Pelakon jelita, Siti Saleha mengumumkan bahawa dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan selepas selesai penggambaran drama bersiri Bad Cop arahan Jason Chong.
Difahamkan, pelakon drama Nora Elena ini kini sedang hamil empat bulan dan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada fasa baharu dalam hidupnya.
“Selepas selesai projek yang sedang saya jalani ini, saya akan berhenti seketika daripada penggambaran kerana ia agak memenatkan.
“Buat masa ini, saya hanya mahu berehat dan menenangkan fikiran sehingga bersalin.
“Apabila keadaan badan kembali bertenaga dan ramping, barulah saya kembali ke set penggambaran,” jelas Saleha kepada media ketika ditemui di sidang media Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 yang berlangsung di PICC, Putrajaya.
Ads
Hamil Tapi Tetap Bertenaga!
Walaupun sedang meniti kehamilan pertamanya, Siti Saleha meluahkan rasa syukur kerana trimester pertama yang dilaluinya tidak terlalu mencabar.
“Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan, muntah atau mengidam. Cuma penat itu memang ada, seperti wanita hamil lain.
“Jika penggambaran dilakukan ketika trimester pertama dahulu, mungkin saya akan lebih bergelut walaupun tiada alahan.
Ads
“Jadi, saya bersyukur jadual penggambaran ditunda ke waktu sekarang,” tambahnya.
Sebelum ini, Siti Saleha ada berkongsi berita kehamilannya menerusi sebuah video manis di Instagram yang dirakam ketika percutiannya bersama suami tercinta, Joshua Fitton, di Bali, Indonesia.
Pasangan romantik ini sah bergelar suami isteri dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, Februari lalu.
Ads
Rezeki Berganda Buat Bakal Ibu!
Dalam masa sama, aktres ini turut menerima satu lagi berita gembira apabila diumumkan sebagai pemenang Selebriti Ikon Terhangat AMT 2025.
“Alhamdulillah, ini rezeki saya, rezeki ‘baby’ dan juga kelab peminat yang sentiasa setia menyokong kerjaya saya sejak lebih 15 tahun lalu.
“Saya berasa amat dihargai kerana mereka menerima saya seadanya dan tidak pernah berhenti memberikan undian,” ucap Saleha dengan penuh rasa syukur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli kumpulan K-pop terkenal SEVENTEEN, S.Coups atau nama sebenarnya Choi Seung Chul meneruskan misi kebajikan peribadinya dengan menyumbang sebanyak 50 juta won (lebih kurang RM180,000) bersempena ulang tahun kelahiran ke-30 pada 8 Ogos baru-baru ini.
Menurut laporan media Korea, sumbangan itu diberikan kepada organisasi kebajikan The Community Chest of Korea, yang memaklumkan bahawa S.Coups telah menyertai kelab penderma eksklusif ‘Honor Society’ sebagai ahli ke-3,710.
Dalam pada itu, dana berkenaan akan digunakan untuk menampung perbelanjaan makanan bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya dalam tempoh cuti musim panas. Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan pertumbuhan sihat golongan kanak-kanak yang terjejas, melalui pusat komuniti kanak-kanak di seluruh Korea.
“Terima kasih kepada cinta dari para peminat, hari lahir saya sentiasa jadi istimewa setiap tahun. Saya mahu kembalikan kasih sayang yang saya terima ini kepada masyarakat. Kami menyokong pertumbuhan sihat semua kanak-kanak dan remaja,” katanya.
Sekadar info, S.Coups sememangnya dikenali sebagai individu yang aktif dalam pelbagai inisiatif kebajikan, bukan sahaja untuk kebajikan kanak-kanak tetapi juga dalam isu perlindungan haiwan.
Sebelum ini, pelantun lagu ‘MAESTRO’ dan ‘HOT’ itu juga pernah menyumbang ketika bencana alam, termasuk membantu pusat perlindungan haiwan terbiar dan pasukan penyelamat, selain menderma bagi membantu mangsa kebakaran hutan di Ulsan, Gyeongbuk dan Gyeongnam pada Mac tahun lalu.
Untuk perkembangan terkini, SEVENTEEN sedang rancak merayakan ulang tahun ke-10 mereka dalam industri muzik. Album penuh kelima mereka berjudul ‘HAPPY BURSTDAY’ yang dilancarkan pada Mei lalu telah mendominasi carta penjualan separuh tahun, manakala lagu utama ‘THUNDER’ turut berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Melon Top 100.
