Baru-baru ini, jenama rangkaian pizza terkenal, Little Caesars baru sahaja membuka cawangan kedua mereka selepas menerima sambutan yang cukup menggalakkan menerusi pembukaan cawangan pertama di Damansara Uptown.

Kali ini, jenama pizza dari Amerika Syarikat itu memilih Bandar Puteri, Puchong sebagai destinasi seterusnya, sekaligus memberi lebih banyak pilihan kepada peminat pizza di sekitar Lembah Klang.

Bagi anda yang masih belum mengenali Little Caesars, jenama ini cukup popular di lebih 30 buah negara dan terkenal dengan konsep pizza berkualiti pada harga berpatutan. Selain menu ikonik seperti ‘HOT-N-READY’ Classic Pepperoni Pizza dan Crazy Bread, mereka juga tampil dengan beberapa pilihan yang lebih dekat dengan selera rakyat Malaysia seperti Chicken Hawaiian, Classic Veggie dan 3 Cheese Edge to Edge.

Lebih menarik lagi, walaupun baru menapak di Malaysia, perkembangan Little Caesars dilihat agak pantas. Sambutan yang diterima di cawangan pertama sebelum ini memberi keyakinan kepada jenama tersebut untuk membuka lebih banyak cawangan dalam masa terdekat, dengan Puchong menjadi lokasi pilihan seterusnya.

Siapa Cepat Dia Dapat! Little Caesars Kini Buka Cawangan Kedua, 100 Pizza Percuma Menanti

Ads

“Malaysia mempunyai budaya makanan yang cukup unik dan kami melihat peluang besar untuk terus berkembang di sini. Pembukaan di Puchong merupakan permulaan kepada perancangan jangka panjang kami di negara ini,” kata Naib Presiden Antarabangsa Little Caesars, Andres De Robina.

Sementara itu, pemegang francais Little Caesars Malaysia, Datuk Vincent Choo dan Datin Cynthia Cheong berkata, sambutan yang diterima daripada pelanggan di Damansara Uptown benar-benar di luar jangkaan.

“Sokongan yang kami terima memberi keyakinan untuk membuka cawangan kedua dengan lebih cepat. Pembukaan rasmi ini juga menjadi cara kami mengucapkan terima kasih kepada komuniti yang menyambut kehadiran Little Caesars di Malaysia,” ujar mereka.

Ads

Siapa Cepat Dia Dapat! Little Caesars Kini Buka Cawangan Kedua, 100 Pizza Percuma Menanti Siapa Cepat Dia Dapat! Little Caesars Kini Buka Cawangan Kedua, 100 Pizza Percuma Menanti

Jadi, kalau anda memang kaki pizza, ada satu sebab lagi untuk singgah ke cawangan baru ini kerana sempena majlis pembukaan rasmi pada 13 Julai, seramai 100 pelanggan terawal bermula jam 3 petang berpeluang membawa pulang pizza Chicken Hawaiian bersaiz 12 inci secara percuma!

Ads

Bukan itu sahaja, kemeriahan diteruskan pada 14 Julai apabila setiap pembelian pizza akan menerima Crazy Bread secara percuma. Promosi ini diadakan istimewa bagi meraikan pembukaan rasmi cawangan Bandar Puteri Puchong bersama pelanggan yang hadir.

Dengan pembukaan cawangan kedua ini, Little Caesars dilihat semakin serius mengembangkan jenamanya di Malaysia. Kalau sambutan yang diterima sebelum ini menjadi petunjuk, tidak mustahil lebih banyak cawangan akan dibuka selepas ini untuk memudahkan lagi peminat pizza menikmati menu mereka tanpa perlu pergi terlalu jauh.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads