Siapa Single? Korang Boleh Try Feature Terbaru Facebook Dating Untuk Cari Jodoh

Share

Siapa dekat sini single? Okay mungkin ada berita baik untuk korang. Kalau selalu menghadap handphone 24 jam tengok Facebook, ada beberapa fungsi baru diperkenalkan oleh platform media sosial tersebut.

Facebook Dating’ telah dilancarkan di lima buah negara dan 14 negara khabarnya sudah mendapat perkhidmatan ini. Fungsi Facebook Dating

ini telah diuji sejak Ogos tahun lalu dan boleh digunakan selepas mengemaskini aplikasi Facebook di peranti korang.

Walau bagaimanapun, ia perlu diaktifkan secara manual dan selepas itu, korang boleh melihat pengguna lain dalam lingkungan jarak 100 kilometer jika mereka turut mencari jodoh menerusi ‘Dating’ ini.

Korang hanya perlu menghantar mesej kepada calon jodoh dan apabila penerima reply mesej tersebut, korang akan ‘disatukan’ oleh aplikasi.

Selain itu, ada lagi satu fungsi istimewa iaitu Secret Crush yang mana korang boleh senaraikan 9 calon yang korang minat dan sekiranya mereka pun turut menyenaraikan korang sebagai crush, maka korang akan dijodohkan oleh Facebook Dating. Wah, macam best

je. Ehh, hiks!

Tapi sebelum tu kami nak ingatkan, jangan salah gunakan pula fungsi Facebook Dating ni ya. Untuk yang bujang saja, yang dah kahwin jangan pandai-pandai nak try. Jadi apa-apa nanti tanggung sendiri. Hehe!

Sumber: Wiser.my

IKLAN