Bermula September ini, kumpulan sensasi tersebut akan memulakan jelajah dunia ‘SEVENTEEN World Tour [NEW_]’ yang akan membuka tirainya di Stadium Utama Asiad Incheon, sebelum menjelajah ke destinasi seterusnya di Hong Kong, Amerika Utara dan Jepun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dulu selalu kita tonton filem arahan Datuk Yusof Haslam, sekarang ni dah tiba pula masa untuk anak-anaknya bersinar.
Syamsul dan Syafiq Yusof merupakan anak kepada penerbit dan pengarah legend, Datuk Yusof Haslam yang dahulunya sering menghasilkan filem-filem box office seperti Sembilu, Maria Mariana dan banyak lagi.
Boleh dikatakan filem terbitan Skop Productions antara pelopor filem yang berjaya menarik penonton ke pawagam. Buktinya, pada tahun 90-an dahulu pun filem terbitan mereka dah cecah kutipan jutaan ringgit.
Kini tiba masanya untuk dua beradik ini meneruskan legasi pengarahan filem Melayu bagi memartabatkan lagi industri perfileman Malaysia.
Jom kita lihat antara kejayaan-kejayaan kutipan filem box office arahan tiga beranak ini.
1. Munafik 2 (2018)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 21.60 juta (tayangan 4 hari)
2. Abang Long Fadil 2 (2017)
Arahan: Syafiq Yusof
Kutipan(RM): 18.15 juta
3. Munafik (2016)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 17.04 juta
4. KL Special Force (2018)
Arahan: Syafiq Yusof
Kutipan (RM): 12.22 juta
5. KL Gangster (2011)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 11.74 juta
6. Khurafat (2011)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 8.08 juta
7. Sembilu 2 (1995)
Arahan: Datuk Yusuf Haslam
Kutipan (RM): 6.10 juta
8. Evolusi: KL Drift 2 (2013)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 5.67 juta
9. Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 4.98 juta
10. KL Gangster 2 (2013)
Arahan: Syamsul Yusof
Kutipan (RM): 4.96 juta
11. Maria Mariana (1996)
Arahan: Datuk Yusof Haslam
Kutipan (RM): 4.72 juta
12. Abang Long Fadil (2014)
Arahan: Syafiq Yusof
Kutipan (RM): 4.61 juta
13. Gerak Khas The Movie (2001)
Arahan: Datuk Yusof Haslam
Kutipan (RM): 4.40 juta
14. Sembilu (1994)
Arahan: Datuk Yusuf Haslam
Kutipan (RM): 4.39 juta
15. Mat Moto (2016)
Arahan: Pekin/Syafiq Yusof
Kutipan (RM): 4.33 juta
Dan dengarnya kutipan filem Munafik 2 untuk tayangan 10 hari dan mencecah RM 30 juta. Wow congrats Syamsul!
Ternyata keluarga ini sememangnya mempunyai bakat dan kelebihan dalam bidang perfileman. Salute!
Kecur pula air liur bila melihat iklan popcorn chicken di kaca TV. Siapa yang tak suka makan ayam goreng kan? Lagi best, bila ayam tu dipotong kecil supaya mudah dimakan.
Kalau nak beli diluar, harganya boleh tahan mahal juga. Nak jimat, apa kata korang buat sendiri di rumah.
Bila buat sendiri rasa lebih berbaloi dan korang pun boleh improvised resipi tersebut menjadi lebih sedap.
Tidak mahu hanya menyediakan popcorn chicken ‘biasa-biasa’ saja, kali ini kami nak kongsikan resipi BBQ popcorn chicken dari laman Facebook Resipi ApaNi.
Bahan-bahan:
– Ayam
– Garam
– Garlic powder
– Paprika
– Lada hitam
– Tepung gandum
– Telur
– Sos BBQ
Cara membuat:
1. Potong ayam kecil-kecil dan letakkan bahan seperti garam, garlic powder, paprika, lada hitam dan gaulkan sehingga sebati
2. Kemudian, salutkan ayam dengan tepung dan telur
3. Ambil ayam semula dan salutkan semula dengan tepung
4. Masukkan ayam ke dalam kuali yang panas
5. Seterusnya, sos BBQ ke dalam kuali dan masukkan ayam yang siap digoreng dan gaulkan sehingga sebati
Popcorn chicken ni rasanya lebih kurang juga seperti ayam goreng Korea cuma diimprovasi sedikit untuk beri rasa yang berlainan.
Paling penting, ia jauh lebih jimat kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual direstoran.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...