Foto Hiasan : Pexels (Kin Pastor)

Seiring dengan hasrat kerajaan Singapura bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus menular dalam kalangan rakyatnya, Singapura telah mempercepatkan lagi program suntikan vaksin ini bermula semalam.

Misi utama Singapura kini adalah untuk sekurang-kurangnya memastikan semua rakyatnya memperolehi sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19, secepat mungkin. Strategi ini tidak lain tidak bukan adalah untuk melindungi kesemua penduduk di negara seberang tambak itu.

Lapor pasukan petugas pelbagai kementerian (MTF) Singapura, strategi yang sama kini turut diguna pakai di negara Barat seperti di United Kingdom dan Jerman. Ini berikutan bekalan vaksin yang agak terhad buat masa ini di seluruh dunia.

Justeru, Singapura memilih untuk meluaskan bekalan dos vaksin pertama kepada seramai mungkin rakyatnya berbanding menyelesaikan dos vaksin kedua kepada sesetengah penerima daripada peringkat umur tertentu saja.

IKLAN

Bagi penerima seperti petugas barisan hadapan (frontliners) dan warga emas yang sememangnya diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin kedua, kini jarak di antara suntikan pertama dan kedua mereka telah diregangkan menjadi enam hingga lapan minggu demi memberi peluang kepada lebih ramai penerima dok vaksin pertama.

ARTIKEL BERKAITAN : Vaksin Untuk Pekerja, Selangor Tawar Pembelian Vaksin Kepada Majikan – REMAJA

IKLAN

Menurut penilaian mereka, 4.7 juta rakyat Singapura akan selesai dengan suntikan pertama dos vaksin pada bulan Ogos ini, iaitu 400,000 orang lebih ramai berbanding anggaran awal dahulu.

Untuk pengetahuan, sehingga 17 Mei lalu, Singapura telahpun berjaya memberikan 3.4 juta dos vaksin COVID-19, manakala Malaysia telah memberikan sebanyak 1.62 juta dos vaksin setakat semalam. Itu adalah kira-kira hanya 6 peratus daripada sejumlah 9,848,371 individu yang telahpun mendaftar menerima dos vaksin. Hhm.. tertinggal jauh kita ni guys.

IKLAN

BACA LAGI : Nadhir Nasar & Anna Jobling Kongsi Pengalaman Terima Suntikan Pertama Vaksin – REMAJA

Adakah korang rasakan Malaysia harus mengikut strategi Singapura ini demi memastikan lebih ramai rakyat kita yang menerima dos suntikan vaksin pertama mereka.

Ataupun korang percaya dengan jumlah tambahan dos vaksin COVID-19 daripada Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca akan mencukupi untuk kita semua?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI