Singapura Jadi Negara Asia Terbaharu Iktiraf Hubungan Sesama Jenis

Share

Nampaknya masyarakat dunia seakan berlumba-lumba ingin ‘menghalalkan’ dan menerima hubungan sesama jenis sama ada membabitkan golongan lesbian, gay biseksual dan trasgender (LGBT).

ARTIKEL BERKAITAN : Vatican Melarang Perkahwinan Sejenis, Tuhan Tidak Boleh Merestui Dosa

Terbaru, negara jiran kita iaitu Singapura mengumumkan akan menghapuskan jenayah seks antara lelaki dengan lelaki. Ini disahkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad semalam. Menurut Reuters, Lee berkata rakyat Singapura, terutamanya golongan belia kini lebih menerima golongan gay.

Lee Hsien Loong Foto Via Berita Harian

Malah, Singapura kini menjadi negara Asia terbaharu yang mengiktiraf hubungan sesama jenis di antara lelaki dengan lelaki. Sebelum ini, pada 2018, India juga melakukan perkara sama dengan menarik balik larangan seks sesama jenis.

Lee Hsien Loong menyatakan bahawa kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki di negara ini. Di bawah Perkara 377A undang-undang tempatan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun di bawah undang-undang.

Bagaimanapun, tidak jelas bila ia akan dilaksanakan. Sebelum ini, peraturan ini sering menjadi topik perdebatan oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) di Singapura.

Bagaimanapun, dalam ucapan yang sama, Lee menegaskan bahawa dia masih menyokong definisi tradisional perkahwinan, iaitu antara lelaki dan wanita.

BACA LAGI : Gaya Hidup Songsang LGBT Dilarang Di Malaysia, Menteri Jawab Isu Ini Di Parlimen

Sumber : 1

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN