
Siapa dekat sini single? Okay mungkin ada berita baik untuk korang. Kalau selalu menghadap handphone 24 jam tengok Facebook, ada beberapa fungsi baru diperkenalkan oleh platform media sosial tersebut.
‘Facebook Dating’ telah dilancarkan di lima buah negara dan 14 negara khabarnya sudah mendapat perkhidmatan ini. Fungsi Facebook Dating ini telah diuji sejak Ogos tahun lalu dan boleh digunakan selepas mengemaskini aplikasi Facebook di peranti korang.
Walau bagaimanapun, ia perlu diaktifkan secara manual dan selepas itu, korang boleh melihat pengguna lain dalam lingkungan jarak 100 kilometer jika mereka turut mencari jodoh menerusi ‘Dating’ ini.



Korang hanya perlu menghantar mesej kepada calon jodoh dan apabila penerima reply mesej tersebut, korang akan ‘disatukan’ oleh aplikasi.
Selain itu, ada lagi satu fungsi istimewa iaitu Secret Crush yang mana korang boleh senaraikan 9 calon yang korang minat dan sekiranya mereka pun turut menyenaraikan korang sebagai crush, maka korang akan dijodohkan oleh Facebook Dating. Wah, macam best je. Ehh, hiks!
Tapi sebelum tu kami nak ingatkan, jangan salah gunakan pula fungsi Facebook Dating ni ya. Untuk yang bujang saja, yang dah kahwin jangan pandai-pandai nak try. Jadi apa-apa nanti tanggung sendiri. Hehe!
Sumber: Wiser.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pentingnya Hormat Suami Selepas Kahwin, Ini 8 Perkara Yang Korang Kena Buat Kalau Nak Jadi Isteri

Sebut pasal kahwin rasanya semua orang pasti mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia untuk hidup bersama pasangan masing-masing.
Namun begitu, perkahwinan itu tidaklah seindah seperti apa yang korang bayangkan. Maksud kami, bukan senang nak membina empayar perkahwinan kerana pasti banyak dugaan yang akan korang suami isteri tempuhi.
Isteri perlu taat kepada suami dan suami pula harus bertanggungjawab menjaga isteri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Bila dah kahwin, istilah syurga di bawah tapak kaki ibu mula bertukar kepada suami. Daripada pepatah itu saja, korang mesti dah sedia maklum yang tugas seorang isteri kepada suaminya adalah amat besar sekali.

Ada beberapa cara yang korang boleh buat sebagai tanda hormat kepada si suami. Antaranya adalah seperti berikut:
1.Sentiasa bercakap lemah-lembut tak kiralah berapa lama korang dah saling mengenali atau berkahwin.
2. Jangan sesekali menjerit, menengkin dan memanggil suami dengan kasar atau menggunakan kata-kata kesat.
3. Jangan menyindir suami tentang isu-isu sensitif. Jika mereka mempunyai kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia sebagai bahan ketawa. Walaupun mungkin suami tak marah tetapi boleh jadi dia memendam perasaan kecil hati.
4. Dengar pendapat dan hormati permintaannya. InsyaAllah si isteri akan mendapat ganjaran kebahagiaan di dunia dan pahala untuk akhirat nanti.

5. Jangan melawan untuk menunjukkan sikap siapa lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu agresif dan mengarah, lelaki akan jadi lebih keras. Jika korang tunjukkan rasa hormat dan hargainya sebagai ketua keluarga, suami akan lebih mudah untuk bertolak ansur.
6. Tunjukkan rasa sayang dan hormat kepada keluarga mereka. Sesekali, ajaklah suami untuk pergi melawat ahli keluarga atau sanak-saudara mereka. Pasti suami happy bila melihat isterinya sayang dan ambil berat pada keluarganya.
7. Beri suami ruang untuk ber’me time’ atau hilangkan stres bersama kawan-kawan. Jangan halang atau kongkong mereka seperti anak kecil.
8. Tanya pendapat suami bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang mereka katakan.
Jadi, korang dah betul-betul bersedia ke nak kahwin? Hiks!
Sumber: Islam Itu Indah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dia Adalah Jawapan Tepat Kepada Doa Saya,” – Permaisuri Jordan Puji Bakal Menantu Sempurna Bagi Anak Lelakinya

Tular baru-baru ini apabila permaisuri kesayangan rakyat Jordan, Permaisuri Rania memuji Rajwa Alseif, bakal menantunya pada majlis perjumpaan istimewa sebelum perkahwinannya pada 1 Jun dengan Putera Mahkota Hussein.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bangga Jadi Perempuan Indonesia’ -Tampil Anggun & Menawan, Raline Shah Tuai Pujian Ramai Berkebaya Di Cannes Film Festival 2023

Dikatakan pada malam Isnin lepas, Ratu Jordan tersebut mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan anak lelaki sulungnya yang akan menjelang tiba dengan Rajwa Alseif.
Permaisuri Rania memuji Rajwa dalam ucapan alu-aluannya, menyifatkan bakal menantunya sebagai bakal pengantin yang paling manis dan paling cantik. Bahkan dia juga mengakui bahawa bakal menantunya itu disayangi seperti anak perempuannya, Puteri Iman dan Puteri Salma.

“Saya tidak akan lupa betapa gembiranya baginda dan saya apabila Al Hussein memberitahu kami dia mahu berkahwin dengan Rajwa. Dia adalah jawapan yang sempurna untuk semua doa saya,” kata permaisuri berusia 52 tahun itu.
Beliau juga memahami bagaimana perasaannya sebagai seorang ibu untuk menyerahkan anak perempuan mereka kepada keluarga suami kerana anak perempuannya Iman berkahwin dua bulan lalu.

