Persembahan Istimewa Dari Biduanita Negara Siti Nurhaliza
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan persembahan istimewa buat pasangan pengantin baharu, Fattah Amin dan Amira Othman, pada majlis resepsi mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur malam tadi.
Majlis penuh glamor itu dihadiri keluarga, rakan selebriti dan kenalan rapat, sempena meraikan penyatuan dua figura seni yang sering menjadi tumpuan peminat. Pasangan ini selamat diijab kabul pada 14 September lalu dalam sebuah majlis tertutup di resort mewah di Sepang, dan majlis resepsi kali ini menjadi tanda meraikan cinta mereka secara rasmi bersama rakan-rakan industri.
“Mak Iti Pernah Janji Akan Menyanyi Untuk Amira”
Dalam suasana penuh kasih dan gembira, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Mak Iti tampil membuat kejutan buat pasangan mempelai. Menurut Siti, persembahan tersebut merupakan janji lama yang pernah diucapkannya kepada Amira.
“Sama-sama kita doakan pasangan Amira dan Fattah hingga ke syurga. Sebenarnya ini kejutan. Saya dan Cakra hadir untuk bahagiakan mereka. Saya pernah berjanji dengan Amira walaupun sebelum ini saya tidak tahu siapa pasangannya. Saya cakap, ‘Bila Amira naik pelamin, Mak Iti akan menyanyi untuk Amira.’”
Lebih manis, Siti Nurhaliza turut memenuhi impian Amira dengan mempersembahkan lagu ikoniknya, Bukan Cinta Biasa, yang menjadi permintaan khas daripada pengantin perempuan sendiri. Lagu tersebut membawa makna mendalam bagi Amira yang membesar mengagumi Siti sebagai idola.
Tidak hanya membuat persembahan, Siti Nurhaliza turut menitipkan pesanan penuh nasihat dan doa buat pasangan pengantin baharu itu.
Ads
“Setiap manusia diberi perjalanan yang ada suka dan duka, tapi semua itu rahsia Allah. Pesanan saya, Fattah jaga Amira baik-baik. Amira seorang wanita solehah. Insya-Allah jadi isteri solehah dan Fattah jadi pemimpin serta imam yang baik. Saya tumpang bahagia dan gembira dengan kebahagiaan mereka.”
Ucapan penuh lembut itu bukan sekadar doa buat dua mempelai, tetapi turut menjadi pesanan berharga buat pasangan muda lain yang sedang meniti alam rumah tangga.
Inspirasi Untuk Pasangan Muda
Pesanan “jadilah imam yang baik dan isteri yang solehah” membawa maksud yang mendalam suami perlu memimpin dengan kasih dan tanggungjawab, manakala isteri menjadi penyejuk hati dan pendamping setia. Dalam dunia moden serba mencabar ini, nasihat Siti Nurhaliza menjadi cerminan nilai Islamik dan kekeluargaan yang wajar dicontohi remaja masa kini.
Ads
Sebagai ikon wanita dan artis disegani, Siti Nurhaliza bukan sekadar memberi hiburan, tetapi juga menyebarkan mesej positif tentang cinta yang berlandaskan keimanan dan kejujuran.
Malam resepsi Fattah dan Amira bukan sekadar perayaan cinta dua jiwa, tetapi turut menjadi momen indah yang menggabungkan kasih sayang, doa dan restu daripada insan-insan tersayang, termasuk Siti Nurhaliza sendiri.
Semoga pasangan ini terus bahagia dan saling melengkapi, seperti doa tulus yang dilafazkan oleh Mak Iti semoga Fattah menjadi imam yang baik dan Amira menjadi isteri yang solehah, hingga ke syurga.
Pengacara dan penyanyi popular, Elly Mazlein berjaya memecahkan rekod ‘Longest Non-Stop Music Video Launching on A Pop-Up TV Channel’ atau Pelancaran video muzik tanpa henti terpanjang di saluran TV Pop-Up menerusi single terbaharunya berjudul Sayap.
Elly Mazlein yang lebih disapa Kak Lina yang merupakan artis pertama naungan Rocketfuel Entertainment, turut menyatakan keterujaannya mendapat penganugerahan istimewa ini.
“Saya sangat gembira dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan dan turut bersyukur dan berbangga kerana dengan anugerah ini memberikan saya semangat yang lebih tinggi dalam menjayakan kelahiran Sayap sebagai buah tangan terbaru di permulaan tahun 2024 ini,” katanya ringkas.
Selama tempoh bersiaran selama 48 jam baru-baru ini, peminat Elly Mazlein dapat meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik Sayap temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video.
Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan.
“Kami mengucapkan tahniah kepada Rocketfuel Entertainment selaku pihak syarikat rakaman bagi Elly Mazlein atas pencapaian ini dan kami berharap untuk terus mengiktiraf lebih banyak pencipta rekod tempatan untuk sebarang pencapaian seperti ini,” ujar pihak Malaysia Book of Records.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ramai dah cuba hidangan shell out yang pernah trending satu ketika dulu. Makanan viral tentu harganya boleh tahan mahal.
