“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” Al-Baqarah, Ayat 110
Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang hal zakat pendapatan ini walaupun kewajipan membayar zakat adalah sama seperti mendirikan solat. Ada juga yang ingin membayar namun keliru dan tertanya-tanya bila sepatutnya kita wajib membayar zakat harta ini.
Masih Tertanya-Tanya Layak Dikenakan Zakat Atau Tidak?
Ini Jawapan Pusat Pungutan Zakat melalui ciapan Twitter rasminya :
Pasti masih ramai yang tertanya-tanya, adakah mereka telah layak dikenakan zakat? Macam mana pula nak tahu jika kita telah layak dikenakan zakat atau belum? pic.twitter.com/nnsCXBcroZ
Zakat termasuk dalam rukun Islam ke-4 yang wajib ditunaikan. Dalam Al-Quran banyak disebut berkaitan zakat dan diselitkan sekali dengan solat. Maka kewajipan membayar zakat adalah sama seperti kita menunaikan solat fardhu.
Sumber : Twitter Pusat Pungutan Zakat
Menurut Pusat Pungutan Zakat, sesiapa yang hartanya telebih melebihi kadar yang ditetapkan untuk berzakat iaitu telah cukup NISAB dan cukup haul seperti contoh nisab tahun 2021 ialah RM20,299.00 jadi beliau wajib membayar zakat.
Ads
NISAB BAGI TAHUN 2021 = RM20,299.00
NISAB ialah satu kadar utk menentukan adakah sesuatu harta itu dikenakan zakat atau tidak. Ia juga ialah salah satu syarat wajib berzakat.
Kalau korang masih keliru dalam pengiraan, boleh klik PPZWP link ini
Ads
Zakat perniagaan dan zakat pendapatan wajib dibayar. Jika anda melakukan apa jua jenis perniagaan, sama ada menjual barang, menanawarkan perkhidmatan, menghasilkan bahan mentah dan sebagainya, hasil pernigaan tersebut wajib dikenakan zakat mengikut beberapa syarat.
Jadi pada mereka yang busy sangat sampai kadang-kadang terlupa untuk menjalankan tanggungjawab ini, korang sebenarnya boleh bayar melalui online dan tak perlu rasa ragu-ragu , iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Mudah kan? Zaman dah moden, semuanya boleh dilakukan secara digital.
Jadi ingatan buat kita semua, perbanyakan berkongsi rezeki dengan orang lain… nescaya Allah perbanyakan rezeki kita. Jangan kedekut. Selamat Beramal!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REMAJA raikan pemenang dua pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 istimewa buat paparan Merdeka tahun ini. Buat bintang gimrama Ng Joe Ee, sukan bukan sekadar hobi tetapi merupakan satu pengalaman yang memberi makna dan kepuasan.
ketua pengurusan NEW GEN FIEZREEN AHMAD penyelaras, penata gaya & editor FZ AIMMAN arahan seni & perletakan grafik AZNIZA AZIZ teksFATH ABU BAKAR fotografiEWAN JADE penolong fotografiDAVID LIEW dan SHENYNAA suntingan fotoHEZRY ROKMAN penerbit & suntingan videoSURIA NUR AMIRA videografiJAZLAN NANGAR solekanCHE WAN dandananNOREZZ IDRIS persalinanBEHATI dan WAN&MARY
Persalinan: BEHATI
Sukan kini bukan lagi sekadar podium untuk menonjolkan bakat dan kemahiran. Buat pelapis-pelapis dunia sukan muda sekarang, sukan telah merubah menjadi platform untuk mencapai kejayaan dan mengejar impian.
Bersempena musim temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik yang sedang berlangsung sekarang, REMAJA mendekati personaliti sukan gimnastik berirama (gimrama) iaitu Ng Joe Ee untuk menyelami jiwanya sebagai seorang ‘pejuang’ negara di arena sukan antarabangsa.
Menurut atlet berusia 19 tahun ini, keseronokan dalam bersukan bukan hanya terletak pada prestasi individu tetapi juga pada caranya memukau orang ramai dengan fleksibiliti serta skil yang dituntut selama ini.
“Sebenarnya, saya suka sukan gimrama kerana ia sangat seronok! Saya suka bila dapat baling dan tangkap alat yang digunakan selain gerakannya yang sangat mengagumkan.
“Bila orang tengok saya buat, mereka akan kata ‘wow’ disebabkan fleksibiliti yang saya tunjukkan. Itu yang buat saya suka sukan ini. Ia ibarat persembahan bagi penonton,” katanya.
