dalam untuk memastikan pemakai selesa semasa berjalan.
Ads
Menariknya, koleksi Skechers X One Punch Man bukan hanya menawarkan rekaan sneakers semata-mata.
Seperti koleksi Skechers X Sailor Moon tahun lalu, terdapat juga koleksi pakaian yang boleh korang miliki seperti hoodie uniseks yang diinspirasikan daripada karakter One Punch dan satu-satunya rekaan pullover yang menampilkan karakter Tornado.
Skechers X One Punch Man. Hoodies RM379 .
Skechers X One Punch Man. Pullover (Tornado) RM279..
Ads
Bagi peminat One Punch Man, tentunya korang akan appreciate beberapa simbol pada hoodie seperti lakaran wajah, nama pada bahagian hadapan baju berserta panggilan jolokan dalam bahasa Jepun dan pada lengannya.
*
Koleksi Skechers X One Punch Man boleh didapati secara online DI SINI, di platform Shopee atau di stor Skechers terpilih sepeti 1 Utama, Mid Valley, Pavilion, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Intermark Mall dan beberapa lagi stor lain.
Sneakers yang didatangkan dalam saiz lelaki dan perempuan dijual pada harga RM459 setiap satu. Sementara itu, hoodie dan pullover masing-masing boleh dimiliki pada harga RM379 dan RM279, setiap satu.
Dengar cerita, stok cepat habis di website mereka. Jadi pastikan korang cepat-cepat rebut, okay!
*
Sambil itu, jom lihat mengapa Nabila Razali menggemari sneakers Skechers.
Orang dulu-dulu memang banyak petua dan pandai dalam menjaga kecantikan secara alami.
Dikongsi oleh Marina Saringat cara orang dulu-dulu mengurangkan jeragat dan whitehead ini hanyalah menggunakan limau dan juga tepung. Malah beliau sendiri mengamalkan petua ini dan hasilnya memang berkesan, flawless jadinya.
Petua pudarkan jeragat dan kurangkan whitehead
Actually ini petua orang dulu-dulu. Tapi saja flashback untuk korang sejak belajar dan dapat petua ini dari ibu ibu.
Tip ini sangat mudah dan senang saja nak cari bahan-bahannya. Tapi apa pun petuanya, mestilah kena KONSISTEN gais.
Caranya:
1.Sediakan bahan berikut;
– Sebiji buah limau kasturi.
– Satu sudu kecil tepung gandum
2. Perahkan jus limau dan campurkan ke atas tepung. Gaul sebati dua bahan ini .
3. Kemudian tepek lembut lembut pada muka tapi pastikan sebelum itu bersihkan muka terlebih dahulu. Basuh selepas 15 minit.
3. Amalkan 3 kali seminggu dan konsistenkan pemakaian. Hasilnya nanti whitehead berkurangan, jeragat memudar plus lama-kelamaan kulit jadi bersih.
Jadi, selepas ini tak perlu nak berhabisan untuk cantik. Guna je bahan-bahan di dapur je! Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ubat titis mata merupakan sedian steril (bebas daripada kuman) yang digunakan untuk merawat masalah pada bahagian mata (myhealth.gov.my). Ramai yang menganggap kebanyakan ubat titis mata adalah sama.
Namun sebenarnya terdapat pelbagai jenis ubat mata di pasaran dengan tujuan penggunaan yang berbeza. Menurut Dr Lael Salim di laman twitternya, ada juga individu yang berkongsi ubat titis mata.
Persoalannya, adakah ubat titis selamat untuk mata korang?
Jom kita baca penjelasan daripada Dr Lael Salim.
Sebelum korang menggunakan sebarang ubat titis mata, semak terlebih dahulu tarikh lupus pada botol atau kotak ubat berkenaan. Eyedrops juga ada expiry date ya! Jika botol tersebut telah dibuka, biasanya ia hanya boleh digunakan selama sebulan (bergantung kepada jenis-ada yang sehari, ada yang 3 bulan).
Jika sudah melebihi tempoh, jangan gunakan sebab bimbang ada risiko jangkitan kuman. Ia adalah membahayakan.
Waktu titiskan ubat, tarik sedikit kelopak mata untuk dijadikan poket bagi ubat titis mata. Pastikan hujung botol tidak menyentuh mata. Mata manusia secara natural memang ada kuman yang dipanggil normal floral. Titisan ubat itu boleh tersedut masuk semula ke dalam botol dan menjadi sumber jangkitan.
Boleh menyebabkan mata buta
Tahu tak korang bahawa ada ubat titis mata yang boleh menyebabkan kebutaan jika digunakan tanpa pantauan doktor?
