
Pelakon, Fathia Latiff, baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi rutin hariannya yang memperlihatkan dirinya sedang bersenam di taman rekreasi.
Menerusi hantaran di platform Threads, pelakon drama popular Ariana Rose itu merakamkan dirinya sedang berjoging dengan penuh semangat untuk kekal sihat.
Dalam hantaran lain, Fathia turut bertanya kepada netizen tentang penampilannya, sama ada dia akan kelihatan cantik sekiranya berjaya menurunkan berat badan yang dipercayai meningkat mendadak.
Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat, dengan ramai yang memberi sokongan agar Fathia terus berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk mendapatkan bentuk badan idaman seperti dahulu.
Malah, ada yang menyifatkan Fathia sebagai selebriti paling cantik ketika era kegemilangannya dalam industri seni tanah air.
Terdahulu, Fathia mengakui melakukan beberapa rawatan pada wajahnya untuk tampil lebih cantik dan yakin.
Namun, perubahan terbarunya sering menjadi perhatian netizen yang membandingkan rupa parasnya kini dengan masa lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.