Siapa Di Antara 10 ‘Budak Baru Nak Up’ Ni Yang Lebih Power?

Share

 

Bukan mudah untuk menjadi penyanyi sekarang.

 

Kami tahu ramai yang tidak akan bersetuju dengan statement di atas.

Kamu beranggapan, dengan wujudnya media sosial dan laman video seperti YouTube serta VEOH, mudah sekali untuk SESIAPA sekalipun menyertai industri nyanyian.

Semudah satu video viral je, katanya.

Namun, untuk menjadi seorang penyanyi yang betul-betul berkualiti dan seterusnya bertahan untuk bertahun-tahun lamanya – bukan mudah ya korang. Disebabkan itulah, REMAJA tertarik dengan program realiti terbaru Astro RIA berjudul Big Stage

ini.

 

Semua 10 orang finalis, juri tetap dan hos.

 

Big Stage akan menampilkan 10 orang penyanyi remaja yang tergolong dalam grup ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU). 5 orang penyanyi lelaki dan 5 orang penyanyi perempuan akan berentap pada konsert mingguan selama lapan minggu. Sepanjang tempoh itu, mereka akan berhadapan dengan 2 juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal  Tahir.

Dan hanya yang TERBAIK akan memenangi musim pertama ini.

Penyanyi yang dimaksudkan terdiri daripada Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Tajul, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

 

Afieq Shazwan

 

Ariff Bahran

 

Wani Kayrie

 

Fara Hezel

 

Sissy Imann

 

Walaupun mereka baru, tetapi 10 nama ini bukanlah calang-calang okay!

Ada di kalangan mereka yang pernah ditemu ramah oleh Majalah Remaja sendiri. Malah, ada juga yang pernah menyertai pertandingan realiti sebelum ini.

Memang susah nak pilih favourite. Jadi kita nantikan jelah persembahan mereka bermula 5 Ogos ini pada jam 9 malam.

Selain Big Stage yang akan dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, ada juga slot susulan berjudul Live Plus Big Stage bersama Eyra Hazali serta Harris Annuar di platform digital pula pada waktu yang sama.

 

ALL THE BEST KORANG!

IKLAN