Dalam kata-kata yang meyakinkan, Rania berkata, “Kami dan Al Hussein akan menjaga Rajwa dengan sebaik-baiknya. Ini adalah keluarganya dan rumahnya,”
Sebagai anak sulung Raja Abdullah, Putera Mahkota Hussein adalah bakal Raja Jordan, menjadikan Rajwa sebagai bakal Ratu. Wowww…auto jadi bakal permaisuri Jordan tau!
Permaisuri kesayangan rakyat itu juga menambah bahawa dia tahu mendiang bapa mertuanya, Raja Hussein turut akan berbangga dengan cucunya dek kerana keberaniannya sebagai seorang tentera dan keinginannya untuk berkongsi majlis perkahwinannya dengan rakyat Jordan.
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Awas! Kenali 6 Petanda Kawan Busuk Hati Perlu Korang Waspada

Istilah kawan-kawan pada masa kini mempunyai definisi yang semakin besar. Berbeza dengan generasi dahulu mereka hanya mempunyai kawan dalam linkungan kehidupan seharian seperti rakan sekolah, jiran, aktiviti sukan dan paling jauh kawan pena yang berhubungan sekali-sekala menerusi surat atau panggilan telefon.
Tapi trend sudah berubah. Dengan wujudnya pelbagai jenis laman media sosial golongan remaja dan muda pada masa kini mempunyai rangkaian kawan-kawan yang lebih meluas. Setiap orang mampu mencari kawan yang berkongsi minat yang sama dengan cukup mudah.
Tapi hati-hati dengan orang yang baru korang kenali terutamanya di Internet. Kadangkala kita silap kerana sering membayangkan kenalan di alam maya dengan idea kita sendiri walhal kita hanya mengenali mereka tidak sampai 10 peratus pun.
Lebih bahaya bila korang berkenalan dengan seseorang yang membawa banyak perkara negatif dalam hidupnya sekaligus turut menjejaskan kehidupan korang. Tidak mudah untuk kita membezakan yang manakah benar-benar ikhlas berkawan dengan kota atau hanya berpura-pura.
Namun korang boleh perhatikan 6 petanda ini untuk mengelak daripada kawan yang toksik.
1. Happy bila tengok orang lain susah

Antara sikap orang yang mempunyai hati yang tidak baik adalah dia suka melihat kegagalan orang lain. Malah dia juga mentertawakan dan menjaja cerita kegagalan orang lain di laman media sosial. Selain itu dia juga secara jelas tidak senang bila orang tak disukainya mencapai kejayaan. Ingatlah kalau dia boleh buat begitu kepada orang lain mengapa tidak korang.
2. Muncul bila senang, hilang bila susah

Ini contoh klasik jenis kawan yang tak guna. Sebagai kawan kita harus mempunyai sikap jujur membantu antara sama satu lain dalam apa jua perkara. Cuba ingat kembali di antara kawan-kawan korang siapa paling pantas mencari korang bila dia susah dan paling jauh bila dia senang. Bila senang nak nampak batang hidung pun susah, apatah lagi nak reply Whatsapp kita. Sentiasa kena ‘bluetick’ jelah jawabnya.
BACA: 10 Petujuk Korang & Teman Istimewa Dalam Hubungan Sihat
3. Membataskan korang dengan kawan-kawan lain

Ini tidak lain tidak bukan kerana dia mempunyai rasa cemburu terhadap korang. Bila korang mula rapat dengan orang lain dia akan insecure dan mula melakukan hal bukan-bukan untuk tarik perhatian. Walaupun tidak ditutur dengan kata-kata namun korang boleh perhatikan sikapnya yang sering ingin menjauhkan korang dengan kawan-kawan lain. So toxic!
4. Gembira melihat korang sedih

Bukanlah secara harfiah mereka bergelak ketawa bila korang berdepan kesusahan. Ia tidaklah secara terangan begitu namun kata-katanya yang menikam kalbu boleh membuat korang berasa lebih ‘down‘. Bila korang bergaduh dengan teman lelaki contohnya, dia bukan ingin mententeramkan tetapi lebih mengapi-apikan kemarahan. Kalau dia benar kawan sejati pasti dia tahu bagaimana ingin membuat korang berasa lebih okay.
5. Sebenarnya di tak peduli pun

Teman sejati akan sentiasa peduli dengan perasaan korang. Di saat korang marah sekalipun mereka akan sentiasa berusaha untuk tak menyakiti perasaan. Tapi sebaliknya orang yang berpura-pura menjadi kawan ini tidak akan pedulikan hal itu. Mereka sangat self-centered, ego dan pentingkan diri sendiri. Apa-apa pun yang berlaku harus berlegar di sekitar atmosfera hidupnya.
6. Tak anggap sebagai kawan tapi tak mahu kehilangan

Jauh di sudut hati orang berjiwa toksik ini, dia tak pernah consider korang sebagai kawan baiknyna. Tapi dalam masa yang sama dia tak mahu kehilangan korang. Mengapa agaknya? Mungkin kerana korang mempunyai sesuatu yang cukup diingininya. Contoh di universiti ada orang yang beriya-iya ingin berkawan sebab nak menumpang kereta korang ke kelas. Walhal bila bertemu di luar bertegur sapa pun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