Ada jenis ubat titis yang mengandungi steroid, berkesan untuk merawat banyak jenis penyakit mata. Ada juga antaranya dibuat secara kombinasi daripada steroid dan antibiotic.
Ini pun tidak selamat digunakan tanpa pengawasan doktor mata.
Masalah dengan ubat titis yang mengandungi steroid boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
• Tekanan mata meningkat
• Katarak cepat berlaku
• Jangkitan kuman jadi teruk
Doktor ini juga menjelaskan bahawa banyak kes yang dijumpai, individu tersebut membeli sendiri ubat mengandungi steroid di farmasi disebabkan ada masalah mata merah dan gatal (alergi). Bila guna ubat mata tersebut, mata jadi putih.
Tanpa sedar, tekanan mata meningkat sehingga merosakkan saraf mata. Bila berjumpa dengan doktor dah jadi kebutaan kekal.
Kesimpulannya, jika korang sakit mata dah berhari-hari tak juga sembuh, eloklah terus berjumpa dengan doktor. Tidak perlu beli ubat atau rawat sendiri. Kalau tak baik-baik juga, segeralah berjumpa dengan pakar mata.
Jangan anggap korang boleh guna je mana-mana ubat titis mata kalau tidak mahu perkara yang tidak baik terjadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AKHIRNYA, malam anugerah terbesar industri muzik antarabangsa kembali semula pada tahun ini. Sebelum anugerah Grammys 2022 bermula pada pagi Isnin lagi, platform media sosial telah gegak gempita dengan kehadiran penyanyi serta band kegemaran masing-masing di karpet merah yang terletak di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas.
Setelah sesi ini ditiadakan pada tahun lalu demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), nampaknya selebriti tahun ini seakan ingin ‘melepaskan gian’ untuk muncul secara kreatif dengan pilihan busana lain daripada yang lain.
Jujurnya, REMAJA merasakan ia mampu menjadi lebih meriah sekiranya beberapa calon popular pada hari ini seperti Ariana Grande dan Charli XCX melakukan kemunculan. Namun tanpa ketiadaan mereka berdua, tidak bermakna peminat tidak teruja.
Satu trend utama yang dapat kami lihat adalah aksesori bunga pada busana masing-masing. Sebaik sahaja kumpulan BTS melangkah ke karpet merah, mata terus terarah kepada pin bunga yang ada pada sut ahlinya yang berwarna putih, perang, coklat dan biru.
BTS
Paling ketara tentulah sut Kim Taehyung aka V BTS yang direka Louis Vuitton. Ia cukup menyerlah dengan brooch bunga 3 dimensi gergasi!
Penyanyi, Michelle Zauner atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Japanese Breakfast pula tampil unik dalam persalinan minidress Valentino serba kuning yang menggambarkan kelopak bunga.
Manakala, komposer dan penyanyi Finneas pula memilih brooch bunga lili sebagai aksesori sut lilac kedamnya.
JAPANESE BREAKFAST
FINNEAS
Persalinan Justin Bieber dan Billie Eilish; masing-masing dicalonkan untuk lapan dan tujuh kategori; pula mendapat komen bercampur-baur.
Ada yang menggemari risiko fesyen yang diambil mereka memandangkan busana oversized seperti ini sudah sebati daripada identiti mereka sebagai artis. Begitupun, bagi penonton yang tidak mengikut aliran trend fesyen terkini, mereka merasakan sut Balenciaga Justin dan gaun avant garde Billie rekaan Rick Owens itu tidak menepati citarasa mereka.
JUSTIN & HAILEY BEIBER
BILLIE EILISH
Sebilangan penyanyi kekal selesa dengan pereka fesyen kegemaran mereka di karpet merah Grammys. Salah seorangnya ialah Lady Gaga yang tampil dalam persalinan Armani. Jika korang masih ingat, Gaga pernah mencetuskan sensasi pada tahun 2010 apabila penyanyi Poker Face itu menyarungkan gaun unik berona lavender rekaan Armani.
LADY GAGA
Lady Gaga di Anugerah Grammy pada tahun 2010.
DUA LIPA
Sementara itu, Dua Lipa juga kekal dengan gaun rekaan Versace di karpet merah Grammys. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut Versace menjadi pilihan utama Dua selepas tahun 2019 dan 2021
Seperti dijangka, rapper Lil Nas X hadir dengan memberikan impak ‘ekstra’ dalam persalinan Balmain yang diperbuat daripada hiasan mutiara. Ia menampilkan imej kupu-kupu pada bahagian dada, lengan dan belakang seakan memberi mesej mengenai projek nyanyian terbarunya.
LIL NAS X
Jadi, siapakah fesyenista kegemaran korang di karpet merah anugerah Grammys 2022? Kongsikan dalam bahagian komen okay.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.