Persalinan: WAN&MARY
Mengimbas semula peluang yang diperolehi Joe Ee pada usia seawal 16 tahun, dia membuktikan bahawa usia hanyalah angka apabila bergelar atlet termuda dalam kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Peluang beraksi di temasya sebesar Sukan Komanwel pada waktu itu sudah memadai untuk dia menganggapnya sebagai kejayaan paling berharga dalam kerjayanya.
Siapa sangka, debut di temasya itu membuahkan hasil apabila menghadiahkan dua butir pingat emas menerusi disiplin bola dan riben. Buat atlet lain, temasya sebegini mungkin memberikan tekanan besar dek harapan menggunung yang diletakkan oleh rakyat negara mereka yang mengharapkan kilauan pingat menyinar.
Namun buat Joe Ee, kehadirannya di situ, perasaannya lebih terjurus kepada rasa cemas memandangkan ia adalah debut-nya di pentas segah itu.
Namun, usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh membuahkan hasil. Selepas pertandingan, dia menzahirkan rasa terharu dan terkejut apabila meraih pingat emas.
Persalinan: BEHATI
“Pertandingan besar seperti Sukan Komanwel atau Sukan Asia memang penting bagi saya. Kini kalau bercakap mengenai temasya empat tahun sekali, saya akan merasa tertekan dan selalu hendak buat yang terbaik.
“Saya memang terkejut bila dikalungkan dua pingat emas. Saya fikir saya mungkin boleh mendapat tempat keempat atau kelima sahaja sebab rutin saya pada waktu itu belum sempurna,” imbasnya.
TERIMA KOMEN NEGATIF
Selepas mencapai kejayaan besar dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022, penerima anugerah Olahragawati Kebangsaan 2022 ini tekad untuk terus meningkatkan prestasinya. Semangatnya semakin berkobar untuk meneruskan kejayaan hanya buat negara tercinta dengan meneruskan latihan dengan lebih gigih lagi.
“Saya tak suka fikir terlalu banyak semasa latihan. Bagi saya, waktu latihan cuma fokus pada latihan, kemudian pulang ke rumah dan berehat.
“Bila datang tekanan pula, saya biasanya keluar bersantai bersama rakan-rakan. Bagi saya, rakan yang positif itu penting kerana mereka membantu saya melupakan seketika perasaan negatif dan selalu mengingatkan saya untuk tidak terlalu memikirkannya.
“Bagaimanapun, tekanan disebabkan ‘mindset‘ lebih mudah untuk saya ‘adjust ‘ berbanding tekanan yang diterima bertalu-talu dari pihak luar terutamanya di dunia media sosial,” dedah Joe Ee.
Persalinan: BEHATI
Menurutnya, ia bermula selepas menunjukkan prestasi kurang konsistem di kejohanan piala dunia di Valencia, tidak lama dahulu.
“Di media sosial, ada yang sokong dan tidak kurang juga yang bersikap negatif. Tahun lepas sewaktu di piala dunia, saya beraksi dengan sangat teruk dan ramai pengikut memberi komen negatif seperti, ‘Apa sudah jadi dengan awak?’
“Bila baca komen-komen berkenaan, memang saya rasa sedih. Tapi ibu memesan untuk tidak pedulikan mereka dan teruskan berusaha. Hasilnya, prestasi saya ketika temasya Sukan Asia adalah agak baik. Walaupun tidak membawa pulang sebarang pingat, saya sudah berpuas hati apabila berjaya ke peringkat akhir,” ujarnya.
“SAYA MAHU PELAPIS AKAN DATANG MENJADI…”
Sebelum mengakhiri bicara, Joe Ee mengungkapkan hasratnya untuk meneruskan legasi dalam arena sukan sebagai jurulatih apabila dia bersara sebagai atlet tanah air, suatu hari nanti.
Tutur penerima trofi Olahragawati Wilayah Persekutuan 2023 ini, dia menanam azam untuk melatih atlet-atlet muda dan berharap mereka dapat mengatasi kejayaan yang pernah dicapainya.
Ini kerana matlamat utama Joe Ee adalah untuk melihat perkembangan sukan gimnastik berirama di Malaysia agar ia kembali seperti zaman kegemilangannya.
Persalinan: BEHATI
“Rancangan masa depan saya adalah untuk menjadi seorang jurulatih selepas bersara. Saya tak mahu atlet generasi seterusnya jadi seperti saya tetapi menjadi secergas atlet-atlet hebat gimrama terutamanya dari Rusia yang sangat handal. Diharap generasi mereka akan membuahkan hasil yang lebih baik demi Malaysia.
“Saya juga enggan masa hadapan dunia sukan negara kita kekal pada tahap yang sama. Sebaliknya, saya mahu melihat kemajuan yang konsisten bermula sekarang hingga ke waktu saya bergelar seorang jurulatih nanti.”
