Siri Animasi Popular Upin & Ipin Kini Ditayangkan Di Netflix UK & Australia

Share

Sebuah lagi kejayaan yang dilakar oleh siri animasi popular Malaysia, Upin & Ipin khabarnya sudah ditayangkan di perkhidmatan televisyen penstriman Netflix di United Kingdom dan Australia sejak 7 April lalu.

Pengurus Pemasaran Antarabangsa syarikat produksi Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Karya Budi Mohd Aris menzahirkan bahawa kejayaan ini dianggap sebagai suatu justifikasi bahawa Upin & Ipin adalah karya bermutu. Secara tidak langsung, ia telah membuktikan kualiti kandungan tersebut telah mencapai standard antarabangsa.

Foto: FMT

Walau bagaimanapun, Budi menjelaskan dia tidak pasti sama ada Upin & Ipin adalah karya animasi tempatan pertama yang dipilih oleh platform penstriman itu.

Tahniah Remaja ucapkan buat seluruh tenaga produksi yang terlibat dalam menjayakan siri Upin & Ipin. Selepas kejayaan memasuki pasaran Indonesia dan China, kini animasi ini boleh ditonton oleh masyarakat di UK dan Australia, sekali gus dapat menonjolkan karya anak tempatan di mata dunia.

Foto: Marketing Interactive

Jika sebelum ini, pengikut tempatan hanya boleh menonton episod musim ke-14 di saluran YouTube selepas ia disiarkan di stesen televisyen Indonesia, MNC TV, kini korang sudah boleh menontonnya di saluran Astro Prima sebanyak 42 episod pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam.

Siri Upin & Ipin yang disiarkan Netflix UK dan Australia adalah musim kelima sehingga kelapan selain musim 11 dan 12.

Congrats guys!

Sumber: Berita Harian

IKLAN