Siapa Bakal Rampas Takhta Fattah Amin, Ini Prediction Dari Bekas Finalis Hero Remaja

Share

Pejam celik, pejam celik esok dah pun episod akhir Pencarian Hero Remaja 2017. Rasanya macam baru semalam je mula shooting tapi rupa-rupanya finalis-finalis ni dah pun nak graduate. Hiks!

Finale Hero Remaja 2017 menampilkan top 7, Harris Annuar, Safwan Nazri, Aliff Muhaimin, Adam Yusof, Ikmal Amry , Nabil Aqil dan Farhan Asri.

Persoalannya, siapa yang bakal merampas takhta Juara Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin?

Jom kita lihat apa prediction bekas finalis Hero Remaja tahun ini.

1. Aiman Rahman

Bagi Aiman, untuk jadi juara Hero Remaja 2017 kena ada daya pemikiran yang matang dan yang paling penting quality of education

seseorang itu . Aiman rasa Aliff atau Adam yang akan memegang title juara. Yeahh!

2. Aiman Zaim

Aiman rasa Aliif Muhaimin sebab dia seorang yang hardworking.

3. Amir Azhari

Saya rasa Farhan sebab dia nampak berkeyakinan tinggi semasa bercakap. Nak cakap ada pakej, semua finalis Hero Remaja memang dah ada pakej. Amir tengok task berlakon hari tu, Farhan memang ada ciri-ciri pelakon of the year. Hehe

4. Ashraff Moghni

Hariss sebab dia mempunyai pakej yang lengkap untuk menang.

5. Aziq Mukhriz

Aziq rasa Harris yang akan menang Hero Remaja sebab dia ni positif orangnya dan dia ada ciri-ciri seorang pemimpin.

Aziq memang suka cara dia sebab masa tersingkir di episode 3 lalu, Harris ada jumpa dengan Aziq one to one dan bagi kata-kata semangat. Dia pesan, jangan give up and always push forward

.

6. Ezmir Sadriq

Harris Annuar sebab dia seorang yang humble!

7. Haziq Farid

Aliff. Dia very passionate dan memang betul-betul nak berjuang dalam pertandingan ni. And he’s a smart kid. 

8. Ilham Anuar

Bagi Dik Am, Aliff dan Nabil layak bergelar Hero Remaja. Nabil mempunyai personaliti yang sangat menyenangkan orang, dia muda dan ada pakej.
Aliff memang rasanya dari awal lagi dia layak kerana punya IQ yang bijak. Dia pandai menggunakan kesempatan yang ada untuk memonopoli dalam pertandingan ini dari segi bakat lakonan dan hosting.

9. Irfan Akmal

Saya rasa Harris. Dia nampak lebih matang.

10. Muaz Naufal

Prediction saya yang bakal bergelar Hero Remaja mungkin Safwan Nazri sebab dia mempunyai sifat rendah diri dan berfikiran positif.

11. Qaliff Qayyum

Adam, Aliff dan Harris. Tu je yang boleh saya jawab. Hehe

12. Razman Mahayuddin

Man rasa yang akan jadi juara ialah Adam sebab dia paling jujur dan ikhlas bertanding dalam Hero Remaja ni. Dia tak kisah pun dengan keadaan sekeliling dan hanya fokus kepada diri sendiri.

Lagi pun dia berilmu dan dah ada pengalaman. Dia rajin belajar untuk mantapkan diri dan sedia perbaiki kelemahan. Cara dia bercakap pun bagus. Penuh dengan idea bernas.

Rasa-rasanya ada yang tepat tak? Apa pula pilihan korang?

Kredit cover photo: Rizman Ruzaini

IKLAN