Selepas sekian lama dikatakan membawa haluan masing-masing, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu akhirnya kembali berhubung dengan sahabat lamanya, Rahim Sepahtu dalam satu momen yang cukup mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dilihat sedang membuat panggilan video bersama Rahim ketika memandu kereta bersama Mamat Sepahtu.
Apa yang paling mencuit hati ramai tentunya apabila Shuib sempat mengusik Rahim sebaik sahaja wajah sahabat lamanya itu muncul di skrin telefon.
“Lama tak jumpa, tak tengok muka kau… dah tua eh kau ni,” seloroh Shuib sambil ketawa.
Walaupun video tersebut hanya berdurasi beberapa saat, suasana santai dan penuh nostalgia jelas dapat dirasai. Gelak tawa spontan antara mereka cukup membuatkan ramai peminat tersenyum, malah ada yang mengakui rindu melihat chemistry trio Sepahtu itu kembali seperti dahulu.
Lebih menyentuh hati, ramai netizen menyifatkan momen tersebut sebagai sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu selepas hubungan mereka sebelum ini dikatakan renggang.
Ads
Hubungan Shuib dan Rahim Jadi Perhatian Peminat
Terdahulu, Rahim pernah mendedahkan bahawa nombor telefonnya dipercayai telah disekat oleh Shuib. Namun begitu, penyampai radio Sinar FM itu memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai punca perselisihan faham yang berlaku kerana tidak mahu isu tersebut menjadi perhatian umum.
Perkembangan terbaru ini secara tidak langsung memberi bayangan bahawa hubungan mereka kini semakin baik. Peminat yang mengikuti perjalanan kerjaya mereka sejak awal jelas berasa gembira melihat momen tersebut.
Ads
Kini, melihat mereka kembali berhubung dalam suasana yang baik nyata membuatkan ramai peminat lega dan gembira.
Ruangan komen Instagram Shuib turut dibanjiri pelbagai reaksi positif daripada netizen yang berharap hubungan persahabatan mereka kembali erat seperti dahulu.
“Persahabatan lama memang susah nak putus, akhirnya berbaik semula.”
Peminat Rindu Trio Sepahtu Kembali Bersama
Malah ada juga yang berseloroh meminta mereka kembali bergabung dalam program lawak seperti zaman kegemilangan Sepahtu suatu ketika dahulu.
Ads
Ada yang menganggap momen panggilan video tersebut sebagai petanda positif bahawa hubungan lama yang pernah renggang akhirnya kembali pulih. Walaupun tiada kenyataan rasmi dibuat mengenai hubungan mereka sebelum ini, peminat tetap berharap ikatan persahabatan tersebut dapat dikekalkan dengan baik.
Apa pun, momen kecil seperti ini jelas memberi makna besar buat peminat yang membesar dengan lawak dan persahabatan mereka di kaca televisyen. Kadang-kadang, satu panggilan video ringkas sudah cukup untuk mengubat kerinduan ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini; penyanyi dan pencipta lagu berbakat, Taylor Swift seperti mula membuat kemunculan semula di mata media serta peminat setelah sekian lama menjauhkan diri.
Kali terakhir Taylor bergiat aktif adalah bagi tujuan promosi album Red (Taylor’s Version) dan bagi tayangan perdana video muzik All Too Well (versi 10 minit). Pada hari ini, Taylor membuktikan bahawa dirinya masih relevan dan kekal disayangi oleh para Swifties apabila dia membawa pulang trofi bagi kategori Video of the Year di acara Video Music Awards (VMAs) menerusi All Too Well.
Disambut dengan teriakan dan tepukan, Taylor pertama sekali mengiktiraf peranan wanita dalam bidang arahan apabila buat kali pertama dalam sejarah VMAs, empat orang pengarah yang dicalonkan adalah wanita.
“You guys, saya amat berbangga dengan apa yang telah kita cipta, dan saya tahu momen ini tidak mungkin berlaku tanpa adanya kamu, para peminat. Saya tidak mungkin mampu merakamkan semula album-album saya tanpa adanya kamu. Kamu menguatkan semangat saya untuk melakukannya,” katanya sebelum mengejutkan Swifties dengan pengumuman ini.
