Nama Siti Nurhaliza Diangkat Dalam Buku Teks Filipina, Digelar ‘Golden Voice And Heart Of Asia’

Share

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengharumkan Malaysia apabila pencapaian seni beliau diiktiraf hingga dijadikan bahan pembelajaran di sekolah Filipina.

Baru-baru ini, seorang pelajar dari negara tersebut berkongsi penemuan menarik apabila menemui bab khas mengenai penyanyi nombor satu negara ini dalam sebuah buku teks. Biografi itu diberi tajuk
“Siti Nurhaliza: Golden Voice and Heart of Asia”, menggambarkan betapa besar pengaruh beliau dalam dunia muzik serantau.

Dalam buku itu, perjalanan seni Siti dikisahkan sejak mula menapak di pentas Malaysia, kejayaan menjuarai pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan pada tahun 1996, sehinggalah beliau diangkat sebagai ikon muzik yang dihormati di seluruh Asia.

Pendedahan ini sekali gus mencetuskan rasa bangga rakyat Malaysia apabila nama dan kejayaan Siti Nurhaliza bukan sahaja diiktiraf di peringkat antarabangsa, malah dijadikan contoh teladan buat pelajar di luar negara.

Di media sosial, ramai netizen menyifatkan perkara ini sebagai bukti bahawa Siti Nurhaliza bukan sekadar penyanyi legenda tempatan, sebaliknya ikon budaya Asia Tenggara. Malah, ada yang menyebut beliau sebagai

‘warisan negara’ yang sewajarnya dihargai sepanjang zaman.

Dengan pencapaian cemerlang yang diraih lebih dua dekad, Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa bakat, kerja keras dan dedikasi mampu menjulang nama Malaysia di mata dunia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath