
Walaupun berbangsa Punjabi, Miss Universe 2019, Shweta Sekhon mengaku dia sebenarnya kurang fasih bertutur dalam bahasa ibundanya itu.
Namun, demi memastikan lakonannya dalam filem Keluang Man menjadi, aktres jelita dan ratu cantik ini sanggup belajar semula bahasa Punjabi, bukan saja dari neneknya, malah turut dibantu oleh pelakon Anwaar Beg Moghal semasa berada di set penggambaran.
BACA: Keluang Man Kembali! Superhero Ikonik 90-an Kini ‘Live-Action’ Di Pawagam
Selain berlatih bahasa, Shweta juga buat homework demi membawakan watak Doktor Malini dengan lebih mendalam. Katanya, dia bukan berasal dari generasi yang membesar dengan siri animasi Keluang Man, jadi usaha ekstra memang perlu.
“Pada hari saya dapat skrip, saya terus buat kerja rumah. Ibu saya tahu Keluang Man tetapi saya bukan generasi itu.
“Jadi, saya memang kena buat ulang kaji. Untuk merealisasikan watak Doktor Malini, saya kena faham dan kenal karakter ini,” jelas pelakon berusia 28 tahun itu.
Filem Keluang Man arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi nama-nama besar seperti Nas-T, Datuk Remy Ishak dan Datuk Rosyam Nor. Diadaptasi daripada siri animasi ikonik yang popular pada akhir era 1990-an, penggambaran filem ini bermula pada 4 Mei tahun lalu.
Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.