Pelakon terkenal Korea Selatan, Shin Min-a baru-baru ini mencuri perhatian apabila khabar mengenai sumbangan amalnya yang dilakukan secara senyap selama bertahun-tahun kembali menjadi bualan ramai.

Menurut sebuah perkongsian di platform komuniti atas talian, Min-a atau pemilik nama sebenar Yang Min-a (42) dipercayai telah menyalurkan lebih 3.7 bilion Korea Won (sekitar RM10 juta) bagi membantu golongan yang memerlukan sejak 2009. Perkara itu didakwa diketahui selepas sejumlah wang diterima secara berkala oleh sebuah yayasan.

“Pada mulanya, saya menyangka wang yang sepatutnya diberikan kepada orang lain telah tersalah pindahkan. Sejumlah wang yang besar mula diterima setiap bulan pada 2009 sebelum kami mengetahui bahawa penyumbangnya ialah Shin Min-a,” tulis seorang individu yang mendakwa dirinya merupakan pegawai yayasan tersebut.

Shin Min-a Konsisten Beramal Kebajikan Secara Senyap, Sumbangan Selama 15 Tahun Cecah Lebih RM10 Juta Shin Min-a Konsisten Beramal Kebajikan Secara Senyap, Sumbangan Selama 15 Tahun Cecah Lebih RM10 Juta

Ads

Menurutnya lagi, pelakon berkenaan memilih untuk merahsiakan sumbangan berkenaan dan meminta wang tersebut disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, termasuk pesakit yang mengalami kecederaan akibat melecur serta kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Beliau berkeras supaya perkara itu tidak didedahkan kepada sesiapa dan meminta wang tersebut digunakan untuk menampung kos rawatan pesakit melecur serta membiayai bilik pembelajaran untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah,” katanya.

Difahamkan, rekod kebajikan Min-a juga bukan sesuatu yang baharu memandangkan pelakon itu sebelum ini beberapa kali dilaporkan menghulurkan bantuan kepada keluarga kurang berkemampuan serta menyumbang dana kecemasan ketika Korea Selatan dilanda bencana seperti kebakaran hutan dan gempa bumi. Malah, beliau juga pernah membantu menanggung kos rawatan lebih 200 pesakit melecur.

Ads
Shin Min-a Konsisten Beramal Kebajikan Secara Senyap, Sumbangan Selama 15 Tahun Cecah Lebih RM10 Juta
Shin Min Ah & Kim Woo Bin dilaporkan menyumbang 300 Juta Won kepada badan kebajikan sewaktu hari perkahwinan mereka tahun lalu.

Dalam pada itu, Min-a turut menunjukkan sisi pemurahnya bersama suami yang juga seorang pelakon, Kim Woo-bin, apabila pasangan itu menyumbangkan keseluruhan 300 juta Korea Won kepada beberapa organisasi sempena perkahwinan mereka pada Disember tahun lalu. Sumbangan tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada cara mereka meraikan detik istimewa berkenaan.

BACA: Majlis Perkahwinan Shin Min Ah & Kim Woo Bin Dianggar Cecah 1 Bilion Won, Turut Sumbang 300 Juta Won Kepada Badan Kebajikan

Ads

Untuk rekod, Min-a mula aktif dalam industri hiburan sejak 1998 dikenali menerusi beberapa karya popular termasuk My Girlfriend Is a Gumiho, Hometown Cha-Cha-Cha dan Our Blues. Beliau turut membintangi beberapa filem seperti The Beast and the Beauty, Gyeongju serta My Love, My Bride.

Dalam perkembangan terkini, Min-a bakal kembali menemui peminat menerusi siri original Disney+ berjudul ‘The Remarried Empress’, yang dijadualkan ditayangkan pada November ini. Menerusi karya tersebut, kemunculan Min-a pastinya menjadi antara perkara yang dinantikan peminat selepas namanya kembali mendapat perhatian susulan kisah amal kebajikan yang dilakukannya secara konsisten selama bertahun-tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads