Mesti BLINKS teruja dan bangga mendengar berita ini .
Foto Via CGTN
Kumpulan penyanyi wanita terkenal dunia ini mencipta fenomena menerusi muzik mereka yang mengasyikkan. Dengan lagu-lagu menjadi juara carta dan muzik video mencecah bilion tontonan, tidak dapat disangkal lagi pengaruh mereka kepada masyarakat.
Dengan jumlah pengikut di YouTube, dengan rekod 66.1 juta subscribers setakat artikel ini ditulis BlackPink kini bergelar artis nombor satu di dunia. Wah…
Ads
Terbaru, kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh empat gadis menawan, Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo telah berjaya menyingkirkan kedudukan penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber sebelum ini yang mengungguli takhta berkenaan.
Memetik kenyataan YG Entertainment pada Jumaat lepas ini merupakan kejayaan yang sukar untuk dipercayai dan pencapaian luar biasa ini menjadi kenyataan dengan sokongan Blink.
Ads
Tambah YG Entertainment, BlackPink telah mencipta jutaan pengikut selepas setiap kali melancarkan lagu-lagu baharu, dengan satu lagi pelancaran album solo debut, Lisa yang menjadi faktor kepada pertambahan pengikut.
Meskipun baru sahaja dilancarkan dua hari, muzik video terbaharu LISA – LALISA yang baru diupload di YouTube BlackPink telah mendapat ratusan juta tontonan. Tahniah BLACKPINK Lisa atas pelancaran MV ‘LALISA’ yang sangat perfect dan hebat! Bagi yang belum menonton MV ‘LALISA’, klik di bawah;
Penyanyi remaja, Ummi Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai telah terpilih menjadi artis rakaman pertama bernaung di bawah syarikat pengurusan, SN Legacy Sdn Bhd milik biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Umai, 14 mulai 1 Januari lalu telah mengikat kontrak selama lima tahun bersama syarikat ibu saundaranya itu dan sebagai buah tangan pertama, bakal muncul dengan single tidak lama lagi.
Kata Umai, peluang dilamar oleh SN Legacy ini adalah langkah terbaik untuk membentuk dirinya menjadi seorang penghibur yang lebih berjaya pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat peluang bernaung dengan SN Legacy milik Mak Iti (Siti Nurhaliza) yang juga darah daging sendiri. Ini adalah detik bermakna dan terindah buat saya.
“Saya akan gunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk terus memajukan diri sebgai penyanyi berjaya. Mohon doakan saya untuk mengharungi industri muzik tanah air yang semakin mencabar ini,” katanya.
Menggelar Umai sebagai penerus legasi keluarga yang rata-rata terdiri daripada penyanyi, Siti pula berkongsi bahawa pembabitan Umai di bawah syarikatnya termasuklah mendapatkan bimbingan secara profesional dan terus belajar menjadi anak seni yang berkaliber.
All the best Umai!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam REMAJA telah mengadakan sesi tayangan premier ‘KUNTILANAK’ dengan kerjasama TGV Pictures. Terima kasih kepada pembaca yang telah menyertai contest dan meluangkan masa menonton bersama-sama kami semalam.
Apa yang boleh penulis katakan semasa menonton filem ini dalam hati ialah “mujur ini bulan puasa, tidaklah berasa takut sangat”. LOL
Filem ‘Kuntilanak’ merupakan garapan atau remake terbaru filem popular berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 2006, karya Rizal Mantovani. Filem tersebut dibintangi aktres jelita Julie Estelle dan telah mendapat sambutan yang sangat hebat di Indonesia.
Kisah pada tahun 2006 tersebut memaparkan tentang seorang gadis, Samantha yang mempunyai kebolehan mistik memanggil hantu dikenali dengan nama kuntilanak. Selepas menyerunnya Samantha boleh membuat kuntilanak mengikut perintahnya. Sentuhan Rizal ini dilihat sebagai sebuah filem seram yang jauh berbeza dengan filem Indonesia yang lain.
Dan pada tahun ini Rizal Mantovani memperkenalkan versi terbaru ‘Kuntilanak’. Dan kali ini filem yang diramalkan blockbuster mengetengahkan kisah tentang sekumpulan kanak-kanak kecil yang memasang tekad untuk memasuki sebuah rumah terbengkalai semata-mata ingin memenangi sebuah pertandingan realiti. Misi mereka ialah ingin membuktikan bahawa wujud kuntilanak yang pada mereka gemar menculik kanak-kanak.
Namun segalanya menjadi haru biru selepas Kuntilanak masuk ke dunia manusia melalui sebuah cermin kuno dan kini memburu mereka sebagai mangsa terbarunya.