Biasanya, paling kurang pun harga hidangan ini boleh mencecah sampai RM70 untuk dua atau tiga orang makan. Sesekali nak cuba bolehlah. Tapi kalau agak-agak mengidam nak makan lagi, tak ke korang rasa harganya boleh tahan mahal?
Nah, tak payah fikir nak makan di luar saja, apa kata kalau korang buat je sendiri shell out ni dekat rumah. Seperti yang telah dikongsi oleh Ainasuha Akhree di laman Facebooknya, resipi shell out versi bujang ini modalnya tak lebih daripada RM30 pun.
Bahan-bahan:
Udang 15 ekor (saiz sederhana)
Ketam bunga 2 ekor
Kerang dua genggam (lebih kurang)
Sotong 3 ekor (besar)
Brokoli
Cara memasak:
1. Celur udang sekejap dan rebus kerang bersama daun kunyit supaya naik baunya.
2. Ketam dan udang juga dicelur sekejap. Kalau tak nak bau hanyir, celur ketam dengan limau.
3. Sediakan tiga ulas bawang putih, tiga biji bawang merah, halia sejuring dan dua genggam cili kering yang direbus dan dibuang biji, kemudian kisar kan kesemua bahan ini.
4. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Tambahkan perasa dan gula, serai, daun sup (wajib untuk bagi naik bau). Kemudian, tambahkan dua sudu kecil serbuk kari ikan. Tidak perlu tambah air kerana sotong dan udang sudah mengeluarkan air.
5. Tumis sampai pecah minyak. Tambahkan sedikit sos cili dan sos tiram.
6. Bila naik bau, barulah isi ketam dan sotong yang direbus tadi dimasukkan. Tunggu lebih kurang tiga minit, kemudian masukkan udang dan akhir sekali, kerang.
7. Gaulkan sampai rata dan masukkan brokoli serta lobak merah yang siap direbus.
8. Dah siap! Dengan modal kurang daripada RM30, boleh makan shell out dekat rumah.
Berbaloi-baloi kan? Jom cuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disney sekali lagi mengungguli genre animasi menerusi filem terbarunya, ‘Ralph Breaks The Internet’. Filem animasi 3D ini juga bertindak sebagai filem sekuel ‘Wreck-It Ralph’ yang dikeluarkan pada tahun 2012.
Filem yang sarat dengan figura popular dunia permainan video ini membawakan kisah dua karakter kawan baik iaitu Ralph dan Vanellope yang masing-masing mempunyai personaliti unik dan berbeza antara satu sama lain.
Menerusi filem pertama kita dibawa dengan tema terhadap penerimaan diri untuk menjadi berbeza dan daripada orang lain. It’s okay to be you as long you’re happy! Itulah mesej yang dibawa oleh karakter villain dalam permainan video tetapi hakikatnya dia seorang yang baik hati. Dan Venellope pula karakter yang memiliki kekurangan sering glitch namun menggunakannya sebagai kelebihan diri.
Disney princesses pun melakukan kemunculan di dalam filem ini!
Dalam kisah terbaru ini mereka berdua meneruskan kehidupan di Litwak’s Family Fun Center & Arcade. Namun ada sesuatu yang kurang dalam kehidupan mereka dan ia dirasai oleh Venellope yang mula bosan dengan rutin sama mereka lalui setiap hari.
Segalanya berubah selepas pemilik kedai permainan video mula memiliki sambuangan Internet. Dna menyahut cabaran itu Vanellope dan Ralph terus ‘terbang’ ke dunia baru yang serba luas iaitu Internet. Mereka juga dalam misi tersendiri untuk menyelamatkan permainan video Venellope, Sugar Rush.
Jadi apakah tema utama filem hebat ini?
Kali ini persahabatan Ralph dan Venellope yang semakin matang bakal dicabar dengan keputusan masing-masing. Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita berbeza, begitu juga dengan Venellope. Dia sentiasa dahagakan cabaran baru, berbeza dengan Ralph yang lebih relaks dan selesa dalam zonnya sendiri.
Di sinilah teman persahabtan dikupas dengan cukup cantik menerusi filem ‘Ralph Breaks The Internet’. Mereka menjadikan lanskap Internet yang penuh dengan palbagai perkar positif dan negatif untuk mencorakkan persahabatan Ralph dan Venellope.
Setiap persahabatan pasti akan dilanda dugaan. Tapi bagaimana mereka menyatukan semula tali persahabatan itu membuatkan filem ini sebagai sebuah filem yang amat menyentuh hati.
‘Ralph Breaks The Internet’ akan mula ditayangkan di seluruh negara bermula pada hari ini di pawagam di seluruh negara.
RATING: 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!