Aktres jelita, Siti Saleha menjadi bualan hangat di kalangan peminat selepas dikatakan bakal berkahwin dengan tunangnya, Joshua Fitton tidak lama lagi.
Khabar angin ini tersebar di media sosial selepas pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia memakai veil dengan tulisan ‘bride’.
Dalam video tersebut, Siti Saleha dilihat ceria menerima kejutan daripada rakan-rakannya di sebuah penginapan.
Kapsyen yang disertakan bersama emoji pengantin turut menambah spekulasi mengenai persiapan perkahwinannya.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan hari bahagia aktres tersebut.
Ads
Sekadar info, Siti Saleha telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Joshua Fitton, yang juga seorang pereka fesyen, selepas hampir dua tahun menjalin hubungan cinta.
Ads
Pengumuman tersebut dibuat secara rasmi oleh Siti Saleha ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada 8 November lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media di Korea Selatan sebelum ini telah berspekulasi mengenai perlantikan anggota kumpulan BTS, Kim Namjoon aka RM bagi memegang posisi dalam sebuah kementerian di Korea Selatan.
Nampaknya, spekulasi tersebut bukan sekadar omong kosong apabila Big Hit Music pada hari ini mengesahkan bahawa RM telahpun dilantik sebagai jurucakap kepada pasukan keselamatan di Kementerian Pertahanan Nasional Korea Selatan!
Kim Namjoon aka RM BTS. Kredit Foto: VOGUE Korea
Perlantikan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Jun 2023 itu bakal menyaksikan RM menjadi jurucakap ketiga yang pernah dilantik bagi pasukan tersebut dan dijangka akan menyertai pelbagai jenis aktiviti bagi mempromosikan pihak kementerian serta meningkatkan kesedaran rakyat di Korea Selatan mengenai tugasan pegawai kementerian yang bertungkus-lumus selama ini.
“Setuju!”
Peminat kumpulan BTS serba tahu mengenai kebolehan RM bercakap di hadapan khalayak ramai terutama yang berkaitan dengan bantuan kemanusian.
Kredit Foto: VOGUE Korea
Sewaktu BTS dijemput bagi memberikan ucapan di bangunan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan di White House tidak lama dahulu, RM mewakili BTS telah menginspirasikan semua pihak menerusi ucapannya yang menyentuh mengenai penindasan yang dirasai oleh masyarakat Asia di Amerika Syarikat.
Di Korea Selatan sendiri, RM pada tahun lalu telahpun mendermakan 100 juta Won Korea (kira-kira RM333,000) untuk disalurkan kepada Yayasan Warisan Budaya Korea Di Luar Negara.
Hasil bantuan RM itu, satu persalinan gaun perkahwinan diraja dari dinasti Joseon yang dimiliki oleh Los Angeles County Museum of Art berjaya dipulangkan ke Korea Selatan bagi proses restorasi.
Sedikit sebanyak, usaha-usaha yang dilakukan oleh RM ini telahpun mempengaruhi peminatnya, ARMY termasuklah di Malaysia untuk berbuat kebaikan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Justeru, tidak hairanlah apabila warganet bersetuju dengan perlantikan RM ini selayaknya.
“Bila-bila saya sedih saya hanya ingin mendengar lelaki ini (RM) berucap kerana kata-katanya boleh menyembuhkan perasaan saya seperti magis.” – @v_saleha
“Menabur jasa kepada negaranya, kami amat berbangga!” – @RANDAUNION
“(RM) Tahukah kamu betapa hebatnya kamu? Kamu adalah kebanggaan kami!” – @vamkoo
Tahniah RM!
P.S: Jika Kementerian Pertahanan Malaysia ingin melantik selebriti sebagai jurucakapnya, siapa yang paling layak agaknya?
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyayi pop r&b Indonesia, Afgansyah Reza telah pun melancarkan single terbarunya M.I.A bersama bintang K-pop terkenal, Jackson Wang. Penyanyi berusia 32 tahun itu baru sahaja memuat naik lagu terbarunya itu di laman YouTube, dan setakat ini, ia sudah mempunyai lebih daripada 100,000 tontonan.
Afgan juga membuat perkongsian menerusi laman Instagram dengan menyatakan bahawa rahsia kolaborasi ini telah disimpan lama kerana ia sudah disiapkan pada tahun lalu.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Begitulah boleh penulis ibaratkan dengan kemenangan Dewi Natasha Perumal Oddiar sebagai juara sulung MYAirline Miss Borneo yang diadakan baru-baru ini bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.
Selain dinobatkan sebagai juara, Dewi turut memenangi gelaran Miss Congeniality. Seiring dengan kemenangannya Dewi membawa pulang wang keseluruhan bernilai RM6’000, selempang dan sebentuk mahkota.
Gadis kacukan Dusun-India ini merupakan salah seorang daripada barisan penyampai radio ERA Sabah bukanlah asing dalam dunia ratu cantik. Boleh dikatakan dia antara figura popular dan pernah memenangi beberapa gelaran sebelum ini seperti Miss Earth Sabah 2017, Unduk Ngadau Dun Sekong 2019, naib juara Miss Grand Sabah 2020 dan naib juara Unduk Ngadau Dun Paitan 2023.
Kebolehannya untuk berkomunikasi dengan baik dalam dialek tempatan dan antarabangsa mempamerkan kepelbagaian dan pemahaman budaya yang tinggi. Persembahan cemerlang Dewi di atas pentas mencerminkan dedikasi dan kerja kerasnya sepanjang pertandingan.
Meninjau ke akaun Instagramnya, gadis berusia 27 tahun ini berkongsi rasa dan menyatakan rasa syukur apabila dianugerahkan gelaran MYAirline Miss Borneo 2023.
Memetik sedikit perkongsiannya, “Grateful, blessed and thankful. Adakalanya kita tidak mendapatkan sesuatu sesuai yang kita ingini dan rencanakan. Tetapi ingat lah, Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih indah untuk kita.
“I was blessed to have my supportive family as my backbone in this pageant industry! Tanpa keluarga yang sentiasa support saya, mungkin saya tidak akan berdiri sekuat ini dari tahun 2015 sehingga hari ini. To my pretty amazing people who stood right by my side through it all, thank you for always believing in me, loving me and take care of me since 2020 until today.”
Menurut penjelasan di dalam hantaranya itu lagi, Dewi kini bergelar duta pertama dari Borneo untuk jenama penerbangan tambang murah terbaharu itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!