Dengan tunjang pelakon-pelakon hebat Andryan Sulaiman, Sandrinna Michelle Skornicki, Adly Fahrezy, Aurelie Moeremans dan Fero Walandouw, ‘Kuntilanak’ merupakan sebuah nashkah seram yang cukup mengagumkan.
Sejujurnya, REMAJA berasa terpukau dengan kualiti sebuah filem dari negara jiran ini. Dengan nilai produksi bertaraf antarabangsa, ia memberikan pengalaman seram yang mempunyai elemen bunyi, visual dan juga debaran setiap karakter yang berdepan ketakutan masing-masing.
Jika dibandingkan dengan lambakan filem seram Hollywood, ‘Kuntilanak’ dirasakan lebih dekat dengan budaya dan cara kita. Penceritaannya yang tidak bercelaru serta mempunyai plot yang agak kuat, ia bolehlah REMAJA katakan sebagai natara filem seram terbaik tahun ini.
Keunikan serta kekuatan filem ini terletak kepada 5 orang pelakon kanak-kanak yang menjadi nadi tengah jalan ceritanya. Dan mereka semua jelas tidak kekok, malah mempunyai bakat lakonan yang sangat baik.
Pengenalan kelima-lima watak ini mendekatkan kita dengan lensa ketakutan dari kaca mata kanak-kanak yang kadangkala naif namun sangat jujur apabila berbicara serta membuat keputusan. Rasa fragile itulah yang membuatkan ia bertambah seram!
‘Kuntilanak’ akan mula ditayangkan di selurh negara bermula pada Hari Raya Pertama, 15 Jun 2018.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelakon dan ahli kumpulan 2PM, Ok Taecyeon bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Pada 1 November lalu, agensinya, 51K mengumumkan bahawa bintang berusia 37 tahun itu akan berkahwin pada musim bunga dengan kekasihnya yang telah lama dikenalinya.
Ok Taecyeon 2PM Umum Perkahwinan
Menurut laporan media Korea, Ok Taecyeon yang kini aktif dalam dunia lakonan telah menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya sejak beberapa tahun lalu. Pasangan ini mula menjadi perhatian para peminat pada tahun 2020 selepas hubungan mereka disahkan kepada umum.
Terdahulu, timbul khabar angin bahawa mereka sudah bertunang apabila Ok Taecyeon dilihat berlutut dan menyerahkan cincin kepada kekasihnya ketika berada di Paris pada awal tahun ini. Namun, perkara itu tidak pernah disahkan oleh mana-mana pihak sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh agensi 51K baru-baru ini.
Kenyataan Rasmi Dari Agensi 51K
Menerusi sebuah kenyataan rasmi, pihak 51K berkata, “Hello. Ini 51K. Kami ingin berkongsi berita mengenai perkahwinan pelakon Ok Taecyeon. Pelakon Ok Taecyeon telah berjanji untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama pasangan yang telah lama dikenalinya.”
Agensi itu juga memaklumkan majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Seoul pada musim bunga akan datang dan hanya akan dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat.
“Memandangkan bakal pasangan beliau bukan seorang selebriti, kami amat berharap agar anda memahami bahawa kami tidak akan mendedahkan butiran lanjut,” jelas agensi itu lagi.
Selain itu, meskipun bakal bergelar suami, Ok Taecyeon tetap berhasrat untuk terus aktif dalam dunia seni. “Walaupun selepas berkahwin nanti, pelakon Ok Taecyeon tetap berhasrat untuk terus menyapa anda semua melalui pelbagai projek dan aktiviti yang baik.”
Pihak agensinya turut menambah, “Kami memohon agar anda semua terus memberikan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pelakon Ok Taecyeon.”
Susulan pengumuman tersebut, Ok Taecyeon turut memuat naik sepucuk surat tulisan tangan khas buat peminatnya di laman sosial. Dalam surat itu, beliau menulis kata-kata penghargaan istimewa terutama buat peminat yang sentiasa menyokong.
Surat Taecyeon Buat Peminat
“Hai. Ini Ok Taecyeon 2PM. Saya ingin berkongsi berita ini terlebih dahulu kepada para peminat saya yang sentiasa mengambil berat dan menyokong saya sebelum orang lain, dan itulah sebabnya saya mengambil pena untuk menulis surat ini,” tulisnya.
Dalam surat penuh emosi itu, Ok Taecyeon turut mengimbas perjalanan kerjayanya selama 19 tahun bersama kumpulan 2PM dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa berada di sisinya. Beliau menutup surat itu dengan pesanan kepada peminat agar menjaga kesihatan serta mengucapkan terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima sepanjang kariernya sebagai anak seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!