“Saya fikir, sekiranya kamu menghargai kami sebegini rupa, mungkin ini adalah momen menyeronokkan untuk saya umumkan album terbaru saya bakal diluncurkan pada 21 Oktober,” tambahnya sambil disambut oleh teriakan peminat.
Pengumuman ini nyata mengejutkan Swifties memandangkan ramai menjangkakan Taylor akan menyiapkan dahulu rakaman album terdahulunya sebelum kembali dengan album original baharu.
Tanpa berlengah, pada tengah malam (waktu tempatan Amerika Syarikat) tadi Taylor telahpun mendedahkan lebih banyak info mengenai album terbarunya ini. Ia dikenali sebagai Midnights di mana ia menceritakan tentang 13 kisah malam-malam di mana Taylor sukar untuk melelapkan mata sepanjang 33 tahun dalam hidupnya.
Dari kapsyen yang disertakan Taylor, Midnights kedengaran lebih melankolik. Besar kemungkinan ia akan disertakan dengan lagu-lagu bercorak cinta, emosi dan mimpi indah malah realiti siapa diri kita yang sebenar sebaik jam berdetik 12 tengah malam.
Midnights juga secara tidak langsung bakal menjadi album kesepuluh milik Taylor. Tak sabarnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai dari kalangan orang muda terlalu mengambil mudah waktu bangun dari tidur. Rata-ratanya akan tidur lewat sama ada keluar lepak dengan kawan-kawan, membelek-belek dalam tempoh berjam-jam atau paling tidak menonton tv.
Biasanya bila matahari sudah tegak di atas kepala, barulah hendak bangun. Bangun pun kerana lapar atau sudah kena bebel dengan mak ayah. Sudah tentulah solat Subuh akan tertinggal jika sudah bangun meninggi diri sedangkan pagi adalah permulaan rezeki yang sangat dituntut.
Bagi golongan remaja dan anak muda baik lelaki mahu pun perempuan yang liat sangat nak bangun pagi dan solat Subuh ini, Ustaz Abu Hurairah Asifa berkongsi tip paling mudah bagaimana mudahnya nak bangun pagi.
Rupanya taklah susah sangat, apa yang penting ialah tinggalkan sikap buruk dan barulah hidup kita akan lebih mendapat keberkatan Allah. Kalau selama ini kita tertanya-tanya kenapa Allah kurang beri rezeki, susah sangat nak dapat kerja, tak boleh masuk apa cikgu ajar, duit tak banyak pun di tangan serta bermacam-macam masalah lain, solat Subuh adalah jawapan kepada segala-galanya.
Baca perkongsian dari Ustaz Abu Hurairah Asifa ini.
Tips nak bangun subuh awal.
Tido awal. Lepas pukul 10 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.
Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.
Maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.
Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di fb orang lain.
Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun subuh.
Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta lah. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh.
Solat mengajar hati manusia untuk sentiasa rasa bersyukur dengan segala nikmat di rasai di dunia ini
Ini antara cara yang kita boleh lakukan supaya kita dapat bangun subuh.
Kerana, berkat pertama itu bermula dari subuh.
Kalau subuh kita pukul tujuh, mampu kah kita hidup hari ini, di mana kita hidup dalam akhir zaman yang sangat menyakitkan?
Mampu nak hadapi ujian?
Mampu nak hadapi kecaman?
Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan subuh.
Memelihara haiwan peliharaan merupakan salah satu cara untuk kita menghilangkan stres bila dah seharian penat bekerja/belajar.
Kucing adalah antara favouritepet yang selalu menjadi kegilaan masyarakat Melayu. Lagi pula kalau gebu, yang penakut kucing pun rasa nak gomol-gomol je.
Di kalangan selebriti juga memang ramai yang sayang kucing. Malah, ada di antara kucing mereka yang mempunyai berjuta followers di instagram. Perghh, kalah artis macam ni.
Mana taknya, gelagat kucing ni comel sangat. Kalau tengah serabut otak tu cuba la layan si bulus ni. Confirm hilang stres!
Jom kita lihat antara selebriti-selebriti Malaysia yang gila kucing.