Ditanya pula mengenai harapannya untuk pencapaian masa hadapan, Joe Ee tidak mahu meletakkan sasaran yang kurang realistik dan memilih untuk fokus kepada peningkatan berterusan serta terus mencatatkan skor yang lebih tinggi.
Keranamu, Negaraku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang tindakan seorang selebriti yang dikatakan tidak sepatutnya menegur penggunaan bahasa Inggeris salah seorang Menteri ketika membuat ucapan di laman Facebook. Namun begitu, ada juga yang menyokong selebriti tersebut dan menjelaskan bahawa sekurang-kurangnya masyarakat dapat mengetahui sebutan yang betul bagi perkataan dalam bahasa Inggeris.
Tidak lama selepas itu, timbul pula satu lagi kontroversi apabila seorang penyampai radio mentertawakan guru yang mengajar di televisyen menggunakan bahasa Inggeris.
Kalau kita lihat dua situasi ini adalah berbeza kerana seorang menegur dengan cara memperbetulkan sebutan dan seorang lagi mempersendakan sebutan. Kita seharusnya tidak perlu merendahkan individu yang kurang mahir berbahasa Inggeris, sebaliknya bantu mereka untuk lebih faham dengan sebutan yang betul.
Seperti yang dilakukan oleh seorang guru bahasa Inggeris ini, Sir_Asai mengambil inisiatif dalam mendidik masyarakat tentang penggunaan bahasa Inggeris di laman Tik Tok. Apa yang menariknya, guru ini berkongsi video yang memaparkan cara sebutan bahasa Inggeris dengan betul.
Banyak lagi video yang turut dikongsi oleh cikgu ini. Apa yang menariknya, sebelum berkongsi cara sebutan yang betul, guru ini turut bertanyakan terlabih dahulu kepada pelajarnya untuk menyebut perkataan yang diberikan.
Ha, menarik kan? Bukan hanya pelajar sekolah, rasanya semua lapisan masyarakat boleh menjadikan video content Sir_Asai ini sebagai panduan untuk belajar bahasa Inggeris. At least, dengan sebutan yang betul la kan?
Tidak salah kalau korang tidak mahir, tetapi apa salahnya kalau kita belajar mengetahu cara sebutan yang betul kan?
Saban tahun, setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina; salah satu lokasi yang akan menjadi tumpuan orang ramai ialah Pavilion Kuala Lumpur.
Mana tidaknya, pada tahun lalu ramai yang teruja dengan kemunculan ‘lembu emas’ penuh realistik pada skrin LED Elite yang terletak di atas butik COACH.
Pada tahun ini pula, Pavilion muncul semula dengan satu lagi persembahan animasi tiga dimensi bertemakan haiwan dalam kalendar masyarakat Cina bagi tahun 2022 dan ia adalah dalam bentuk harimau mengaum!
Orang ramai nyata tidak sabar untuk melihat sendiri kelibat ‘harimau’ tersebut yang mula dipersembahkan sejak beberapa hari lalu sehinggalah ke bulan Februari kelak.
Bertemakan The Year We Roar Together atau ‘Tahun Di Mana Kita Mengaum Bersama’, terdapat beberapa lagi aktiviti yang ada disediakan di dalam pusat membeli-belah tersebut seperti booth di mana pengunjung boleh menarik kad nasib mereka dan beberapa lagi aktiviti interaktif yang terletak di aras 3 Connection.
Sedikit info yang ingin REMAJA kongsikan mengenai individu yang lahir pada tahun harimau ini adalah mengenai karakter diri mereka. Sekiranya korang mengenali sesiapa yang dilahirkan pada tahun seperti 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998 an 2010, mereka ini selalunya sinonim dengan sifat berani, berdaya saing, sukar untuk diramal (unpredictable), yakin diri dan sentiasa mempamerkan diri yang bersedia berdepan dengan apa-apa cabaran yang mendatang.
Namun, individu yang lain pada tahun harimau juga tidaklah sentiasa sempurna apabila mereka ini kadangkala boleh bersifat kurang sabar, sedikit agresif dan tidak mudah duduk diam kerana rasa cemas (anxiety).
So guys, jangan terlepas untuk menyaksikan persembahan animasi tiga dimensi di Pavilion KL ini sehingga perayaan Tahun Baru Cina. Tapi ingat! Pastikan korang sentiasa menjaga SOP seperti yang ditetapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seleps hampir setahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Scha Alyahya berkongsi cabaran sebenar bagi membangunkan jenama fesyen, ayaaya dari bawah menggunakan dana peribadinya.